INJECT BAJET MARKETING ‘CIPUT’ JER.. TAPI DIA BOLEH PERGI SAMPAI….
Wan Johah Shah, founder kepada brand, Lily Petuna (le ladies tu mesti korang tau kenn?). Lily Petuna dah bertapak hampir 4 tahun dalam dunia fesyen ni. Dulunya fokus jual tudung je, sampailah 1 tahap.. supplier tak dapat tampung demand.. diorang stop & diorang beralih arah, fokus kat pakaian plak.
Start berguru dgn Sifufbads 3 tahun lepas, time tu start dgn seminar jer. Skrg.. kembali bertapa’ dlm coaching class.
Sebelum bertapa pun Lily Petuna ni bukan biase2.. memang dah sedia ‘berbisa’. Dalam 3 tahun bertapak diorang dah cecah 6M, dapat SME award lagi.. Sekarang nak gilap2 jer lagi..
Alhamdulillah..
Taknak citer banyak.. hari ni SifufBads nak kongsi strategi2 yg diorang buat sampai blh terbang tinggi (in shaa Allah bakal lebih tinggi!).
1. Engagement marketing – banyak buat content yang ‘engage’ dengan followers. Contohnya, buat survey, poll, buat contest, post yg galakkan followers komen dan engage. Takde la post korang tu nampak ‘mati’.
2. Content marketing – buat content yg pelbagai. Banyak share ootd customer, instafamous ygg pakai produk diorang ni.. serta gambar & content yg berbentuk video yg berkualiti dan ada impak!.. Sekaligus menarik minat prospek untuk try sendiri. Niche pakaian yg baru nak up…wajib buat gambar/video yg berkualiti & professional! (Nak bersaing dgn ramai competitor kot!). Usha sikit Lily Petuna ni…
3. Own traffic – Diorang fokus kat ‘kolam’ sendiri. Followers ig dah 351K, rugi kalau still nak menjual kat org yg totally belum kenal brand diorang. So diorang fokus kat fans sendiri dan database.. (menjual kat followers sendiri lagi mudah sebab diorang dah kenal anda berbanding dengan prospek yg belum kenal anda).
4. Penggunaan hashtag #– menggunakan hashtag yg trending & releven dgn bisnes. Hashtag ni jugak memudahkan propesk baru nak reach anda.. nak2 kalau kena dgn apa yg diorang cari. Tapi hashtag tu mestilah yg sesuai.
5. Advertisment – Sekarag, Lily Petuna dah mula fokus kepada advertising (cth: ig ads) dan tarik prospek ke website. Nak tau apa yg best jadi kat diorang?
Ni kata2 dari Digital Marketing Leader Lily Petuna sendiri dlm kelas coaching baru2 ni;
“semalam dalam kelas, belajar teknik untuk setting ig story & ig feed. Tak pernah buat se-detail ni sebelum ni.. Spent RM90 kos ads, sales RM5000. Instant result yang saya dapat dalam kelas tu jugak!”.
Dalam kelas je tuu.. dah dapat 5k weh.. baru inject bajet sikit tuu…
Semua orang boleh buat ads ye tak? Ada org belajar sendiri kat youtube, mana2 blog pun boleh. Tapi… tak semua org tau strategi yg betul berkesan untuk buat ads, yg boleh tarik leads, yang boleh convert sales dgn cepat! Silap langkah.. melebur kos marketing anda!
android best advertising network – android traffic monetization, best mobile cpm ad network