9 Langkah Terbaik Mulakan Bisnes Internet
Anda nak mula bisnes internet tapi tak tahu nak mula dari mana?
Ni saya berikan anda 9 langkah cara nak mulakan bisnes internet…
Saya sudah lihat ramai orang yang baru bermula berjaya kembangkan bisnes internet mereka dengan melakukan perkara berikut:
- Cari permintaan, masalah dan penyelesaian prospek.
- Tulis ayat jualan yang POWER.
- Bina website yang menarik dan mudah digunakan.
- Gunakan enjin carian untuk tarik trafik ke website anda.
- Gunakan media sosial untuk penjenamaan.
- Tingkatkan kredibiliti anda, jadi seorang yang pakar.
- Follow Up pelanggan anda menggunakan pemasaran emel.
- Tingkatkan jualan anda melalui Back-End Sales dan Upselling.
- Fokus dan konsisten.
ok, anda dah tahu langkah-langkah yang perlu anda lakukan. Sekarang, saya akan jelaskan satu per satu langkah-langkah ini di bawah..
Langkah 1: Cari Permintaan, Masalah dan Penyelesaian
Kebanyakkan kesalahan orang baru adalah mereka mencari produk dulu, kemudian baru pasaran.
Untuk meningkatkan peluang anda untuk berjaya, mulakan dengan pasaran dulu. Caranya adalah dengan mencari sekumpulan orang yang sedang mencari penyelesaian kepada masalah. Anda boleh lakukan kajian ini dengan:
- Masuk ke forum dan lihat apa soalan yang ditanya dan apa masalah yang ingin diselesaikan.
- Lakukan kajian keyword untuk mencari keyword yang ramai orang sedang mencari, tetapi tidak banyak persaingan.
- Kaji pesaing anda dengan melawat website mereka dan lihat apa yang mereka lakukan untuk mengisi permintaan.
Kemudian, anda boleh gunakan apa yang telah anda kaji dan cipta produk untuk pasaran yang telah wujud. Bina USP anda. Dengan cara ini, anda boleh buat produk yang lebih baik daripada pesaing.
Langkah 2: Tulis Ayat Jualan Yang POWER
Anda perlu tulis ayat jualan mengikut turutan;
- Tulis tajuk headline yang menarik perhatian.
- Huraikan masalah yang produk anda selesaikan.
- Bina kredibiliti anda sebagai penyelesai masalah.
- Tambah testimoni dari pelanggan yang pernah gunakan produk anda.
- Huraikan manfaat produk kepada pengguna.
- Beri tawaran yang hebat.
- Beri jaminan yang kuat.
- Guna ayat Urgency.
- Beri arahan untuk buat tempahan.
Dalam menulis ayat jualan, anda perlu beritahu bagaimana untuk jadikan produk anda unik dan dapat menyelesaikan masalah prospek. Beritahu pada prospek yang produk anda boleh jadikan kehidupan mereka jadi lebih baik.
Anda perlu berfikir seperti pelanggan dan bertanya “Apa yang yang saya dapat jika saya beli produk ini?”
Langkah 3: Bina Website Yang Menarik dan Mudah Digunakan
Sebaik saja anda dah jumpa pasaran dan produk anda. Anda perlu bina proses jualan untuk prospek buat pembelian.
Jangan lupa untuk pastikan ia mudah. Anda mempunyai kurang dari 5 saat untuk tarik perhatian prospek. Jika tidak, mereka pergi tak kembali.
Ini beberapa tips penting yang perlu anda buat dalam website:
- Gunakan satu atau dua font biasa dan berlatar belakang putih.
- Menu navigasi anda mestilah jelas dan mudah.
- Gunakan grafik, audio atau video jika ia dapat bantu sampaikan mesej anda dengan efektif.
- Beri free gift supaya anda boleh kumpul alamat e-mel.
- Jadikan ia mudah untuk membeli, tak lebih daripada 2 klik antara potensi pelanggan dan checkout.
- Website anda adalah seperti kedai online, jadikannya mesra pelanggan.
Langkah 4: Gunakan Enjin Carian Untuk Tarik Trafik ke Website Anda.
Iklan Pay Per Click (PPC) adalah antara cara yang paling mudah untuk dapatkan trafik ke website untuk jenama baru. Cara ini mempunyai 2 kelebihan berbanding menarik trafik secara organik…
Pertama, iklan PPC muncul pada hasil carian dengan serta-merta.
Kedua, iklan PPC membolehkan anda untuk menguji pelbagai kata kunci, tajuk-tajuk utama dan juga harga bidding.
Bukan sahaja anda boleh dapat trafik serta-merta, anda juga boleh menggunakan iklan PPC untuk mencari keyword yang menghasilkan jualan. Kemudian, anda boleh letak keyword tersebut di seluruh website anda. Ini dapat membantu meningkatkan kedudukan website anda dalam hasil carian secara organik.
Langkah 5: Gunakan Media Sosial Untuk Penjenamaan.
Media sosial yang popular sekarang ini adalah Facebook dan Instagram. Kelebihan menggunakan kedua-dua medium ini adalah ia berkonsepkan viral. Gunakan kelebihan ini untuk bina jenama bisnes internet anda.
Apa yang perlu anda buat adalah;
- Bina logo dan gambar yang menarik.
- Pilih warna gambar yang bersesuaian dengan niche bisnes anda.
- Bina followers yang targetted.
- Bina post pada waktu yang optimum secara konsisten.
- Gunakan hashtag yang bersesuaian ketika bina post.
- Banyakkan engagement dengan followers anda.
- Kumpulkan gambar dalam satu album.
- Kumpulkan followers anda dalam Facebook Group
Ada pelbagai cara untuk bina jenama bisnes internet anda dalam media sosial. Apa yang paling penting adalah anda perlu konsisten untuk lakukan kesemua perkara di atas.
Langkah 6: Tingkatkan Kredibiliti Anda, Jadi Seorang Yang Pakar.
Orang menggunakan internet untuk mencari maklumat. Biasa mereka mencari maklumat untuk selesaikan masalah mereka.
Jadi, apa yang perlu anda buat adalah;
- Buat artikel, video atau apa-apa kandungan lain yang kita akan dapati berguna. Promosikan kandungan tersebut di direktori artikel dan laman sosial.
- Letak link “Send to Friend” pada kandungan di website anda.
- Jadi seorang yang aktif di forum-forum dan laman sosial di mana sasaran pasaran anda ada.
Dengan cara ini, anda akan dapat ramai pembaca baru. Tetapi, lebih baik jika setiap website yang siarkan kandungan artikel anda dapat buat backlink pada website anda. Ini dapat menaikkan kedudukan website anda dalam enjin carian.
Langkah 7: Follow Up Pelanggan Anda Menggunakan Pemasaran Emel.
Apabila anda membina senarai emel, anda telah bina salah satu aset yang paling berharga dalam bisnes internet anda. Pelanggan telah memberi kebenaran untuk anda menghantar e-mel kepada mereka.
Ini bermakna:
- Anda perlu berikan mereka sesuatu yang mereka telah minta.
- Anda sedang membina hubungan dengan mereka.
- Anda dapat jimatkan kos pengiklanan. Pemasaran emel adalah lebih murah dan lebih berkesan daripada menggunakan media cetak, TV atau radio kerana ia sangat targetted.
Langkah 8: Tingkatkan Jualan Anda Melalui ‘Back-End Sales’ dan ‘Upselling’.
Salah satu strategi pemasaran internet yang penting adalah tingkatkan nilai setiap pelanggan. Biasanya pelanggan yang pernah membeli dari anda akan membeli dari anda lagi, itu pun jika anda follow up mereka. Ini dapat menjimatkan kos pemasaran kerana untuk dapatkan pelanggan pertama, anda perlukan kos yang agak tinggi.
Jadi, gunakan back-end sales dan upselling untuk buatkan mereka membeli lagi:
- Tawarkan produk yang lengkapkan pembelian asal mereka.
- Berikan kupon diskaun elektronik supaya mereka boleh tebus semula untuk pembelian akan datang.
- Tawarkan produk berkaitan di “Thank You” page anda selepas mereka buat pembelian.
Berikan ganjaran kepada pelanggan anda yang sentiasa setia dengan anda, seperti tawaran diskaun, beli satu percuma satu, tiket percuma dan lain-lain.
Langkah 9: Fokus dan Konsisten
Dalam bisnes, anda perlu sentiasa fokus dan konsisten dalam segala perkara yang anda ingin lakukan.
Untuk fokus dan konsisten, anda perlu;
- Mempunyai matlamat yang jelas dalam bisnes anda.
- Utamakan perkara yang penting dahulu.
- Bina pasukan yang mempunyai matlamat yang sama.
- Gunakan masa yang ada sebaik-baiknya.
- Banyakkan membaca buku-buku bisnes dan motivasi
Nak buat semua perkara ini bukannya perkara yang mudah, ia memerlukan tahap disiplin yang tinggi. Jika anda mampu praktikkannya, saya yakin anda pasti boleh berjaya dalam setiap perkara yang anda lakukan.
Selesai! Itu sahaja 9 langkah untuk mulakan bisnes internet yang perlu anda lakukan mulai sekarang.
Semoga berjaya!
Assalamualaikum Tuan,Terima kasih diatas perkongsian ini,ilmu yang sangat-sangat bermanfat untuk semua newbie.Alhamdulillah,Moga murah rezeki & dipanjang usia 🙂
sama-sama tuan 🙂
Terima kasih Tuan Jamal atas perkongsian yang sangat menarik. Simple dan mudah untuk difahami.
sama-sama, semoga dapat membantu bisnes tuan
Step 1 sampai 4 semua dah buat tapI setakat ni habuk pun xde. Sekarang ni tgh ragu2 betul ke boleh buat duit secara online?
dah ramai orang berjaya buat duit online, jgn ragu2 lagi. Cuba belajar dari org yg dh berjaya
Alhmdullilah dengan bisnes online dan tips yang sifu beri memang nampak banyak peningkatan. Terima kasih sifu.
sama-sama tuan, saya harap semua tips yang saya beri ini dapat membantu bisnes tuan
Terima kasih input dan maklumat yang berguna ini tuan. Sy akan cuba fokus fokus dan fokus. Nak aim jadi full time blogger doakan saya
semoga berjaya tuan, saya akan doakan kejayaan tuan 🙂
Sifu macam mana nak buat kajian untuk masuk forum,boleh jelaskan ke forum apa itu apakah group2yg biase ade ?
untuk forum niche IM, sis boleh masuk ke forum wangcyber. Untuk group fb, join group yang aktif dengan perkongsian, kalau dpt buat group sendiri lagi baik
saya ingin membuat pemasaran internet tapi tidak tahu mcm mana.. dulu saya penah pergi kelas yg byr 100 sifuFBads tp saya tak paham apa pun. untuk pergi kelas berbayar 2K saya tak mampu.
Saya buntu.
akak boleh baca artikel yg ada dalam blog ni, byk topik strategi dan teknikal dh saya kongsikan
Fb ads dh tak ada masalah lepas join seminar bang jamal…
Yg jadi masalah sekarang ialah email list…
bunyi memang best pasal ada aset..
Masalah saya ialah open rate saya teruk la tuan..
just hampir 20% je yg bukak
Mcm mana nak repair ya ?
Tak boleh ke tuan relaunch balik kursus email marketing 3.0 dulu…
Orang yang nak mula bisnes online wajar baca info yang sangat penting ni..Supaya anda tidak “LOST”….
terima kasih tuan Jamal. sangat bermanfaat kepada saya yang baru hendak mencuba berniaga di internet.
semoga tuan sentiasa sihat dan diberkati supaya dapat terus berkongsi elmu dgn kami.
sama2 tuan, semoga bermanfaat
Assalamualaikum sifu jamal kalau mau berniaga melalui intenetnih kena buat fb pages duluke sifu
ye, tu cara paling cepat nak buat duit internet
thanks for the info..sy baru strt buat bisnes onlne..tp mcm dah fedup lak..sbb ssh btl nk cari pelanggn.
sy nak kongsi website ini yang banyak membantu sy http://www.bisnesonline.xyz
selamat mencuba 🙂
Bagi pandangan saya tip in dah cukup terbaik dah, Cuma nak follow atau tak jer. Terima kasih Tuan Jamal kerana berkongsi tip yang bermanfaat nie.
Satu perkongsian yang sangat menarik. Bagi usahawan yang baru memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan, kami menawarkan pelbagai Pakej Website Murah untuk anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Assalam sifu.. sy nina.. sy dah baca tips yg sifu berikan.. tetapi sy ada satu soalan berkait rapat dengan produk saya.. pinjam masa sifu sekejap ye.. dlm perkongsian sifu ada bgtau cari masalah dan cara selesaikan masalah org..betul? Dalam situasi saya pulak berbeza..saya peniaga 10 tahun dlm bidang tanaman..dan memang itu kepakaran saya.. sekarang sy keluarkan produk hasil dr tanaman sy.. masalah sy..sy tidak dpt mencari masalah dan penyelesaian yg harus saya buat.. sy mengeluarkan cili jeruk. Sy dah try buat fbads tp kos sy melebur.. minta pandangan sifu ape kaedah terbaik perlu saya ikuti..dan bagaimana? Ada sesi coaching yg saya boleh ikut?? Sy newbie dlm online..harap bantu
cer buat iklan tarik org dtg kedai. kasi offer terhad utk org yg dtg. mgkin boleh share konten berkaitan tips tanaman. cer pikirkan apa org nak dr bisnes akak ni. tak tau? kene buat researh lg.
tips menarik…