DULU DISERANG PEMBULI, SEKARANG ‘DISERANG’ PELANGGAN BERTUBI2..

Lama dah rasanya Sifufbads x share story penuh inspirasi student kami. Last kami share, 2 minggu lepas, ingat x? Story Nurul Sulehah, gadis yg asalnya berniaga di pasar malam, hari ni sudah mempunyai butik yg dikenali di serata Malaya. Klik sini kalau x pernah baca lagi..

Sooo..story kali ni x kurang hebatnya. Soo inspired! Tragis tapi penuh magis! Rasa mcm ada org potong bawang sebelah kami bila ‘dia’ ceritakan kisah jatuh bangun bisnes beliau..

Siapa sangka, org yang dahulunya hanya jadi bahan buli kengkawan setiap hari, kini dah ada restoran sendiri yg viral di media sosial…dan lagi best, insyaAllah bakal buka cawangan ke-2 di Pasir Puteh, Kelantan..

Tapi, tu baru ‘cebisan kecil’ perjalanan story Faizol Shazwan, founder Fizow Kitchen. Ada banyak lagi cerita2 menarik yg beliau kongsikan dengan kami yg boleh kita sama2 jadikan pengajaran dan inspirasi.

Nak tau apa dia?Jom baca sehingga ke titisan darah..ehh titisan noktah terakhir cerita kali ni..

 

INI KISAH FIZOW KITCHEN, BUKAN FIZO OMAR KITCHEN YE.

Saya lah tauke, sayalah chef. Dan disebabkan kebanyakan kenalan panggil saya Fizow, maka saya namakan restoran saya ni Fizow Kitchen. Ya, Fizow tu nama panggilan saya. Xde kena mengena dgn Fizo Omar artis tu ye, hee..

Saya dah jalankan bisnes ni sejak 2 tahun lepas. Kalau nk cari kedai kedai saya, kedai saya ada kat Chabang Tiga, Melawi, Kelantan..

Menu paling special?

Bukan takat paling special, tapi menu saya paling VIRAL – Ayam Penyet Natu Mok Awok!

Mana dpt idea nama ni? Sbb saya single. Manalah tahu jodoh saya adalah org yang ’cair’ dengan masakan penuh keikhlasan hasil tangan saya ni, hee…

Ayam Penyet Natu Mok Awok..amacam, ‘cair’ tak?

DIBULI SEJAK SEKOLAH RENDAH LAGI..

 

Fizow dah mula jadi mangsa buli sejak dari sekolah rendah lagi. Dulu, saya selalu tertidur dalam kelas. Saya bukan pemalas. Saya bukan jenis sesuka hati nak tidur dalam kelas, tapi saya TERTIDUR KEPENATAN!

Sebab apa penat?

Setiap hari, saya akan berjaga sehingga lewat malam, dan bangun awal pagi sbb nak tolong umie masak. Tolong umie bungkus nasi untuk diletak di gerai-gerai.

Ya, itulah keadaan keluarga saya suatu tika dahulu.

Saya bukan orang senang. Saya tahu umie dan abah susah payah setiap hari berkerja untuk menampung kami sekeluarga. Abah siang kerja kontrak. Malam balik kerja, tolong umie pula. Jadi saya fikir, apalah sangat jika saya membantu mereka memasak dan membungkus nasi utk dijual keesokan paginya..

Tapi, kawan2 saya tidak faham. Bila saya tertidur di dalam kelas, mereka fikir saya budak malas. Ada yg rasa tidak puas hati. Jadi mereka panggil saya dengan macam2 gelaran dan hinaan yg bukan takat menanahkan telinga, malah mengguris hati dan perasaan saya. Dalaman saya sakit sangat waktu tu.

Boleh dikata hampir setiap hari saya dibuli. Sehinggalah satu hari, saya nekad xnak pergi sekolah lagi. Saya takut, saya benci dibuli!

ZAS! ZAS! ZRAASSSS!
.
Itulah bunyi libasan akibat dirotan oleh ayah kerana saya berkeras tidak mahu ke sekolah. Bisanya, bukan kepalang utk ditanggung oleh tubuh kecil saya pada masa tu. Saya faham niat abah, tapi dengan ejekan dan hinaan kawan2 sekolah benar2 membuat saya trauma..

 

SEKOLAH MENENGAH LEBIH TERUK LAGI..

 

Di sekolah menengah, saya terus menjadi mangsa buli. Tapi kali ni jauh lebih dahsyat lagi.

Bila di sekolah menengah, saya ‘bijak’ sikit. Jika kepenatan, saya hanya akan tidur semasa waktu rehat atau jika cikgu tidak masuk ke kelas.

Tapi pembuli ni mana pernah peduli penat saya ni.

Bayangkan, semasa saya tengah tidur, mereka sanggup serkup kepala saya dengan tong sampah yg kotor. Kadang2, mereka jirus air atau masukkan benda ke dalam hidung saya.

Teruk kan? Tapi, saya x pernah melawan atau membalas kata2 mahupun tindakan mereka. Saya tahan dan pendam dalam2 di dalam hati. Akibatnya? Saya mula jadi pendiam. Saya sentiasa rasa nak menjauhkan diri dari orang lain.

Hinggalah satu hari, saya bercakap pada diri..

“Sampai bila aku nak jadi mcm ni?”

 

MULA BERJINAK DENGAN MEMASAK

 

Disebabkan kekangan kewangan, saya cuma belajar setakat SPM sahaja.

Jadi apa saya buat lepas SPM? MEMASAK!

Atau lebih tepat lagi, saya bekerja jadi tukang masak. Saya memasak dari jam 4 pagi hinggalah 6 petang.

Mula belajar tentang bisnes makanan dan masakan selepas SPM..comel kan saya masa ni?

 

Penat memang penat, tapi bila kita buat apa yg kita suka, rasa penat tu kita boleh pejam mata. Btol tak? Kalau diikutkan, saya memang minat memasak sejak dari kecik lagi. Sejak darjah 4 saya dah pandai masak. Masa tu lagi umie dan abah dah rasa masakan hasil air tangan saya.

Dalam tempoh berkerja tu, saya bukan setakat belajar memasak. Dari situ saya slowly belajar dari keluarga dan juga mak saudara saya tentang cara mereka menguruskan bisnes. Saya perhati dan belajar tanpa henti. Sebab jauh di lubuk hati, saya rasa saya mampu lakukan semua ini sendiri satu hari nanti..

 

“BUAT APA KAU SUSAH2 BUAT BISNES SENDIRI..TERUSKAN JE LAH BISNES FAMILI KITA NI..”

 

Itulah antara kata2 yang saya terima bila saya nyatakan hasrat utk membuka restoran sendiri. Kalau diikutkan logik, memang betul pun. Kenapa saya perlu bersusah payah bina semula bisnes dari zero sedangkan sudah ada bisnes yg boleh diteruskan sendiri di depan mata..

Sejujurnya, saya tidak ada apa2 isu ataupun masalah dengan bisnes yang famili saya jalankan sekarang ni. Cumanya, saya ada matlamat dan impian saya sendiri..

Yang pertama…Saya nak buktikan, Fizow yang dulu mereka kenal sebagai org yg sering dibuli, penakut, suka berdiam diri, suatu hari nanti mampu bangkit dan berubah menjadi org yang lebih hebat dari apa yg pernah mereka sangkakan selama ini!
.
Yang kedua…Saya juga nak buktikan, walaupun tidak mampu menyambung pelajaran tinggi, tapi saya juga mampu untuk berjaya sepertimana orang2 yang masuk ke universiti. Itu janji saya pada diri!

Dan yang ketiga…saya sedar keluarga saya bukan keluarga senang. Jiwa saya “penat” melihat betapa penatnya umid dan abah bekerja tanpa henti, dari pagi sampai ke pagi. Dalam hati saya kata, “sampai bila nak begini?”

Dan akhirnya, setelah lama berbincang dan berfikir panjang, pada Mei 2016, Fizow Kitchen akhirnya ‘dilahirkan’..

 

“BISNES MAKAN NI SENANG BERKEMBANG..SBB SEMUA ORANG MAKAN.”

 

Itulah tanggapan saya bila nak mulakan bisnes restoran sendiri ni. Sbb tu saya x teragak2 nak bukak restoran sendiri..

Rupanya saya silap! Jauh tersasar dari bayangan saya..

Saya ingatkan nak jalankan bisnes ni mencabar, rupanya MENCABAR GILER!

Nak tau apa cabarannya? Ok meh saya citer satu persatu cabaran yg penuh tragis (yang btol2 mencabar jiwa la)

YANG PERTAMA…Baru dua bulan menyewa, penyewa dah mintak naikkan sewa. Saya kata dalam hati..”WHATT?”. Tapi saya mengalah dan ikutkan je sbb kedai dah mula viral. Sayang pulak kalau time ni nak bertekak atau nak pindah ke tempat lain. Masuk bulan ke-4, komplen lain plak. Katanya kami bising, udara x bersih, dan banyak benda rosak sbb customer parking tepi rumah beliau. This time saya malas nak bertekak dah. Jadi saya mengalah dan decide utk pindah ke tempat baru..

Kedai lama Fizow Kitchen

Antara retis yang singgah ke kedai lama FK

Kedai lama yang agak sempit dan panas..agak sukar utk kami beri servis yang terbaik..

Menu lama, takde apa yang menarik..sebelum belajar dgn Sifufbads, tak kenal apa itu USP..

YANG KEDUA…sebelum kami berpindah dapur tu, ditakdirkan restoran saya terbakar! Kerugian mencecah ribuan ringgit. Aduhh, mmg sakit kepala jap time tu. Saya tak pasti samada ia satu kemalangan atau disengajakan oleh staf saya yang bermasalah masa tu. Silap saya jugak. Dulu saya amik staf, x cek latar belakang masing2. Bila dah dipecat baru tahu rupanya staf tu bekas banduan. Tapi saya fikir positif. Saya yakin stiap kejadian ada hikmahnya. Mungkin Tuhan nak saya pindah ke tempat yg lebih tenang dan selesa dgn lebih cepat..

Belum sempat pindah, dapur dah terbakar..cobaann..

YANG KETIGA…Mulut manusia ni kita bukan boleh kawal. Dan kita juga x boleh nak puaskan hati semua manusia. Ada beberapa individu yang menyindir mengatakan makanan western Fizow Kitchen low class. Saya tak marah dia, tapi saya pegang kata-kata ini sebagai pembakar semangat dan akan buktikan suatu hari nanti mereka akan diam dan terkedu bila lihat menu western yang low class inilah yang akan menjadi pilihan orang ramai semalaya kerana harganya yang berpatutan, sedap dan semua orang mampu makan.

Saya bersyukur kerana inilah sahabat2 yang sentiasa support saya sejak dulu lagi..

Dan..cabaran YANG KE-EMPAT…cabaran yg plg menakutkan, cabaran yg kalau x diurus dgn cepat pada masa tu, boleh buat bisnes saya bungkus terus…cabarannya adalah..

CUSTOMER “CUTI”! KEDAI XDE ORG NAK MARI..

Ok peristiwa ni berlaku masa bulan puasa yg lepas. Beberapa bulan sebelum tu, restoran saya dah mula viral! Org ramai berpusu2 terjah restoran saya setiap hari. Sales meletops, memang x menang tangan masa tu.

Tapi, bila tiba bulan puasa, sales turun mendadak..betul2 drop..

Sebab apa?

Org Kelantan, masa bulan puasa dorang makan colek. Masa tu plak FIzow Kitchen ada western je. Ada la try gak wat colek, tapi resultnya tetap slow..mybe sbb org ingat Fizow Kitchen ni restoran western je..mmg tragis betul sales masa bulan puasa tu..huhu..

Teruknya sales pada masa tu, sehingga memaksa saya bekerja dengan Kak Long jual lauk dan air di bazar Ramadhan, utk support bisnes saya dan bayar gaji staf seramai 3 orang..itu pun saya x mampu..

Berkrja dengan Kak Long di bazar Ramadhan utk support sales bisnes di kedai yg teruk..

“Tak boleh jadi ni, aku kena buat sesuatu lepas ni. Kalau x, mati x bernisan bisnes aku ni..”

Saya mula berfikir, ada sesuatu yang perlu saya perbaiki jika saya benar2 nk selamatkan bisnes dan maruah diri…

SKODENG FB PAGE ORG LAIN..

Lepas bulan puasa tu, saya mula skodeng page2 restoran berhampiran lain yg terkenal. Salah satunya adalah student Sifufbads, Yuyu, founder bagi Restoran CVU Ipata.

Sejak dari hari tu, saya follow apa yg Yuyu buat.Saya tgk perkembangan bisnes beliau yg semakin viral dan mencanak naik, terutama selepas ‘berguru’ dengan Sifufbads.

Saya pernah contact Yuyu, mintak nasihat dan pandangan beliau..saya x sangka, walaupun masih muda, semangat beliau betul2 kuat membara. Beliau mmg x lokek ilmu. Banyak yg saya belajar dr beliau..

Dan salah satu pesanan beliau,

“Carilah guru. Pergilah belajar dgn Sifufbads”

Dan macam terpukau, saya x banyak soal..saya bersetuju dan terus cari Sifufbads utk berguru..

APA YG SAYA BERJAYA ‘KOREK’ DARI SIFUFBADS?

Pada mulanya, saya sangkakan, SIfufbads ni ajar org buat iklan guna FB ads. Itu sahaja.

Malah saya sendiri skeptikal juga tentang pemasaran secara online ni. Betul ke mudah? Betul ke boleh buat sales besar?

Tapi bila saya terkenangkan balik impian saya, matlamat saya, betapa saya nak ubah persepsi org terhadap Fizow yg lemah dan mudah dibuli suatu tika dulu, saya nekad! Saya akan belajar walau terpaksa merantau jauh utk sedut ilmu baru..

Kelantan dgn KL tu bukan dekat bangg oii..

Lepastu, nak xnak saya terpaksa tinggalkan kedai pada staf, atau tutup kedai sbb sayalah bos, sayalah chef..

Demi matlamat dan impian saya, saya korbankan juga..

Ternyata, pengorbanan saya berbaloi!

Dengan Sifufbads, saya banyak belajar tentang:

…cara tarik customer ke restoran
…cara jaga customer
…cara tambat hati cusotmer
…cara tarik prospek berkemampuan dan kurang berkemampuan
…cara target prospek mengikut masa yg sesuai
…dan macam2 lagi..

Setiap kali ada kelas, saya akan usahakan utk datang. Susah mmg susah. Tapi saya positifkan diri dan kata dalam hati, “Biarlah saya susah skrg, asalkan saya, abah dan umie senang di kemudian hari..”

Mula2 belajar tu, saya mmg blur2 katak. X faham sangat apa yg sifu pot pet kan. Tapi saya try gak “sedut” mana yg mampu saya hadam. Saya belajar, saya faham sikit2, dan terus apply mana yg faham tu..

Ya Allah, dari situ baru lah saya tau, betapa besarnya potensi utk bisnes saya grow jika saya gunakan ilmu2 digital marketing ni dari dlu lagi..

FIZOW KITCHEN MULA BERUBAH..

Alhamdulillah, sejak berguru dgn Sifufbads, sudah banyk perubahan berlaku pada bisnes saya..macam magis!

…dari kedai kecil sekangkang kera, skrg dah semakin besar.
…dulu 1 lot kedai, sekarang dah masuk 2 lot
…kedai semakin viral
…sales makin meningkat
…dulu sehari around RM1k/day, sekarang boleh cecah RM5-7k/day
…nak buka cawangan ke-2 tak lama lagi!

Sejak berguru, restoran saya makin bersistem..dah ada manager, accountant..

FK semakin mendapat tempat di hati penggemar western..jadi tempat terbaik untuk mereka berkumpul..

 

Kedai baru yang lebih besar dan selesa

Sifufbads pesan, utk niche makanan, penting utk ambil gambar yang mampu buat orang meleleh bila melihatnya..

Syukur alhamdulillah. Saya tidak menyangka begitu cepat perubahan yg berlaku pada bisnes saya..siapa sangka, disebalik segala keperitan, kesusahan dan cabaran yg saya lalui sebelum ni, skrg Fizow Kitchen spt sudah menemui sentuhan magis nya…

PESANAN AKHIR FIZOW UTK SEMUA

Saya tahu ianya bukan mudah sebab itu saya bekerja keras untuk merealisasikan matlamat dan impian saya untuk membuka cawangan Fizow Kitchen di seluruh Malaysia dan berada di setiap shopping mall terkemuka. Biarlah orang mentertawakan saya. Apa yang penting saya berpegang kepada kata-kata “Jangan Mengaku Kalah Sebelum Berperang”.

Dan utk org muda, yg ada cita2 dan ingin berjaya, ini pesanan saya:

[+] Fikirkan tentang masa depan anda
[+] Fokus kepada apa yg ingin dicapai
[+] Ubah mindset dan sentiasa positif
[+] Jangan takut untuk rugi
[+] Jgn lupa upgrade ilmu bisnes dan marketing

Last but not least. Satu sebab yg menjadi FAKTOR UTAMA saya bangkit dan mahu berjaya adalah BIG WHY saya – keluarga saya!

Abah dan Umie – BIG WHY saya

Umie peneman setia bila pergi membeli barang utk memasak

Sejak kecil, saya melihat depan mata saya sendiri betapa susahnya umie dan abah membesarkan kami sekeluarga. Mereka x pernah merungut.

Keluarga kami susah dlu. Saya ingat, masa darjah 2, saya satu famili buat pondok dkt kawasan projek bangunan yg tgh bina. Di situlah tempat kami sekeluarga tinggal..

Masa tu umie berniaga nasi, abah jadi buruh binaan bangunan.

Setiap kali abah balik, dgn peluh yg masih belum kering di dahi, abah sambut kami. Berehat sekejap sebelum bersiap utk membantu umie.

Umie pula, malam2 berjaga utk memasak dan membungkus nasi. Pagi2 bangun awal utk keluar mnjual nasi di gerai2..

Anda pun mesti boleh agak kan, berapalah sgt yg umie dan abah dpt ketika tu. Tapi alhamdulillah, kami sentiasa bersyukur dgn apa yg ada..

Cuma jauh di lubuk hati saya, saya tau saya patut lakukan sesuatu!

Dan sejak hari tu, saya nekad, saya akan ubah nasib keluarga saya, walau apa pun cabaran yg dtg! Kerana Fizow, PANTANG MENYERAH SEBELUM BERPERANG!

Begitu juga dgn anda..cari BIG WHY, dan teruskan BERJUANG..

Tiada org yg boleh mengubah diri anda, kecuali diri anda sendiri..

======

Dan, itulah dia kisah jatuh bangun Fizow Kitchen. Bukan senang kan nak berjaya?

Tapi bukan bermakna ia satu penghalang utk anda mencari kejayaan. Setiap halangan, ujian, mahupun cabaran pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Ianya bergantung kepada cara kita melihat cabaran tersebut..

Semoga story kali ni banyak memberi input dan inspirasi utk anda berjaya selepas ini, ok?

Dan juga lupa, jika anda rasa story ini boleh menaikkan semangat anda dan sesiapa yg mebacanya, silalah tekan button share. Ia FREE..

Dan, jika anda rasakan story ini sgt2 relevan dgn bisnes kawan anda, tag nama mereka di bahagian komen, orait? 

p/s: Nak ucapkan sesuatu utk Fizow? Tuliskan di bahagian komen.. 

Similar Posts

15 Comments

  1. jatuh cinta lak dengan nama menu..ayam penyet natu mok awok.
    panjang tapi senang nak ingat, dengar sekali terus melekat.
    abe! ambo nok oda sor..bukuh wat kelik deh : )

  2. Sungguh menginspirasikan. Sampai saya pun terbaca page ni tak silap sampai 3 kali terutama part motivasi tu. pastu bandingkan dengan hidup sendiri pula.

  3. [url=https://sexreliz.com/anal/859-lyubovnica-konchaet-skvirtom.html]https://sexreliz.com/anal/859-lyubovnica-konchaet-skvirtom.html[/url] – Деревенские секс рассказы, Интимные секс рассказы

  4. [url=https://asynt.net/]металлопрокат оптом[/url] – цены на цветной металл, нержавеющая сталь украина

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *