Duit ASB dan Tabung Haji Tinggal RM10 Jer
Ni bukan nak citer pasal ASB, TABUNG HAJI mahupun GST ye..
Harini, satu kisah benar, kisah inspirasi untuk pembaca blog sifufbads.
Hari ni, saya nak share kisah seorang IRON LADY DALAM BIZ ONLINE. Bukan calang-calang orangnya. SERIUS!
Beliau antara student lama sifufbads, dari tahun 2012 lagi! Kisah beliau ada dalam buku Legenda Jutawan Facebook kisahnya..
Beliau dah masuk kelas saya banyak kali! Rajin recharge ilmu.. bisnes dia? Very amazing!
.. Niaga produk kosmetik, krim muka! 6 angka sebulan walaupun dia hanya stokis. Jual sendiri ye, guna fb, tanpa guna agen.. Produk ni dari tahun 2012, sampai sekarang maintain jual.. Sales pun konsisten sampai sekarang!
.. Dia juga jual produk kesihatan. Juga platform fb, guna fb ads dari hujung 2012 sampai sekarang. Juga bukan produk sendiri. Tapi stokis.. sales nya juga banyak bermula dari fb. Sales tahunan? 8 Angka tak silap saya..
.. Produk fitness, dia jual juga. Macam-macam ada. Bina muscle, kuruskan badan, ada belake..
.. Produk dia sendiri, Pesona Rugosa. Produk untuk orang dah kawin je tau.. Juga guna fb ads marketing. Zain Saidin jadi ambassador produk dia ni tau..
Saya boleh kata, beliau adalah very-very sukses woman.. Undeground! Low profile, humble.
Saya ingat lagi pada tahun 2012, dia bisnes sorang-sorang je di rumah. Suri rumah katakan.. Lepas kelas saya, dia dipaksa amik 1 staff. Bukan apa, asik sibuk jawab hp je kejenya. Tengah belajar pun sibuk layan sms. Lama-lama staff semakin ramai sekarang. Dah buka ofis sendiri.. Ada 2 ofis..
Hasben dia pun join bisnes dengan dia sekarang. Orang kuat dia sekarang!
Di sebalik kejayaan dia sekarang, apa kata kita lihat kisah beliau sebelumnya..
DITULIS SENDIRI OLEH BELIAU..
” Sharifah Mastura Syed Mohssain nama diberi. Namun saya lebih senang dikenali dengan nama pendek sahaja Mas Habshee.
Saya merupakan salah seorang pengarah Syarikat Rugosa Sdn Bhd. ‘ Rugosa Essential For Love‘ adalah tagline Kami.
Setelah hampir 2 tahun saya membangunkan syarikat ini, saya amat berpuas hati dengan pencapaian saya. Nama Rugosa kini telah meniti dari bibir ke bibir Rakyat Malaysia. Artis pun tau dan beli Rugosa sekarang. Awal-awal kemunculan kami, rata-rata pelanggan kami adalah di kalangan datin-datin dan puan-puan Sri namun bukan hanya di situ. Insya’Allah, kami akan terus menghangatkan lagi Rugosa di kalangan Rakyat Malaysia yang masih belum biasa dengan Essential Oil, kerana produk jamu amat melekat di hati mereka terutamanya Melayu.
Mengimbau sedikit kenangan lampau saya; sebenarnya tidak pernah termimpi untuk berada di tempat saya sekarang. Saya tak pernah terfikir ada satu bisnes yang mana dengan hanya mengadap handphone dan laptop, sambil menjaga anak dan menguruskan rumah tangga.. mampu menjana pendapatan seperti saya tanpa perlu menebalkan muka untuk dapatkan projek-projek dari pelbagai jabatan kerajaan. Kalau sebelum ini, setiap hari saya terpaksa menebalkan muka ke jabatan-jabatan kerajaan untuk mendapatkan pelbagai kontrak, kini adalah sebaliknya.
Tahun 2007 adalah detik terakhir kejatuhan suami dalam perniagaan korporatnya. Habis semua kilang dan ofis beliau ditutup dan dilelong. Namun, kami tidak mengalah dan masih cuba untuk bangkit. Pelbagai tender kerajaan dan GLC kami cuba.
Antara perkara yang paling tidak dapat dilupakan adalah satu business proposal yang kami buat di salah sebuah GLC.. merupakan pengeluar kereta Pertama Malaysia. 2 kali suami berjumpa CEO syarikat berkenaan. Ketiga-tiga mereka berjanji akan membantu kami. Bukan sedikit wang yang kami laburkan, habis beratus ribu kerana suami terpaksa ulang alik ke China. Surat MOU juga sudah ditandangani di China apabila Syarikat GLC berkenaan membuat audit di sana.
Malangnya projek yang kami sendiri proposed akhirnya berpihak pada sebuah company BHD yang juga merupakan vendor utama mereka yang membuat jualan 300 Juta setahun. Kami berputih mata dan hilang arah buat seketika tapi inilah realiti yang terpaksa diterima. Tak tercapai dek akal komponen yang kami proposed dan kami anggap ‘New Baby’ kami berpihak kepada Sang Helang yang datang menyambar dari atas.
Lantaran terlampau banyak wang yang telah kami gunakan dalam tempoh 6 tahun kami benar2 kehabisan duit simpanan. ASB dan Tabung haji kami tak sampai RM10. Kami benar-benar terdesak dan suami mula membuat satu keputusan yang drastik. Jual sahaja rumah yang kami diami sekarang dan mulakan kehidupan baru.
Balance jualan rumah kita gunakan untuk memulakan biz baru. Suami orangnya yang suka fikir besar-besar. Dah terbiasa dengan pegangan ‘Think Big‘ agaknya. Nak buat biz mesti ada modal ratusan ribu. Saya mula menangis tak berlagu.. apa akan jadi kalau kami jual rumah ini. Saya menebalkan diri berjumpa kakak saya untuk meminjam duit RM6K untuk mulakan biz. Alhamdulillah, kakak sudi pinjamkan duit dan di sinilah bermulanya kehidupan baru.
Berbekalkan wang pinjaman kakak, saya nekad untuk menjalankan perniagaan online. Rezeki menyebelahi saya apabila saya terjumpa seorang sifu. Time tu belum ada lagi nama Sifu FBAds. Namanya pada masa tu lain.
Dari Sifu, banyak ilmu yang saya pelajari dari sales cukup-cukup untuk tampung kos kami sekeluarga. Alhamdulillah sekarang saya mempunyai 2 ofis di Cheras dan Melaka. Dengan ilmu dari Sifu Jamal juga, kami telah melebarkan sayap salah satu perniagaan kami di Brunei dan Singapura.
Di alam maya juga saya mempunyai hampir 5 kedai dan setiap kedai menjual produk-produk yang berbeza. Itu pun atas nasihat sifu supaya tidak mencampurkan adukkan satu bisnes dalam satu kedai macam pasaraya dan apa yang sifu ajar memang benar. Bukan sahaja pembeli akan faham, staff saya pun tidak keliru dan masing-masing kini pakar dalam produk masing-masing.
Setiap kali sifu buat kelas, saya akan join. Recharge balik. Setiap tahun saya akan hadir ke seminar, kelas sifu. Fb ni sentiasa berubah, jadi saya perlu sentiasa alert dengan perubahan-perubahan ni. Bila dah pegi kelas, dapat la ilmu-ilmu baru, dapat update terkini.. teknik terkini yang saya gunakan untuk tingkatkan lagi bisnes saya.
BELIAU ADALAH PEMILIK PAGE;
- Sarimah Signature Series Kekal Sihat & Menawan
- Pesona Rugosa
- Royal Expert White Cream Malaysia
- Rahsia Maskulin dan Dara
TIPS; kejatuhan bukan pengakhir segalanya. Selagi kita masih hidup, kita masih mampu untuk BANGKIT. Bangkit dengan adanya ILMU..
SURI RUMAH MAMPU UBAH KEHIDUPAN KELUARGA. ANDA SURI RUMAH?
Kisah yang menarik.
Ramai orang berjaya sebenar ada kisah pahit disebaliknya, itulah yang membuat mereka kuat dan bangkit. kesakitan itu sebagai ujian agar mereka lebih kuat untuk menempuh dugaan sebelum mencapai kejayaan.
Apapun, Alhamdulillah. Memang layak digelar Iron Lady! 🙂
Yup sy bkn shj suri rumah malah student ^^ mmg menarik ape yg dikongsikan …sy sendiri hnye meniaga online ..
Saya sangat kagum dengan kegigihan suri rumah yang berbisnes dari rumah. InsyaAllah satu hari nanti saya juga pasti seorang usahawanita yang berjaya dan humble seperti Mas Habshee.. 🙂