5 STRATEGI BAGAIMANA LIYANA COLLECTION GROW BISNES 6 ANGKA SEBULAN, TAK SAMPAI SETAHUN..

Liyana & Hans yang bisnesnya setahun lalu di level 70k saja. Sekarang berjaya berkembang sampai 700% dalam masa tak sampai setahun!

Sebelum ni, dia hanya guna teknik launching, tapi tak konsisten. Sales hanya mengharapkan pada musim festival.

Jadi sales setiap bulan susah nak sustain, dan bisnes stuck di level yang sama..

Sales dari 70k, dah boleh cecah 500-600k sebulan..

Dari butik kecik, jadi butik besar.. Dari staff 4-5 orang dah jadi berbelas.. dari produk categori 1 saja, dah jadi 5-6..

Alhamdulillah!

“BAGAIMANA NAK KEMBANGKAN BISNES DALAM INDUSTRI FASHION NI?”

Nak tahu apa strategi growth yang dia guna?

1. Product development melalui Brand extension (tambahan kategori baru dalam bisnes). Asalnya, baju nikah saja, yang stuck pada musim tertentu saja. Sekarang, dia ada kategori casual, lace for event, kids..

2. Market penetration. Dia improve marketing, dengan tambah platform, kembangkan wing (sales channel), tambahan sasaran audien, dan juga produk2 baru (line extension) yang berjaya capai audien2 baru yang tak berjaya dicapai sebelum ini.

3. Market development. Dia explore market-market baru, dengan sasarkan audien baru yang tak lari jauh dari kategori bisnes dia. Market baru, audien baru, yang perlukan produk modification, atau new product untuk tarik pengguna.

4. Menguatkan brand! Nak kembang bisnes, mesti kena kuatkan brand. Dengan awareness yang kuat, dengan brand quality melalui produk, dengan loyalty pengguna, ini dapat menguatkan brand dari masa ke semasa..

5. Pengawalan cash flow, termasuk profit! Jaga profit, jaga stock & material purchasing beserta dengan protection plan, baru bisnes boleh growth.. (so far, tak guna loan)

Belajar sesuatu hari ni? Nak lagi?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *