‘VALUE USP’ – INILAH STRATEGI YANG HAYDA GUNA UNTUK KUATKAN BRAND DALAM NICHE FESYEN

Harini kita nak share sikit pasal seorang Founder dari industri fesyen ni iaitu Puan Aida Rosli dari Brand Hayda.

Dia mula bisnes sejak 2010 lagi, dan start buka butik dari tahun 2016.

Hari ini kita dapat lihat billboard Hayda merata-merata di highway.. korang mesti pernah nampak, kan?

Pentingnya untuk kita tahu apa produk yang kita nak jual, sebelum kita mulakan marketing.

Tak ada la bila dah keluarkan produk nanti, dah habiskan duit marketing, tak ada sambutan pulak kan.

Macam Brand Hayda ni, dia punya tudung tak payah gosok, boleh konyok2 letak la dalam handbeg tu.

Tudung yang dijual ni fokus kepada wanita yang nak cepat bersiap, dan tak nak pakai tudung yang rumit.

Sasaran audiencenya sangat jelas! Dengan cara ini, dia dapat masuk market fesyen dengan lebih mudah dan cepat, walaupun dalam high competition.

So, ini 3 point yg boleh kita amik dari tudung Hayda ni:-

1. Kenal pasti masalah yg sedang pelanggan hadapi.

2. Apa value yang pelanggan cari yang dia tak boleh dapat dari competitor.

3. Bagaimana produk yang di jual boleh sustain dalam market & sentiasa ada demand.

Ps – So Hayda dah buktikan dengan produk yang tepat mampu untuk growkan bisnes. Korang punya produk selesaikan masalah pelanggan tak?

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *