Budak Bekas Pelajar Tahfiz Sekolah Ini Berjaya Upkan Lagi Sales Restorannya Selepas Gunakan Fb Ads…

Aiman Basuni

Bagaimana budak bekas pelajar tahfiz sekolah ini berjaya upkan lagi sales restorannya berkali-kali ganda selepas gunakan Fb Ads?

Kisah inspiration lagi. Pengusaha restoran! Aiman namanya. Dulu Aiman belajar kat sekolah pondok, skrg dah ada restoran sendiri.

Nak tahu kisahnya?

Ia bermula dari ayat ini..

“Nanti dah besar nk jadi apa? Nak bg anak bini makan apa”

Itulah ayat yg sering keluar dari mulut segelintir manusia pada Aiman semasa belajar di sekolah pondok. Apa yg Aiman buat? Bersabar jela…

Bermula dari situlah, beliau berazam nak buktikan bahawa pelajar pondok pun mampu berjaya dan bersaing di peringkat globalisasi. Masa tu, Aiman baru berumur 16 tahun, bersekolah pondok di Indonesia dan Kedah.

Pada usia 22 tahun, beliau bekerja di restoran ayahnya. Masa tu, ayah Aiman dah ada restoran melayu biasa2 jer. Selama 5 bulan, beliau bermula dgn mencuci pinggan, masak sehinggalah jadi cashier.

Selepas beberapa bulan bekerja, barulah Aiman dah bersedia utk tubuhkan branding restoran beliau sendiri iaitu BASON by Seri Keningau, Seksyen 9, Shah Alam.

  • KOS RENOVATE RESTORAN DITANGGUNG OLEH AYAHNYA.
  • KOS BELANJA, HASIL DUIT SIMPANAN AIMAN DGN MODAL RM4K

Aiman langsung tak pernah buat pinjaman. Semua modal yg beliau dpt adalah dari hasil usahanya sendiri. Simpan duit sikit2, lama2 jadi bukit.

NAK BUKA BISNES SENDIRI PERLUKAN MODAL YANG BESAR?

Kalau kita pandai uruskan wang, nak buka bisnes dgn modal kecil pun tak jadi masalah. Jadilah mcm Aiman. Bermula dgn modal kecil, skrg sales dah besar..

Tapi, sebenarnya bisnes tak semudah itu. Igt senang2 jer nak bangunkan restoran baru.

Byk pengalaman pahit yg Aiman terpaksa lalui:

  • KENA TANGGUNG KOS SEWA RESTORAN
  • KENA BAYAR GAJI STAFF.
  • SALES TAK CAPAI SEPERTI YG DIHARAPKAN.

Disebabkan masalah2 ini, bisnes restoran BASON susah nk dikembangkan. Sampai Aiman dah tak tahu nak buat apa. Mcm2 yg dah dibuat, tapi hasilnya tetap tak berubah.

Selepas setahun buat bisnes tanpa guru yg betul, hanya belajar dari ayahnya.. akhirnya beliau ambil keputusan utk pergi menuntut ilmu. Dari situ, Aiman mula TUKAR CIRCLES iaitu org2 di sekeliling beliau. Byk ilmu yg beliau dpt hasil dari berguru dgn pelbagai org, terutamanya ilmu marketing.

Dgn ilmu tersebut, Aiman dpt promosikan restoran beliau dgn lebih berkesan. Hasilnya, sales bisnes beliau melonjak2!

Tak lama lepas tu, Aiman mula tolong TAKE OVER restoran ayahnya, Restoran Seri Keningau.

Dulu, average sales Restoran Seri Keningau ini selama 6 tahun biasa2 jer. Lepas guna fb ads, skrg average sales sering pecah rekod! Wow..

NAK JADI MCM AIMAN?

9 tips dari beliau…

1) BERDOA SEBANYAK MANA YANG BOLEH

Perkara pertama sekali yg kena buat ialah doa berhajat. Jgn pernah berhenti meminta. Mintak tunjukkan jlan yg lurus, permudahkan segala urusan, jaga solat, solat awal wktu, sedeqah dan tolong org. Simpan azam utk capaikan hajat org yg kita syg.

2) MENUNTUT ILMU DENGAN MENTOR YANG BETUL

Kena cari mentor yg betul. Pegang kata2 ni “kalau nak jadi jutawan mesti belajar dgn jutawan”. Sama jugak mcm kita belajar ngaji. Kita belajar dari ustd, bukan dgn guru pjk. Kat luar sana byk sgt dah seminar. Tp pilihlah mentor yg dah ada result. Mcm Aiman sendiri belajar dgn DR AZIZAN dan SIFU JAMAL.

3) TUKAR LOGISTIK

Kena pandai pilih kawan, tak bermaksud kita tak boleh kawan dgn org lain. Cuma kita kena pandai pilih circles kita. Kwn dgn org yg ada passion sama dan boleh support kita. Berkawan dgn org yg lebih berjaya juga membantu.

4) SACRIFICE MASA UNTUK PERGI MENUNTUT ILMU

Jgn pernah rasa ilmu tu dah cukup. Once kita rasa dah cukup. Kita akan stuck tgh jln. Tp bila kita rajin menuntut ilmu dgr bisnes talk. Inshaallah, kita akan dapat ilmu baru dari pelbagai org2 yg dah berjaya. Dan kita boleh gabungkan dalam satu sistem bisnes kita.

5) REBRANDING SYARIKAT

Sebagai COO Seri Keningau SDN BHD yg telah 20 tahun syarikat ni beroperasi, perkara pertama sekali yg Aiman buat adalah tukar LOGO. Utk brandingkan seri keningau selain memberi new enviroment kepada staff lama bahawa new regime.

Selain tu, beliau juga wujudkan satu lagi branding baru di bawah syarikat Seri Keningau iaitu BASON by seri keningau bg mengikuti perkembangan semasa. Nama ini lebih sng ingat dan mudah di bawa ke peringkat global.

6) REKRUT A TEAM

Lantik team A iaitu org yg berwibawa utk galas tanggungjawab. Pertama sekali, Aiman berikn kontrak baru dan pecat org yg tak bermanfaat utk company. Beliau lantik sorang HR utk hire staff. Mcm Aiman, beliau ada 3 cawangan restoran dan satu katering.. setiap satunya Aiman letak manager yg berwibawa.

7) ACTION PLAN HALA TUJU SYARIKAT

Action plan amat penting dlm bisnes kita. Mcm kita dah tahu dlm setahun, apa yg kita nk promosi dan apa strategi kita. Kita akan lebih jelas apa hala tuju syarikat kita dlm tahun tersebut.

8) MEETING MINGGUAN

Meeting mingguan sgt penting! Sebab dari situ, kita akan dapat improved setiap kelemahan yg dihadapi setiap minggu. Dan dlm meeting juga, kita dapat bincang mcm mana kita boleh naikkan sales dan cut cost mana yg perlu.

9) GUNA MARKETING TOOLS YANG BETUL

Dari pelbagai strategi marketing yg Aiman belajar, beliau sgt rekomen utk gunakan fb ads. Kerana dgn hanya serendah RM15 pun, beliau dah mampu jana sales dgn pantas. Marketing amat penting dlm sesebuah perniagaan. Ianya umpama money magnet bg sesebuah perniagaan.

HASILNYA…

Restoran Aiman skrg dah jadi VIRAL di sosial media. Sampai TV3 jalan2 cari makan call nak buat shooting! Dapat la masuk tv kejap. Restoran Aiman pun dah makin femes. Makin hari, makin ramai org dtg.

Sape yg baru nak buka restoran, anda wajib berguru dgn beliau!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *