Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Tokey Gel Lutut…

Diterbitkan pada Sep 7, 2016 oleh

leo-adiputra

Another inspiration story..

Kisah dari student Sifufbads yang sudah dikenali ramai, a very inspired story

Namanya Leo Adi Putra, sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak. Beliau merupakan pengarah urusan kepada Wasima Wafa Sdn Bhd., dan pengarah kepada 3 lagi syarikat lain iaitu Warna Rizqi Sdn Bhd, Chocorich Nation Sdn Bhd, dan Dania Beauty Sdn Bhd…

“Sebelum saya mula berniaga, saya merupakan seorang Pengurus Operasi utk sebuah syarikat pengangkutan tempatan. Walaupun gaji saya ketika itu dlm RM4000, tetapi saya rasa masa saya utk keluarga sgt terhad. Ditambah pula dgn tekanan kerja yg sgt EMOTIONAL.

Akhirnya, saya buat keputusan utk berhenti kerja pada bulan Februari 2012.

Apabila saya sudah berhenti kerja, saya mulakan kerjaya baru sebagai ejen takaful insurans. Tetapi saya tidak terus berjaya kerana income saya lagi teruk dr saya kerja di syarikat lama.

Jadi, saya buat keputusan utk bekerja sebagai ejen takaful pada waktu siang, dan pada malamnya saya kerja jual burger bakar. Saya sendiri yg bakar, bungkus, dan lakukan semua kerja dr A ke Z. Malangnya, semua itu tidak membawa hasil yg positif dan bisnes saya berakhir dgn kegagalan.

Memang rasa kecewa sgt waktu itu. Tetapi bila fikir2kan semula, saya sudah berkeluarga. Jika bukan saya yg mencari rezeki, siapa lagi kan? Nak tak nak, saya kena cari jalan lain utk buat side income. Selepas jatuh lingkup dgn bisnes burger, saya mula menceburi bidang bisnes online pula pada Ogos 2013.

Saya mula dgn menjual produk kesihatan wanita sebagai dropship. Kemudian mula melangkah menjadi ejen, pengedar dan seterusnya stokis.

Dlm tempoh saya menjual produk orang lain ini sahaja, alhamdulillah.. income bulanan saya lebih baik drpd bisnes sebelum ini iaitu dlm RM15,000 – RM20,000 sebulan. Pada ketika ini, saya sudah mula menggunakan FB Ads yg saya belajar dr kawan2.

Pada Februari 2014, saya mula bekerjasama dgn seorang rakan kongsi saya (sehingga skrg) yg mengeluarkan 1 produk utk merawat sakit lutut. Beliau menjemput saya utk menyertai bisnes ini disebabkan kepakaran saya dlm bidang pemasaran online, pengurusan, dan sebagainya.

Kami mulakan bisnes ini pada Februari 2014 dgn bermodalkan RM4,000. Separuh drpdnya kami gunakan utk pengeluaran produk, dan separuh lagi kami gunakan utk daftar syarikat. Kemudian, kami lancarkan produk ubat sakit lutut kami dgn jenama Gel Amani. Alhamdulillah, jualan bulanan Gel Amani amat memberangsangkan.

Saya sudah lama kenal sifu di FB. Selalu je baca tips drpd Sifu, cuma waktu itu saya masih belum berpeluang utk berguru dgn Sifu. Dlm bulan Mei 2014, barulah saya berpeluang utk belajar FB Ads dgn Sifu Jamal.

Dlm tempoh berguru dgn Sifu, saya belajar pelbagai teknik dan terlalu byk perkara baru yg saya belajar. Sifu ini kalau dia kongsi satu perkara, memang semua benda dia nak kongsi.

Jadi, selepas sahaja saya belajar dgn Sifu, saya terus praktikkan apa yg diajar. Alhamdulillah, saya dapat lihat hasilnya dlm bulan yg seterusnya iaitu jualan Gel Amani meningkat berkali2 ganda! Luar biasa sungguh penangan FB Ads kpd produk Gel Amani.

Sehingga skrg, alhamdulillah, jualan sebulan Gel Amani konsisten 6 angka!

Apa STRATEGI PEMASARAN yg saya gunakan?

Strategi yg saya gunakan adalah STOKIS dan AGEN…

Stokis dan ejen sgt penting dlm bisnes yg melibatkan produk barangan seperti Gel Amani. Cara yg sering saya lakukan utk dapatkan stokis dan ejen adalah drpd kelas2 PERCUMA. Contohnya, saya buat kelas pemasaran online.

Jadi, saya hebahkan kelas di media sosial, dan saya bagi percuma sahaja kpd mereka yg ingin hadir. Sewaktu dlm kelas itulah saya akan ceritakan apa yg saya buat, saya jual apa, dan sebagainya. Alhamdulillah, drpd situlah ramai yg berminat utk jadi stokis dan ejen Gel Amani.

KONSEPNYA MUDAH. Bila kita bagi dulu sesuatu dgn percuma, dan, kita beri pula ilmu-ilmu baru, kemudian bila mereka dah suka dgn kita, insyaAllah mereka akan sertai kita.

Bila sudah ada stokis dan ejen yg ramai, seterusnya kita mesti kena bijak dlm memberi ilmu dan inspirasi kpd mereka. Jadi, apa yg saya buat adalah, saya selalu jalankan latihan di seluruh Malaysia.

Bila saya adakan latihan bersama stokis dan ejen, secara tidak langsung saya akan luangkan masa dgn mereka. Dr situ, hubungan saya dgn mereka alhamdulillah semakin baik. Kemudian, saya juga ada wujudkan group FB, Whatsapp, dan medium komunikasi yg lain”

KESIMPULANNYA, HUBUNGAN HQ DGN STOKIS/AGEN MESTILAH BERTERUSAN…

Komentar (0)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!