3 KESILAPAN YANG RAMAI FOUNDER BISNES BUAT SELEPAS RAYA

Amacam bisnes anda bulan Ramadhan yg lalu? Capai target tak? Bisnes time raya pulak amacam? Ada ‘ching-ching’ yg masuk? Haaaa raya tu raya jugak tapi momentum kerja tu kena jaga… jangan lepas dah baham ketupat lemang rendang terus momentum kelaut!

Selalu kita nampak founder2 bisnes ni waktu sebelum Ramadhan dan semasa Ramadhan, bukan main ligat planning sales & marketing macam2 tapi bila dah raya dan lepas raya, macam senyap je kan?

Mungkin senyap sebab sibuk bikin strategi kot… ke senyap sebab sibuk beraya sampai tinggal bisnes? Haaa NO NO NO okay! Jangan beraya sakan sampai tinggal semua benda ya! Jangan kerana raya yg sebulan tu jer sampai terkesan 11 bulan berikutnya!

So, harini SifufBads nak kongsikan 3 kesilapan yg ramai founder bisnes buat selepas Raya….

#1. BERMULA LAMBAT

Ramai founder yg sebelum Ramadhan lagi bukan main ligat planning strategi untuk sales raya tapi bila dah raya je, terus mood bisnes tu down sebab dah fokus raya… betul tak?

‘Enjin’ sebelum raya bukan main masuk sampai gear 5… tapi lepas raya, terus mati enjin! Bila dah mati enjin, nak start tu makan masa balik. Orang lain dah macam2 plan dah jalan, yg anda pulak lepas sebulan habis raya baru nak mula planning…

Haih jangan buat camtu okay? Besar risikonya kalau anda bermula lambat ni! Bak kata Sifu Jamal, “You lambat, you tertinggal, bila you tertinggal… bisnes boleh meninggal!”

#2. TERLEBIH SELESA

Kebiasaannya waktu raya ni lah ‘lubuk’ utama untuk anda kaut sales yg berlipat kali ganda berbanding waktu2 lain… Kalau kena gaya, strategi yg diguna pakai tu mau hit sales untuk 3-4 bulan!

Sebabnya buying power waktu perayaan ni lebih tinggi! Jual lah apa saja, kalau kena gaya… memang laku keras! Sebabkan ini jugaklah founder2 sangat menumpukan kepada sales musim2 perayaan… habis je raya, terus bisnes ‘tidur’ sebab kononnya dah cukup ‘bekalan’ sales raya haritu.

Haaa, salah okay! Sekali sales anda naik, tak selamanya akan naik okay! Banyak faktor yg mempengaruhi sales turun naik ni… so jangan pernah selasa! Sentiasa bersedia untuk bertindak dalam apa jua keadaan sekali pun.

 

#3. TIADA PLANNING

Ini pun selalu sangat jadi… dari awal tahun, majoriti founder terlalu fokus untuk persediaan sales & marketing raya. Habis je raya, dah mula tepu dan dah tak tau nak buat apa.

So, apa nak buat?

Sediakan yearly atau quarter planning… kenal pasti musim2 perayaan yg ada supaya anda boleh planning kempen apa yg nak buat. Tapi, beri lebih perhatian kepada kempen2 yg besar seperti kempen raya. Haaa bila dah sediakan planning, lebih mudah untuk anda pantau kos & bajet bagi setiap kempen.

Planning ni pulak, jangan prepare 1 planning je tau! Sentiasa bersedia dengan 2-3 backup plan yg lain sebabnya trend kan selalu berubah… betul tak?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *