Sebenarnya, Anda Kene Kumpul Fans Atau Tak? Ketahuinya Di Sini…
“Tak yah dah kmpul LIKE/FANS ni? Tak membazir buat LIKE ni? Sbnrnya LIKE/FANS ni perlu ke tak perlu lagi? Plzzz Tell me why.. Tell me! Tell me”
WOKEYYY… Ni soalan super-hot.. Dh ramai yg tya.. Hari2 ade je awek2 kpop, abam2 hipster Tanya kat Sifufbads…
Perlu ke tak perlu? Penting ke tidak? Apa bagusnya? Manfaatnya? Apa masalahnya?
Ok, sblm tu lihat dlu apa persoalan yg biasa diorg tya..
“Saya kumpul like, nti sng buat sales ke?”
“Buat apa kumpul like bebanyak, nanti bkn smua nampak pon lps tu.. Bila kita post”
“Nti wat like bebanyak, kena flag ke, kena block ke, naya..”
“Nanti hbs duit buat like jer.. Bkn fokus sales pon”
“Ada page beratus ribu like, tp xleh wat sales pon”
ENOUGH..
ENOUGH..
ENOUGH..
Kumpul like/fans ni utk apa? Apa sebabnya? Kenapa kena bina fans? Kenapa kene kumpul like?
Begini…Biar Sifufbads terangkan satu per satu…
Tak perlu nak pening2…
Org bina LIKE/FANS ni sebab;
#1 Nak nmpk KREDIBILITI, iaitu bila jumlh fans dh byk!
Ni di panggil Social proof.. Ada prospek yg melihat jumlah fans sbg ukuran kredibiliti ssuatu page.
BAYANGKAN apa yg anda rasa bila anda tengok like utk sesuatu page tu banyak?
“Ofkos ler excited Sifufbads..Rasa nak tahu jer ape yg dijual”
See…
Ada juga yg x consider.. Tetapi, dari kajian dari geng2 makmal Sifufbads, didapati lebih 70% audiens akan LEBIH mempercayai page yg ada fans yg byk berbanding page yg krg jumlah fansnya!! Ni FAKTA taw..Bukan AUTAA..
#2 Utk nak RETARGETTING balik..
Retargetting? Camne tu? Mula2 kumpul fans, pastu target balik pd fans yg dah like td..Audiens ada 3 JENIS yg utama di fb ni.. SUSPECT, iaitu org yg x knl lg page/brand anda…
Then, PROSPEK, org yg dah kenal brand/jenama anda & follow anda.. Last, CUSTOMER, org yg dah menjadi plggn anda.. Dari kajian2 yg tlh dibuat, dari kajian pakar2, dari experience, didapati…
MENJUAL KPD ORG YG KENAL KITA ADALAH – LBH MUDAH BERBANDING MENJUAL KPD ORG YG X KNAL ANDA!
Lebih tinggi RELATIONSHIP, lebih tinggi TRUST utk org mmbeli dgn anda..
Key point-nya di sini adalah RELATIONSHIP!
Dan advantage RE-TARGETTING adalah, anda boleh lakukannya berulang2 kali pd audiens yg sama.. Dan yg paling best, anda boleh sampaikan mesej yg bbza ttg kempen produk/servis anda berulang kali..
Sbgai contoh, katakan anda sediakan servis travel.. Melancong ke destinasi pilihan.. Anda boleh buat satu kempen PAKEJ EXTRAVAGANZA SCHOOL HOLIDAY.. Sempena cuti sekolah.. Utk tahun baru 2017 pula, anda boleh buat kempen PAKEJ NEW YEAR..
Then kempen GONGXIFACHOI, sempena tahun baru cina dan strsnya..Mesej bbza, tapi utk produk yg sama, kpd audiens yg sama..
Audiens a.k.a fans kita akan kerap lihat iklan kita stiap kali anda run kempen tersebut.. RE-TARGETTING ni juga boleh dianggap sbgai “MENYERU BALIK” org yg dah kenal kita, iaitu fans kita..So, kalau ada fans2 yg ‘dah mati’ tu, kita ‘hidupkan’ balik dgn re-targetting…Best kan?
#3 Nak HIGH FREQUENCY..
Frequency adalah KEKERAPAN seorang audien melihat iklan anda. High frequency, high popularity, high trust..
Trust –> people buy!
“Sifufbads, sy tak faham ler”
Tak fhm?
Cuba anda lihat iklan di tv.. Iklan KFC.. Walaupun KFC dah ada die hard fans atau ‘kipas susah mati’nya, dan anda sdri mmg dah tau KFC ni pilihan ayam goreng no.1 org M’sia, mmg tak pernah diragui tp iklan di tv radio sentiasa ada!
Kenapa brand dah strong, dah byk loyal customers pon masih buat marketing? Masih buat iklan?
WHY
WHY
WHY
Sbbnya, nak trus bg org ingat.. Bg org sllu nampak (frequency), spya jd sentiasa popular, famous! So, fans td terus mmbeli tanpa keraguan…
Selalu kena ENGAGE! Sbg contoh, bila anda dah fans byk ni, bila anda buat retarget balik pd fans anda, pd placement SIDEBAR/RIGHT COLUMN nya, akn buatkan FREQUENCY MENJADI SGT TINGGI!
Bila target balik fans pd paparan sidebar, frequency per day, iaitu kekerapan seorang fans melihat iklan anda sehari, berpotensi mencapai 3-10 kali sehari.
Maknanya disini, fans anda akn nmpk anda sehari lbh kurg 3x-10x sehari.. Maknanya apa? Apa yg anda dpt bila org tgk anda hari2? Ofkos ler HIGH AWARENESS… Yg akan mmbntu branding, product awareness, message awareness bisnes anda..Seronok tak?
FAKTA – Org ssh nak mmbli dari satu2 jenama dgn hya melihatnya sekali saja.. (Tp org blh juga trs mmbeli dgn hya melihat kita skli shja disebabkan produk yg sgt kuat USPnya, yg kuat copywritingnya, dan disasarkan pula pada very targeted audience..Nampak combination tadi yg Sifufbads terangkan…
Tpi, ini perlukan masa, research yg mendalam, ada kredibiliti.. Ada pakar berkata, slps 7x lihat baru org nak amik tau.. Ada yg ckp 16x.. Tony Robin plak kata, 40x…Dgn fb ads, pd paparan sidebar, anda berpotensi dptkan frequency 50x – 100x dlm masa 1 bln..
“Wow..menariknya”
Hanya menyasarkan pd fans shj (selain Custom Audience (CA) dan Web Custom Audience (WCA), barulah anda blh perolehi frequency yg tggi ni.. Fans tu boleh diibaratkan spt “ikan” yg anda kumpulkan dlm satu kolam..Cuba BAYANGKAN…
Bila anda nak jmpa ikan tu, anda bg jer ikan tu mkn..mknn ikan tu adalah iklan yg kita buat..org lain x boleh sng2 masuk kolam anda buat td.. Mereka boleh masuk sesuka hati, tp x boleh sekerap anda sbgai tuan punya kolam..
Dlm konteks fb ads, iklan pd paparan sidebar anda adlh lbh kerap dipaparkan pd fans berbanding iklan dari org lain.. Amacam? Dah jelas?
#4 HIGH ORGANIC REACH!
Organic reach, bila anda post di page, berapa jmlah org yg lihatnya. Tanpa buat fb ads! Potensi organic reach normal utk satu2 post, 3-5% dari jumlah fans. Kalau fans ada 100k, bila kita buat post boleh capai 3k – 5k..
Kalau bgus, leh dpt 10%.. Dpt 10k reach! Tu satu post, kalau 3 post sehari, berapa? 1 minggu dah berapa reach?
Kalau 1 bulan, berapa dah jumlah reach nya? Tu kalau ada jumlh fans 100k…
Kalau 10k fans anda? Kurang la kan total organic reach yg dpt.. Kalau fans ada seribu jer? Berapa organic reach nya? 10k fans, bila post , dpt 10% organic reach, jumlah yg kita dpt 1k jer.. Lebih byk jumlah fans, lbh tggi potensi jumlah organic reach yg kita dpt…
Jumlah % capaian organic reach bgntung kpd byk faktor..
Antaranya, jumlah fans, jenis post, nilai engagement, level of consistency, gap time utk stiap post dipublish, gmbr, copywriting dll..
POST YG KUAT ENGAGEMENTNYA, akan tingkatkan nilai % capaian organic reachnya…boleh mencecah 70%, malahan blh lebih 100% dari jmlah fans, iaitu jumlah organic reach tu dtgnya dari fans sdri dan juga social reach, disebabkan virality…
#5 Nak bina RELATIONSHIP/ENGAGEMENT.
Usahawan yg bijak, mereka akan bina fans utk tjuan bina relationship dan engagement! Relationship, dgn brand.. Dan juga dgn usahawan lain! High relationship score, high trust! High trust, high buying power… Keje bina relationship, bkn smua org sanggup buat……
Ok, baiklah!
Perlu bina fans, atau tidak, byk atau sikit, BERGANTUNG kepada;
- NICHE BISNES ANDA
- JENIS PRODUK ANDA
- STRATEGI MARKETING ANDA
- STRATEGI ENGAGEMENT ANDA
- RELATIONSHIP YG INGIN DIBINA
- KEDAI/PREMIS YG DITUJU PD GEOGRAFI TERTENTU
OK, kita discuss yg pertama..
- NICHE BISNES ANDA..
Perlu anda bina fans atau tidak, bergantung kpd jenis niche atau kategori bisnes anda. Anda buat bisnes produk intim? Dalaman wanita? Rokok?
Ni produk plg tinggi risiko di flag/terminated by fb! Buat jer ads, potensi dissapproved sgt tggi, dan cpt jer di flag (akaun fb ads dihalang buat ads/digantung).
Byk player2 dlm industri ni tpksa buat byk account fb ads, kerana kerap di flagged.. Dan risiko page diterminate juga tinggi!
So, reason bina fans/like utk page ni tak relevan.. X padan nak buat like mktg pun cik kiah oii!! Beria kumpul2 fans, tp risiko page di terminate tinggi..x berbaloi nak invest pda iklan like!!!
Itu baru satu…Ada lagi ni…
- JENIS PRODUK ANDA
Produk? Yess! Produk anda jual klon? Replika? Fake?
Ada risiko… Risiko terminate, flag! Cth – jual henbeg replika CHANEL.. Jual kat fb gna fb ads, leh kena flag-terminated! Jual perfume rejek, juga berisiko…
Kemungkinan besar, pengedar2 berlesen brg2 branded ni report kat hq nya, dan HQ nya deal dgn pihak fb.. Xnak bg pjual online kcau sales dealer ni, FB flag kan, terminated kan page .. So, org trs bli dari diorang..
Selain tu, produk2 kesihatan… Cth rawat kencing manis, kanser, jantung dll, yg bkaitan dgn RULES2 KKM ni, mmg berisiko.. Ayat2 rawat, sembuh, @ nama penyakit tu sdri boleh dtgkan risiko..
Nti dah buat berpuluh2 ribu fans, kena terminated.. Atau flag.. Kena flag, xpe lg..kalau kena terminated page? Settle…
Camne? Rugi beb kos bina fans!
Selain tu juga, produk2 kurus… Produk putih.. Yg ayat2nya OVERPROMISE spt “kurus 3 hari”, “bau2 dah cantik”, juga berisiko.. X logik di mata mark zuki, dissapprove lalu.. Ayat2 gini “dilaporkan” byk disalahguna dlm copywriting…
Walaupon produk tu mmg btl ada bg result pantas mcm tu, tp di mata mat zuki……..Ada kes2 page yg produknya fokus produk2 “fast result” atau “non logic results” ni, diterminate trus..Naya! Dah kmpul ratus ribu fans, kena flag, pastu kena terminated!
Nasib baik la ownernya bijok, dah kaut juta sblm page terminated. (Kata anak didik sifufbads..hehehee).
So, perlu bina fans tak ke page utk produk2 jenis gini? Jawapannyaaa…
Nti Sifufbads kupaskan solusinya di bhgian plg last post ni! Sabar!
- STRATEGI MARKETING ANDA
Ini bdsrkan ilmu, skill & pglmn marketing anda gunakan fb ads!
Kemahiran retargetting, menentukan perlu atau tidak anda bina jmlah fans yg bsr.
Sbg contoh, Page Ummu Aiman Muslimah.. Caryazara..Mamadil, yg merupakan student2 sifufbads.. Sales mereka berubah, slps jalankan retargetting! Buat ads kpd fans sdri, iaitu mereka yg dah kenal brand mereka!
Mereka bina fans, then retarget balik! Bg fans sllu nmpk, bg mrka knl, suka, pcya…
Then, baru la sng bina trust –> jadi buyer!
Spt Sifufbads sdri, ketika jlnkan launching event/produk, retarget kpd fans akan dibuat…
Semakin bsr fans, smkin potensi retargetting blh dijalankan. Fans ada 400k? Dlm masa kurg 24 jam blh capai, blh reach… Guna fb ads! Kita ada control!
- STRATEGI ENGAGEMENT ANDA
Engagement? Like post, comment, share, dll.. Apa pentingnya engagement? Engagement blh bantu tingkatkan organic reach, iaitu org yg lihat post anda tanpa iklan.
Score plg tggi bg engagement, bermula dgn SHARE, kemudian COMMENT, LIKE POST dan strsnya..
Apa kaitan score ni?
Ada kena mengena ke?
Ofcoz….
Semakin tggi nilai score ni, smkin tggi ‘value’ post anda…
Bila engagement tggi, fb nmpk post anda bagus.. Disukai ramai! Bila disukai, ianya dianggap bg value.. Bg manfaat kpd audiens. So, ianya akan memperbaiki ‘kemunculan’ post anda di newsfeed fans2 page anda..
Smkin tggi engagement, smkin tggi value yg anda berikan… Dan smkin tggi, potensi post anda muncul di newsfeed fans anda tanpa gunakan fb ads pon.. Smkin tggi engagement, smkin ramai fans anda akan lihat post anda.
Kalau fans ada 1000 fans, kalau engagement tinggi, mgkin boleh capai 50-70% jumlah fans anda.. Berapa dpt tu? 500-700 reach… Itu kalau fans 1000 org, kalau 100k org?
Agak2.. Berapa potensi reach boleh dpt tu?
–> ORGANIC.. FREE MARKTING! NO FB ADS! X KUAR DUIT!!
Itu baru kira satu post…
Kalau sehari, ada 3 post? Dah berapa potensi organic reachnya.. Kalau 1 mggu, dah berapa? Sebulan? Konsisten buat setiap bln, resultnya… Insyallah, result sgt luarbiasa..
- RELATIONSHIP YG INGIN DIBINA
Berapa cpt org mendptkan produk anda, berapa cpt org buat byrn utk produk/servis anda, bergantung kpd RELATIONSHIP anda dgn audiens.
Ada 3 jenis relationship dlm bisnes di fb ni..
Nak tau? Ok…..
- 1st – friend relationship..
- 2nd – consultant relationship..
- 3rd – teacher relationship…
Relationship, dibina bdsrkan TRUST! Smkin tggi trust, smkin tggi keyakinan org utk mmbeli.. Org lbh sng membeli dgn penjual yg mereka kenal.. Yg mesra dgn mereka.. Yg ada relationship dgn mereka..
Relationship – 2 way communication!
Di page yg ramai fansnya, apabila di post dgn post yg miliki “high valuenya”nya, tinggi la potensi respons yg diterima. Katakan dari page yg miliki 100k fans..
Jika 1000 komen diperolehi, ini bermakna anda dpt reply kpd 1000 komen tsbt.. Bila anda reply, blkunya 2 way communication.. Bila blku 2 way communication ni, ianya akan mula membina relationship…
Bayangkan ianya dijalankan setiap hari, setiap bulan, setiap tahun.. Apa yg blku? Relationship akan mnjdi sgt kuat…
Jadi, jika anda mmg ingin bina relationship dgn ramai audience, nak ramai fans anda bersosial anda, sudah pastilah lbh ramai jumlah fans yg anda perlu bina..
Bila relationship sgt kuat, jgn tkjut kalau fans anda setiap pagi, akan tggu awal2 lg update dari page anda…
Kalau x dpt baca post dari anda, diorang ‘gelisah’, “mkn x lena”, “tidur x kenyang” dibuatnya.. Dah angau! Betul tak? Hehehe…
- KEDAI/PREMIS YG DITUJU PD GEOGRAFI TERTENTU
Anda ada restoran? Kedai dobi? Ada wokshop? Kedai ikan? Kedai kucing? Gerai jual nasi tepi jln? Servis cuci karpet? Printing? Tadik? Taska? Kelas taekwondo? Silambam? Atau apa2 bisnes yg fokus pd kwsn tertentu? x perlu bina fans bsr2 pon!
Ckup 1k like/fans jadi la! Dpt 1k like guna fb ads dah ckup! Slps tu biar btmbh scra indirect..Pepasal? Sbb, bila anda promot premis/kedai/servis anda, dgn menarik org dtg ke premis anda, org blh dtg bila2 masa..
Anda boleh retarget audiens di kwsn anda berulang2 kali. Anda nak gunakan fungsi ‘drop pin’? Pilih taman2?Kmpg2 ssrn audiens? Jalan2?
Nilah kelebihan fb ads yg blh digunakan…
Iklan tarik org ke kedai ni lbh efektif kerana, org lbh alert dgn ssuatu bisnes yg dkt dgn rmh mereka.. Anda tonjolkan USP, SERVIS ANDA, ditmbh dgn twrn2 hbt, mudah utk mereka singgah ke kedai/premis anda..
Bagaimana so far?
“ANDA BOLEH FHM?”
Begitulah… Yg dpt saya kupaskan ttg perlu atau tidak bina fans ni! Ada yg ssuai bina fans, ada yg langsung tak.. Ada yg dlimitkan sampai amount tertentu….
KESIMPULANNYA…(mcm ayat karangan BM masa SPM 1997 dlu plop..hehehe)
1) PRODUK YG BERISIKO
Anda buat page guna nama umum, cth – Jejaka Kacak Nusantara ke, Abam Chenta ke, OmaiGurl ke, apa2 la.. Mmg x mmbntu branding, tp ni la yg blh buat..then, wat post2 video byk.. Wat ads pon gna video.. Ckp dlm video tu “filter2” skit.. Jgn direct!
Fans utk page tu nak kumpul, boleh!
Tp sampai 1000 like tu dahla…utk tgkatkan awereness, trust, leh la buat 3-4 page lain dgn nama lain sbg backup..time run ads, ksmua page ni bleh target audiens sama..
2) NAK FOKUS RETARGETTING? HIGH ENGAGEMENT? LONG TERM RELATIONSHIP?
Anda bina fans.. Ianya beri manfaat short term, dan juga long term… Kita buat bisnes bukan sehari dua jer, tp utk jgka masa lama..
Org suka kita, org akan beli apa saja produk yg kita kluarkan… Anda akan ketahuinya nanti…ssuai sgt utk niche bisnes spt pakaian, training, insurans ka, beauty,…
3) XDE BUDGET UTK FANS?
Bina skit2, guna kaedah free, kaedah bbyr..Keep growing.. Snowball effect!
4) BINA FANS TU, CONVERTKAN JD DATABASE!
Yg jd fans tu bkn milik kita.. Sbrg kemungkinan boleh berlaku.. Page kena hack, tiba2 gov ttp fb ke, mark zuki ttp fb ke, fb brbh2 .. Dari fans, tkrkan mereka jd database..
Bagaimana? Database customer, of coz wajib.. Yg blm jd buyer, bagaimana? Blh offer membership ke, bg sample free ke, buat contest ke, dsbnya.. Apa2 blku pada page kita, kita still ada database..
Jgn sampai fans dah ratus2 ribu, tiba2 page ilang… Barula nak bina database.. Database yg kita dpt, mcm2 blh buat..
Blh buat sms, wassap, mobile mktg.. Blh buat email mktg, malahan boleh buat retargetting fb ads!
5) INTEGRATED MARKETING
Combine, fb mktg ni dgn blog, emel, insta dll.. Cth, artikel di blog anda, di share di page.. Ianya akan tarik fans yg anda bina sblm ni masuk ke blog pula..
Jd visitor! Jika konsisten buat, dan content di blog anda bgs pula, potensi si fans tadi menjadi follow page anda tinggi.. Di blog, byk cara leh dptkan sales…
Jika wat emel pulak (yg guna autoresponder sistem), akan tarik fans anda jadi subscribers pula… Mcm2 cara! Yg ada kdai, stsa tarik fans ni dtg kdai guna fb ads..
Kelak, ada apa2 isu dgn page anda, anda ada channel lain sbgai backup! (Smua org tau ni penting, tp x ramai yg buat)
So far bagaimana? Faham? Jelas? Anda rasa boleh ikut, anda ikut.. Tak? Pon xde mslh…
Insyallah, anda dpt manfaat dari post ni.
mcm mane nak bina fans.
kumpulkan likes yg berkualiti. Buat like marketing.
Terima kasih…. sekarang baru faham kenapa ramai buat like marketing
LIKE Marketing ni penting supaya kita dapat mewarwarkan kepada fans tentang apa perniagaan yang kita buat secara soft sell atau hard sell….
Yup, mereka ni org yg dh kenal kite. Igt flow marketing – Suspek > Prospek > Customer
adakah bis MLM berkesan utk guna fbads.
boleh juga, tp akak kene fokus lebih kpd sharing info/tips.
macam mana nak detect page kita dh kena flag ke x?
macam mana nak detect page kita kena flag ke x?