BISNES LELAKI INI HAMPIR BUNGKUS AKIBAT OVERHEAD TINGGI MENCANAK

“Ini kisah Saiful Azhar & isteri, Sue Salleh. Founder & co-founder kpd Cinestudio. Apa yang diorng buat? Cekidout! ?? Cinestudio

PERJALANAN BISNES..

Bro @j.khoz ni dah berbisnes dari umur 21 tahun lagi. Dulu pernah bekerja kat syarikat produksi filem, lepas tu resign. Buat sendiri pulak.. time tu job banyak masuk.. saving pun lagi la masyukk… waktu tu rasa “ehh.. siapa cakap susah buat bisnes? Camni je… umur 23 dah boleh hit million” Konfident je..

Peluang bisnes makin terbuka.. siap dapat funder.. terus decide nak sewa ofis 3 tingkat lagi tu.. 6 bulan pertama, fuhh semua jalan cantik! Lepas tu.. makin lama makin ‘tenat’. Dalam 2 tahun dah ‘nazak’! Mana taknya.. hutang keliling pinggang, nak bayar overhead, gaji staff dah tak mampu nak bayar..

Bisnes hampir bungkus…

Alhamdulillah, tetiba dapat job. Bayar segala hutang yg ada… let go ofis (tanggung rasaksa ni) dan pindah. Lepas tu diorang decide utk tarik handbreak.. dan balik kampung…

Lepas kahwin, buat bisnes jual air kelapa kat tepi jalan, jual pisang cheese.. seronok. Menjadi.

DIUJI LAGI..

Lepas tu Allah duga lagi.. “dari jual 100 lebih kilo sehari.. sampai seikat pisang pun susah nak jual”.

Start dari situ.. diorang mula mencari apa tujuan hidup.. apa tujuan bisnes? Cari sebab kenapa diorang diuji?

BAGI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN..

Lepas tu.. diorang jumpa dan faham balik apa tujuan hidup. Kat situlah bermulanya ‘turning point’. Waktu tu memang zero. Saving pun takde.

Sampai la ada sorang insan ni bantu diorang untuk grow balik.. & sarankan diorang untuk berguru.

PERJALANAN CARI ILMU..

Tahun 2016, di Missing Chapter. 5-6 jam dalam tu baru terbuka hati nak sedut ilmu. Sebab time tu rasa banyak benda yg taktau.. Terus join coaching class. Tapi balik tak buat start buat ape2.. tak apply pun ilmu yg belajar dah tu..

SAMPAILAH…

Disember 2018, join semula dan betul2 praktikkan apa yg SifufBads ajar.. dari sales biasa2 je puluhan ribu sebulan… dalam masa 4 bulan grow dan grow… sales makin menaik.. & now dah cecah ratusan ribu sebulan! Wow!

MACAM MANA CINESTUDIO BOLEH GROW DGN CEPAT..?

Diorang fokus kat 1 ‘secret’ je sebenarnya… nak tau? (scroll bawah lagi..)

Lepas SifufBads ‘ketuk’ sikit.. terus jumpa the right target audience… yg mana diorang fokus kat ‘jerung2’ jer..

…. “yes tu je rahsianya”

Dan of course… diorang sulamkan dgn content marketing contohnya video testimoni dari pelanggan, gunakan org yg berkredibiliti utk share video content dan masukkan element of curiosity.

Lepas tu diorang integrate-kan platform fb, ig dan youtube!

Kalau korang nak tau… video diorang ni viral, 8 juta viewers dalam masa 5 hari jer. Perghhh!

TAU TUJUAN BISNES…

“Sebelum ni berbisnes memang fikir nak buat duit, cari duit. Makin lama fikir.. makin susah nak buat duit.”

Lepas tersedar dah faham apa tujuan diorang berbisnes.. diorang dah ubah konsep bisnes 360 darjah!… macam mana tu?

Diorang apply konsep utk bantu orang lain.. bukan fikir job semata tapi more kpd nak bantu.. support, konsult..

Berikan lebih banyak value kpd orang lain… kata omputih “give first, and you will get more”. gitu..

Agak2 korang pun boleh tak jadi macam founder Cinestudio ni? Kalau ya, komen ?? “opkos laa”

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *