7 PANTANG LARANG DALAM DIGITAL MARKETING YANG WAJIB ANDA ELAKKAN
[WARNING!] – TEKNIK DIGITAL MARKETING YG ANDA GUNAKAN SKRG MUNGKIN MMBUANG MASA, TENAGA, DAN RINGGIT MALAYSIA JIKA 7 ‘PANTANG-LARANG’ NI ANDA LANGGAR MCM TU SHAJA.
Amik perhatian usahawan online! Skrg ni mungkin anda dah belajar mcm2 teknik digital marketing. Kepala anda mungkin dah berapi berasap dgn segala teknik pemasaran yg ada skrg ni. Kalau anda follow Sifufbads sahaja pun, dah mcm2 input kami ‘muntahkan’ kan, bukan setakat di FB je, malah di Instagram, Youtube, Pinterest, Souncloud, Telegram juga x kurang banyaknya..
TAPI….
Semua yg anda belajar tu, semua yg bakal anda buat tu, bakal menjadi SIA-SIA, membazir masa, tenaga, idea dan RInggit Malaysia, jika anda dengan senang-lenangnya kasi langgar 7 PANTANG-LARANG DIGITAL MAKRETING ni!
Nak tau apa dia? Jom klik satu per satu dan baca..
PANTANG-LARANG #1: BERGANTUNG PADA FB SAHAJA
Ini silap besar! Kalau bergantung pada FB sahaja, mmg cari nahas namanya..sebenarnya bukan bergantung pada FB shj, kalau bergantung pada satu platform, itu yg bahaya..
Ada org selesa dgn FB, FB je la dia pakai..
Ada org selesa dgn IG, IG je la dia pakai..
Ada org selesa dgn blog, blog je la dia pakai..
Ini semua kena ubah! Kena plan utk pakai platform2 lain jugak. Sekurangnya 3-4 platform lain..
Sebab apa?
1. Social media tu bukan kita punya. Kalau kita bergantung pada fb sahaja, one day fb lesap, ghaib, terkubur..apa jadi pada kita? Pernah dgr Friendster? Myspace? Haa camtu la nnti..that’s why kena ada backup plan. Kena guna platform2 lain juga..
2. Ini zaman Marketing 4.0. Org buat research dulu sblm buat keputusan membeli. Bila dorang research, dorang Google..bayangkan bila dorg Google brand atau produk anda, tapi hasil carian mengecewakan..yg ada FB page je..sedangkan kalau dorang Google brand pesaing, mcm2 keluar – ada FB, ada IG, ada blog, Youtube dll..agak2 mana lebih meyakinkan dorang? Anda jawab sendiri..
Contohnya Sifufbads sendiri, skrg dah mula gunakan platform2 lain spt IG, Youtube, Pinterests, Soundcloud dll..bukan saja2 buat. Semua tu ada sebabnya..dan inilah sebabnya..
PANTANG-LARANG #2: AUDIENS ‘PELURU TABUR’
Apa yg SIfufbads perasan, masih ramai usahawan di luar sana yg sebenarnya tak tahu betul2 siapa audiens sasaran mereka. Kalau tanya, konfem je cakap ada..
“Saya target laki perempuan boleh pakai, dari umur remaja sampai retua pun boleh guna produk saya ni..”
Kalau audiens sasaran anda lebih kurang macam ni, jaga2..anda mungkin sedang membuat marketing yg membazir masa..ini namanya audiens ‘peluru tabur’..
Kenapa peluru tabur?
Sbb peluru yg anda ‘tembak’ tu bergerak secara rawak, x tepat..
Kena faham, persaingan hari ni sangat sengit. Jadi salah cara utk membezakan kita dgn pesaing adalah dgn membezakan audiens kita..
Contohnya..
Org lain jual produk kecantikan, target semua org perempuan, betul kan?
Produk anda pun sama. Semua perempuan boleh pakai. Tapi anda boleh spesifikkan audiens. Produk anda disasarkan khas, utk wanita berumur 25-35 tahun dan berkerja sbg cikgu. Cukup! Itu je pun dah cukup membezakan anda dgn pesaing lain..kenapa perlu tapao semua kalau anda boleh tapao audiens yg lebih spesifik tanpa perlu bersaing dgn ‘jerung2’ lain..
One more thing..
Bayangkan kalau sasaran audiens anda general, umur dari remaja ke retua..
Agak2 anda la, ayat2 yg boleh diterima oleh remaja ni, sama x dgn gaya bahasa yg digunakan oleh golongan retua? Jawab2..
Xsama kan? That’s why penting utk anda kenal btol2 siapa audiens anda..
PANTANG-LARANG #3: POSTING ‘MENGKHINZIR’ BUTA
Skrg ni ramai dah tau, cara utk org nampak kewujudan bisnes mereka di social media adalah dgn kerap update. Masalahnya, ramai yg update post “mengkhinzir buta”!
Main post je janji ada post hari tu..
Lagi teruk kalau post tu dibuat sbb nak kejar engagement kononnya..cara mudah nk kejar like, komen? Share post2 kelakar. Share video2 yg x relevan dgn bisnes kita..
Silap besar sume tu..
Kena tetapkan matlamat setiap posting kita tu..
Antara matlamat nya adalah:
– buat org communicate dgn brand kita(contohnya LIVE)
– buat org komen (tanya pandangan/soalan)
– buat org participate(buat contest)
– sales (buat offer, tp jgn terlalu kerap)
Plan strategi utk buat posting yg mampu memberi impak pada brand anda setiap hari. Bukan plan utk ckup syarat je..
PANTANG-LARANG #4: POSTING TERLALU BANYAK/SIKIT
Yg ni kena jaga2..Posting terlalu banyak, org akan annoying, menyampah..apatah lagi kalau bnyak posting anda tu mcm posting syok sndiri..
Posting terlalu sikit..buat lah selalu kalau rasa nk page anda tu makin hari makin krik2..
“So Sifufbads, berapa jumlah posting yg sesuai?”
Di antara 1-3 posting setiap hari. Tapi ingat, kena buat posting yg berkualiti. Biar sikit posting tapi yg sikit tu high impact, high engagement.
PANTANG-LARANG #5: BERCAKAP DGN ‘TEMBOK’
Satu lagi kesilapan yg biasa dilakukan oleh owner bisnes pada social media mereka adalah dgn update post seolah2 bercakap dgn tembok..
Paham mcm mana cakap dgn tembok? Haaa cuba pi cakap dpn tembok, apa rasa? Ada respon? Hee..
Mcm tu lah jugak posting kita..jgn buat posting yg syok sendiri. Cuba hasilkan posting yg boleh buatkan fans/followers kita respon balik dgn apa yg kita post tu. baru ada 2 way communication. Itu namanya engagement marketing.
Engagement marketing ni bagus utk meningkatkan trust, credbility, dan of course membantu meningkatkan sale!
Jadi apa yg perlu anda lakukan? Ini tips2 nya:
1. share tips yg berbentuk ‘problem solving’. Yg selesaikan masalah mereka.
2. Buat LIVE, dan communicate dgn mereka. Sebut nama mereka, baca komen mereka, jawab soalan2 mereka..
3. Akhiri dgn soalan. Cthnya: “Apa pandangan uols?”, “Antara 2 ni, yg mana korang rasa better?”, “Dari 7 point yg saya share tadi, mana yg korg rasa plg menyentap jiwa?”
4. Akhiri posting dgn CTA spt suruh mereka LIKE, COMMENT, dan SHARE..
Xde idea gak? Gi kat post2 sifufbads, baca smpai ke hujung dan tgk CTA2 nya ok..Simple je kan?
p/s: Antara 7 kesilapan ni, yg mana satu kesilapan yg ‘kawan’ anda tgh buat? Cer share sikit..
Setuju sangat. Kena banyakkan medium pemasaran selain daripada FB. Sebab mungkin target market kita ada yang ‘berkumpul’ dekat tempat lain selain daripada FB.
tembok besar best bertumbuk
Sangat membantu. Sekarang ni terlampau ramai kononnya nak buat posting2 tips kat fb tapi terlampau merapu
Terima kasih sifubads atas perkongsian