Dulu Gaji Cukup-Cukup Makan Jer…

zahrul

Kali ini, Sifufbads nak kongsikan 1 lagi kisah inspirasi..

Kisah mengenai mamat yang kerja MAKAN GAJI, sambil-sambil tu.. buat bisnes online sendiri.. kemudian, MENGAJAR orang ramai ilmu dalam permasaran bisnes online..

Sape mamat ni?

INI KISAHNYA…

” Assalamualaikum semua,

Nama saya Zahrul Ikhsan Hassan, kekawan panggil Zarul. Saya terjebak dalam bisnes online sejak tahun 2007 lagi. Bermula dengan bisnes eBay, saya jual barang2 dropship dari China ketika itu, hasilnya tak lumayan mana, CUKUP-CUKUP makan je.

Saya banyak pergi ke kelas2 dan seminar untuk tambah ilmu dalam perniagaan online, dari situ saya DIDIK diri untuk berminat di dalam perniagaan, pelbagai perniagaan saya buat, tapi hasilnya tak hebat mana pun.

Pada tahun 2008, saya mula bekerja di salah satu sektor awam dan sehingga kini saya masih lagi bekerja.. tapi, faham2 jelah gaji kerja kerajaan ni, gaji hanya cukup makan je.

Hati saya makin memberontak, sampai bila nak jadi begini, tengok ramai kekawan saya berjaya dalam perniagaan, saya tetap terus mencari dan mencari apa perniagaan yang saya boleh buat.

Saya juga pernah RUGI hampir RM35k dalam bidang bisnes, tapi itu tak buatkan saya putus asa. Saya masih lagi terus mencari ilmu dalam pemasaran online.

Sehinggalah tahun 2013, saya tengok bisnes melalui fb sangat menguntungkan. Ramai orang jual barang di fb. Saya belek2 fb, siapa la yang boleh mengajar ilmu pemasaran fb.

Satu hari, saya ternampak iklan dari Sifufbads, Sifu Jamal ada buat seminar. Beliau nak mengajar ilmu pemasaran fb. Apa lagi.. tanpa fikir panjang terus register, lagipun saya kenal Sifu Jamal dari zaman beliau digelar ‘Pakar Ebook’.

Itu adalah langkah pertama saya untuk masuk dalam dunia fb, saya sertai Seminar Missing Chapter 2013. Memang BEST! Tak pernah lagi saya jumpa seminar yang macam ni.. banyak benda baru yang saya dapat belajar dari seminar ni.

Dalam seminar tu, hati saya rasa sangat teruja sangat! Tak pernah saya rasa TERUJA macam tu sebelum ni, sebab saya tahu ILMU yang saya dapat ni sangat berharga.

Saya tak mahu lepaskan peluang ni! Saya daftar juga la program mentoring Sifufbads pada tahun 2013. Rasa rugi pula kalau tak join! Sebab saya memang SERIUS nak buat duit ni. Walaupun saya TAKDE DUIT nak bayar masa itu, tapi saya yakin boleh bayar.

Jadi, apa yg saya buat? Saya jual barang2 keperluan dan kesayangan saya untuk masuk kelas mentoring. Alhamdullillah…akhirnya dapat juga masuk.

Langkah kedua pula.. ini adalah masalah kedua saya. Masa tu saya takde produk nak jual, tak tahu pun nak jual produk apa. Nasib baik masa tu Sifu Jamal ada offer DROPSHIP macam My Qalam dan Qalam Kids.

Alhamdullillah, lepas sebulan start jual.. dapat RM4k-5k…

Kemudian, saya jumpa 1 produk collagen, tahu pasti akan HOT, saya jumpa Sifu Jamal & sifu kata jual. Maka, bermulalah saya menjual produk baru.

Bulan pertama saya jual dapat RM10k! WOW..! Tuhan jelah yang tahu betapa gembiranya saya waktu tu. Bulan kedua pulak RM30k! Kemudian, meningkat lagi RM60k-70k sebulan.. maintain je.

Alhamdullillah, tak pernah dapat sale yg banyak macam ni!

Selepas beberapa bulan, saya jual produk baru pula, iaitu supplement tinggikan badan..

BOOM! Meletop juga..!

Sangat senang buat jualan kerana ada ilmu dalam pemasaran fb. Sehingga kini masih maintain jualannya, RM60k-70k sebulan. Alhamdullillah, memang bersyukur sangat! Murah rezeki saya 🙂

PROJEK TERBARU…

Saya juga salah seorang pangarah urusan bahagian permasaran bagi syarikat Hajabenka Marketing, yang mengeluarkan jenama pakaian Tuffa-Tuffa.

Alhamdullillah, Tuffa Tuffa kini dah jadi fenomena.. jualan pakaian lelaki dan perempuan atau set couple meletup, lebih 1000 helai terjual dalam masa sebulan!

Walaupun sales masih lagi meningkat setiap bulan, saya tetap belajar dan terus belajar. Saya tetap hadir mana2 seminar untuk tambah ilmu. Kini, saya juga banyak terima jemputan bagi mengajar ilmu dalam permasaran online business di seluruh Malaysia.

Semenjak saya buat bisnes di fb, saya tak lagi claim OT atau mileage fieldwork, kerana saya takut ada hutang dengan company, sebab saya takut rezeki saya ditarik balik . Jadi, saya selalu sentiasa berhati-hati dalam bab duit ni.”

KESIMPULANNYA..

.. anda boleh buat bisnes jika masih bekerja, tetapi kena pandai BAHAGI masa dan tugas serta perlu byk BERSABAR. Jangan buat bisnes sampai kerja di ofis terabai, tak pasal2 nanti kena buang kerja..

PENTING UNTUK TAMBAHKAN ILMU DAN BANYAKKAN NETWORKING…

Similar Posts

One Comment

  1. Seronok ke dapat keuntungan dengan jual barang yang menipu/tak berkesan? Tak terbukti pun produk tambah ketinggian tu.

Leave a Reply to Abu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *