Ilmu Yang Dapat, ‘Share’ Pada Agen dan Stokis

Story dari En Nizar…
” Saya mula berniaga pada hujung tahun 2013. Sebelum ni makan gaji selama hampir 15 tahun. Jawatan terakhir adalah sebagai Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan di salah sebuah syarikat MNC. Isteri pula bekerja di sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang makanan tambahan berasaskan herba.
Bila lihat isteri begitu meminati bidang perniagaan dan ramai pula pelanggan yang memerlukan bantuan. Saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan bangunkan syarikat sendiri bersama isteri.
Setelah begitu ramai pemilik syarikat yang saya kayakan, tibalah masa untuk saya mengkayakan diri sendiri pulak. Walaupun masa tu keadaan kewangan negatif (hutang lebih besar dari asset), saya dan isteri beranikan diri juga untuk ceburkan diri dalam perniagaan.
Dengan ilmu & pengalaman yang dimiliki saya dan isteri, kami yakin dapat membangunkan syarikat dengan mudah (klise je bunyi). Saya memilih media cetak (surat khabar & majalah) & media elektronik (radio & tv) sebagai saluran pengiklanan dan pemasaran. Masa tu tak kenal lagi fb ads, tanggapan saya fb ads ini untuk orang meniaga online dari rumah atau meniaga kecilâkecilan separuh masa sambil isi masa lapang. Boleh la guna fb ads. Saya meniaga besarâbesaran mesti guna media massa, baru boleh meletup. Masa tu berlagak pandai la, macam dah tau semua.
Produk pertama saya adalah Jus Memoreen iaitu supplemen berbentuk minuman berasaskan herba dan makanan sunnah. Kegunaannya untuk perkembangan minda juga untuk atasi masalah anak-anak sinus, alahan, selsema berpanjangan, asma, lembap, slow learner, ADHD, autism dan pelbagai lagi masalah perkembangan kesihatan kanakâkanak. Untuk 6 bulan pertama operasi jualan berjalan lancar. Sistem agen pun berkembang, waktu tu ada kiraâkira 100 agen yang membantu memasarkan produk. Jualan waktu tu dalam RM60K sebulan.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Bulan berikutnya, jualan mula merosot. Trend jualan berterusan sehingga jatuh paras terendah RM30K. Setengah orang rasa nilai tu besar, tapi pada saya nilai tu kecil je. Kos iklan sahaja dah dekat RM20K. Waktu tu mula la gelabah cari apa yang silap.
Rupaârupanya percaturan tak mengena, media pengiklanan yang saya pilih tu sebenarnya memerlukan modal besar. Bila bersaing dengan namaânama besar dalam industri herba & makanan kesihatan, perlu sentiasa suntikan modal untuk pengiklanan bagi memastikan jenama terus diingati. Bila modal pusingan tak cukup untuk tingkatkan pengiklanan, saya mula belekâbelek saluran pemasaran online.
Dalam fb, selalu jumpa iklan Sifu FbAds. Dalam hati tertanyaâtanya, sapa la mamat ni, gelar diri sendiri sifu, entah betul entah tak. Tapi yang buat saya tertarik dengan iklan Sifu, dia suka bagi panduanâpanduan dan teknikâteknik berkesan untuk mulakan pemasaran fb. Bagi percuma pulak tu, free of charge. Hanya jadi follower dia je.
Dek kerana terdesak saya ambik juga tips pemasaran dan cubaâcuba buat iklan fbads sendiri. Bulan pertama buat terus ada hasil. Dapat beberapa agen baru. Dipendekkan cerita, bulan Jan 2014 bermula kisah perkenalan dengan Sifu Jamal. Saya ambik keputusan join Missing Chapter Jan 2014, duduk paling belakang. Saya bawa bersama isteri dan seorang pekerja saya.
Dalam sesi tu baru saya tersedar, rupanya Tuan Sifu seorang yang sangat merendah diri dan begitu ikhlas nak bantu anakâanak bangsa yang ingin belajar berniaga dengan menggunakan medium fb. Tak pernah kedekut dengan ilmu dan begitu banyak ilmuâilmu & teknikâteknik percuma yang beliau kongsi tanpa perlu hadir pun ke programâprogram khas macam Missing Chapter, Chapter F dan sebagainya.
Kisah kejayaan anakâanak didik beliau pun begitu mengujakan dan memberi inspirasi. Hanya dengan pemasaran fb, begitu ramai anak bangsa yang dah berjaya merubah taraf hidup. Dan prinsip saya pulak, kalau nak pastikan kehebatan seseorang guru atau mentor, tengoklah pencapaian anak muridnya. Sekiranya prestasi anak muridnya hebat, tok guru mestilah sangat hebat.
Jadi dengan ilmu dari Missing Chapter tu terus saya kongsi dengan stokisâstokis dan saya pastikan stokisâstokis saya praktis dan mahirkan segala teknikâteknik fb ads dan mereka latih pula agen-agen mereka dengan teknik yang sama.
Hasilnya, dalam 3 bulan berikutnya jualan melonjak hingga 400% berturutâturut. Malah, kos pengiklanan pun turun 60% dan saya ambik keputusan untuk fokus kepada saluran pemasaran online disamping mengekalkan sedikit media elektronik (radio). Kadar ROI pun meningkat berkaliâkali ganda, hampir 30 kali ganda.
Syarikat Al Aqwa healthcare pun kini dah berkembang. Dari 2 org pekerja, kini dah ada 11 orang pekerja. Syarikat juga dah berpindah ke premis yang 4 kali ganda lebih besar berbanding premis pertama. Jumlah stokis dan agen mencecah hampir 500 orang. Pencapaian peribadi dari segi kewangan pula, kami dah berjaya langsaikan hutang mencecah 6 angka. Sebelum ni tiap hujung bulan asyik pening, nak elak panggilan bank.
Dari segi jualan pula, Alhamdulillah, dah mencecah RM3 Juta. Sasaran saya tahun ni nak capai jualan RM10 Juta, In Sha Allah. Saya kena buktikan kepada Tuan Sifu, bahawa ilmuâilmu yang beliau turunkan kepada saya tidak siaâsia dan mampu merubah kehidupan kami serta rakan niaga kami dari baisaâbiasa ke luar biasa.”
Nama : Nizarudin Md Arif
Company : Al Aqwa Healthcare
Fan Page : Memoreen Plus Juice at Al Aqwa, Penawar Resdung/Sinus No1 Kanakâkanak,
Rawatan Masalah Hormon, Info Rawat Ekzema
Produk : Jus Memoreen, AQ Royal Collagene, Sabun EllagyâC
Penuh Inspirasi, thanks Sifu FB Ads.
p/s : Kalau ada kawan2 nak belajar roketkan jualan melalui Instagram Marketing boleh belajar dari sini >> http://bit.ly/JanaTrafikInstagramAUTO