9 Strategi “Behind The Scene” Mamadil Untuk Triplekan Sales Syarikatnya ke Tahap Luar Biasa.

mamadil

Mamadil, kenal?

Kalau anda pernah baca post sharing kisah bagaimana Dila Mamadil bermula di page ni, anda pasti rasa inspired. Bagaimana ibu muda ni bina empayar bisnes nya kurang dari 1 tahun..

Kali ni..

Nak share lg kisah Mamadil, tp bkn ttg bagaimana dia bermula, tapi bagaimana dia kembangkan syarikatnya…

Ada 9 strategi yg beliau gunakan.. take note yer. Manatau anda boleh ikuti strategi2nya ni..

#1: TUKAR NAMA BRAND PRODUK

Pada peringkat awal semasa Dila hasilkan produk sendiri, beliau gunakan jenama Beauty Sara. Setelah 2 tahun, barulah Dila tukar jenama jadi MAMADIL. Sasaran audiens adalah ibu2 muda.

Kenapa tukar?

Sebab masa tu dah byk jenama produk yg gunakan perkataan “beauty”. Nampak takde keunikkan. Itulah yg buatkan Dila tukar nama brand produk.

#2: BELAJAR ILMU URUSKAN SYARIKAT

Cabaran Dila utk bina syarikat spt apa yg ada hari ini ialah, beliau tiada “ilmu pensyarikatan” waktu itu. Dila tak tahu bagaimana nak urus dan kembangkan syarikatnya.

Lepas berguru dgn pelbagai guru yg dah bantu ramai berjaya..

Skrg semuanya jd lebih teratur. Byk perubahan yg drastik selepas suami berhenti kerja & sama2 naikkan syarikat. Dila juga melantik staff yg pakar & berpengalaman utk bekerja dgn syarikat Mamadil.

#3: BINA PASUKAN BISNES YANG KUAT

Sebelum ini, Dila hanya bekerja seorang jer. Marketing, packaging dan close sales semua buat sendiri. Itulah antara sbb bisnes susah nak berkembang. Jadi hamba kpd bisnes sendiri

Tapi, tu dulu.. masa takde ilmu syarikat lagi.

Kini syarikat beliau, Mamadil Slim & Beauty Sdn. Bhd sudah mempunyai 10 org pekerja yg sgt berdedikasi, fokus & komited utk bawa nama Mamadil ke peringkat yg lebih tinggi. Teamwork sgt important untuk bina empayar bisnes. Boleh bermula dengan sorang dua, tapi lama-kelamaan ianya berkembang..

#4: LABUR DUIT UNTUK BRANDING

Dila seorang yg tidak kedekut melabur utk naikkan brand sendiri. Sbb beliau percaya brand yg kuat, yg melekat dlm fikiran org, akn menguatkan lg rasa percaya mereka utk menggunakan produk beliau.

Setakat ini, Dila hanya keluarkan kos utk naikkan brand melalui online jer. Sbb itu Mamadil tidak pernah keluarkan iklan di tv @ surat khabar. Bg peniaga yg masih baru, kenapa perlu buang byk duit utk masuk iklan tu semua sedangkan ada jalan lain yg lebih jimat kos iaitu FB ADS. Tapi kena invest la.. Nanti ada duit lebih, bajet lebih boleh la main cara konvensional pula. Bokeh percepatkan kredibiliti..

#5: GUNAKAN ONLINE MARKETING

Skrg, Dila hanya fokus online marketing jer. Buat FB ADS, buat blog.. FB profile pun aktif. Offline buat jugak, cuma kurang fokus. Kebykkan agen Mamadil juga fokus pada online marketing.

Sbb ape fokus online jer? Sbbnya itulah cara paling cepat dan mudah utk promosikan produk.

Dgn online marketing je, syarikat Mamadil dpt jimatkan byk kos utk marketing. Dari kedai kecil menjual produk2 kecantikan jenama lain dgn bayar sewa RM400 sebulan, kini Mamadil dah berpindah ke bangunan 3 tingkat. Hebat!

#6: KONSISTEN ENGAGEMENT DGN FANS

Dila juga sgt suka berinteraksi dgn pengikutnya di fb beliau. Sbb itu, Mamadil mempunyai ramai pengikut tersendiri di media sosial. Bukan fans yg biasa2 jer, tapi fan yg sgt supportive.

Secara tak langsung, mereka byk membantu menaikkan jenama syarikat Mamadil. Sokongan yg diberikan mmg sgt kuat! . Mereka jugalah yg byk membantu menaikkan lg nama Mamadil di pasaran online.

Itulah yg membantu syarikat Mamadil utk berkembang dgn jayanya..!

#7: BUKA KEDAI STOKIS DI SETIAP NEGERI

Pada tahun 2016 ini, stokis negeri Mamadil sudah mula jalankan misi wujudkan “kedai stokis” di negeri masing2. Setakat awal 2016 ini, kedai stokis di Kuala Lumpur, Selangor & Pahang akan dibuka dlm jangka masa terdekat.

Stokis negeri yg akan buka kedai stokis ini 100% tidak membuat sebarang pinjaman. Semuanya hasil dr jualan produk Mamadil. Dulu rumah mereka spt stor yg penuh dgn produk Mamadil. Kini mereka akan naik satu level lg dgn mempunyai kedai stokis sendiri.

#8: BINA AGEN YANG BERKUALITI

Mamadil kini mempunyai 600 org agen yg sgt AKTIF. Ada yg dah capai sales 5 angka sebulan, ada yg dah hasilkan sales 6 angka sebulan.

Sebab itulah, sales syarikat Mamadil boleh capai 7 angka sebulan! Agen2 yg ada sgt berkualiti.

Mamadil sgt mementingkan kualiti dari kuantiti. Itu yg Dila buat dari awal pembabitan dlm dunia perniagaan. Tapi, misi seterusnya ialah menambah kuantiti seiring dgn kualiti agen.

#9: JADIKAN PRODUK EXCLUSIVE

Ini adalah sasaran tim Mamadil utk 5 tahun akan datang..

“Mamadil adalah brand kecantikan exclusive di hati rakyat Malaysia.”

Kenapa exclusive?

Kerana produk Mamadil hanya boleh didapati melalui agen2 sah yg dilantik sahaja. Tiada lambakan produk di pasaran. Nak cari kat pasar malam? Kat supermarket? Mmg tak jumpa la..

Mamadil sgt mementingkan jenama & kualiti produk. Sbb itulah produk ini sentiasa dijadikan pilihan utama utk ibu2 muda. Betul tak ibu2 semua?

KESIMPULANNYA DARI KISAH MAMADIL..

Sebagai pemilik bisnes, kita perlu:

..Belajar cara nak manage syarikat dgn betul.

..Bykkan sharing tips2 bermanfaat.

..Jaga & train agen2 yg dah byk bantu syarikat utk hasilkan sales.

Formula kejayaan syarikat Mamadil – BERI DULU & HASILNYA NANTI.

  1. Upin Zai says:

    Pandai dia buat, boleh nak belajar juga macam ni.

Program @ Sifufbads

31/01/2018
Seminar Chapter C 2018
SACC, Shah Alam

27/01/2018
Seminar Online Marketing Branding Kickstart (OMBK) 2018
IDCC, Shah Alam

05/08/2017
Seminar Missing Chapter – Return 2017
IDCC, Shah Alam

Follow Instagram @sifufbads

  • Banyak yang mustahil menjadi realiti selagi kita  BERANI MENCUBA!
  • Di kelas Tony Robin 4 hari ni di Singapore Sedut2
  • NIAGA BERTAHUN2 TAPI ASET XDE LANGSUNG?  Sebagai usahawan adalah
  • Semalam habis kelas arini ke Shah Alam lagiOrang2 ini luarbiasa
  • SIAPA ALUMNI UITM?   Insyallah sifufbads bakal menyumbang kepada
  • SIAPA KENAL?  Ikut resmi padi makin berisi makin menunduk
  • LEGEND  BUDAKBARUNAKUP Selepas kejayaan kolobrasi sifufbads  karangkraf 2017
  • KORANG DI MANA?  Kelas copywriting hari ni CHAPTER C
  • MERENUNG LUAR JENDELA   site visit bersama sahabat pejuang
Ebook BOS’18 Branding Online Strategy 2018
Ebook BOS’18 Branding Online Strategy 2018

DOWNLOAD PERCUMA! Dah tiba masanya untuk upgrade brand anda ke NEW LEVEL! Ketahui bagaimana 7 strategi branding ini bakal membantu bisnes anda. Jangan isi form dibawah jika tak berani nak upgrade bisnes anda SEKARANG!