11 KESILAPAN DALAM LAUNCHING YANG BAKAL BUATKAN FOUNDER RUGI BESAR!
Pernah tak korang all out plan untuk launching produk, tapi hasilnya tak seperti yang korang harapkan?
Semua effort, masa, dan duit yang korang laburkan rasa macam sia-sia je.
Korang tahu tak apa puncanya?
Masalah utama, biasanya datang dari beberapa kesilapan yang nampak kecil, tapi impaknya besar!
Dalam blogpost ni, saya nak share 11 kesilapan yang korang patut elakkan. Jom teruskan baca..
#1. Tiada Target
Korang kena ada target yang jelas. Tak boleh main hantam saja.
Target ni bagi korang direction. Korang tahu ke mana korang nak pergi dan apa yang korang nak capai.
Bila ada target, korang boleh fokus usaha korang ke arah yang betul. Tak membazir masa buat benda yang tak penting.
Kalau takda target, macam mana nak tahu korang berjaya atau tak?
Contohnya,
- Target Sales: Berapa unit produk yang korang nak jual dalam masa sebulan? Letak angka yang spesifik macam 500 unit sebulan.
- Target Revenue: Berapa banyak duit korang nak dapat dari sales tu? Contoh, RM10,000 sebulan.
- Target Audience: Siapa customer korang? Apa demografi dia? Contoh, perempuan umur 18-25 tahun yang minat skincare.
- Target Engagement: Berapa banyak engagement korang nak kat social media? Contoh, 1000 likes dan 200 komen setiap post.
Macam Mana Nak Set Target yang Berkesan?
- Spesifik: Target kena jelas dan spesifik.
- Measurable: Pastikan target korang boleh diukur.
- Achievable: Jangan letak target yang mustahil nak capai. Kena realistic tapi mencabar.
- Relevant: Target tu kena relevan dengan bisnes korang.
- Time-bound: Letak tempoh masa untuk capai target.
Bila buat macam ni, korang ada direction yang jelas.
Setiap tindakan korang akan fokus untuk capai target tu.
Bila korang capai target, korang tahu usaha korang berhasil.
Kalau tak capai, korang boleh adjust strategy untuk improve.
#2. Tiada Perancangan
Korang kena ada strategi yang jelas, timeline, dan milestone.
Planning ni penting untuk pastikan semua benda berjalan lancar.
Korang dapat elakkan kekeliruan, semua orang dalam team tahu apa yang perlu buat. Takda yang blur atau kelam-kabut last minute.
Korang boleh guna resources dengan lebih bijak.
Takda pembaziran masa, tenaga, atau duit.
Perancangan awal boleh bantu korang spot masalah sebelum ia jadi besar.
5 elemen penting yang perlu ada dalam planning korang
- Timeline: Buat jadual atau timeline yang jelas. Tentukan tarikh penting, milestone, dan deadline untuk setiap task. Korang boleh guna tools macam Google Calendar, Trello, atau Asana untuk manage timeline ni.
- Task Breakdown: Pecahkan tugas besar jadi tugas-tugas kecil yang lebih manageable. Setiap tugas kecil ni korang boleh assign kat team members yang sesuai. Contoh, ada orang handle social media, ada orang handle logistics.
- Budgeting: Pastikan korang ada budget yang jelas untuk setiap aspek launching. Contoh, berapa banyak nak guna untuk marketing, berapa banyak untuk production, dan lain-lain. Jangan over-spend dan jangan pula under-spend.
- Marketing Plan: Tentukan strategi marketing korang. Apa platform yang korang nak guna? Apa jenis content yang nak publish? Bila nak start campaign? Semua ni kena ada dalam plan korang.
- Risk Management: Fikir awal-awal apa risiko yang mungkin korang hadapi dan plan bagaimana nak handle risiko tu. Contoh, kalau supplier delay hantar barang, apa backup plan korang?
Ok, saya bagi contoh..
Katakan korang nak launch produk skincare. Ini contoh perancangan korang:
- 3 Bulan Sebelum Launch:
- Buat market research dan finalize produk.
- Start develop produk dan design packaging.
- Set target sales dan target audience.
- 2 Bulan Sebelum Launch:
- Buat content calendar untuk social media.
- Contact influencer untuk collaboration.
- Finalize budget untuk marketing dan production.
- 1 Bulan Sebelum Launch:
- Start teaser campaign kat social media.
- Set up website dan e-commerce platform.
- Plan event untuk hari launching (kalau ada).
- 2 Minggu Sebelum Launch:
- Test produk dan dapatkan feedback.
- Buat final check untuk semua aspek (produk, website, marketing materials).
- Start aggressive marketing campaign.
- Hari Launching:
- Monitor sales dan engagement.
- Handle customer service dengan cepat dan efisien.
- Buat follow-up dengan influencer dan customer pertama.
Set setiap target, tetapkan setiap step, dan plan bajet dengan teliti.
Buat ‘checklist’ dan pastikan korang tick setiap kotak sebelum move ke next step.
Ingat, perancangan yang bagus tak jamin 100% success, tapi ia boleh mengelakkan 100% failure.
#3. Tiada Ilmu Launching
Kalau korang tak tahu apa-apa pasal launching, better belajar dulu.
Baca buku, join webinar, atau ikut kursus online.
Ilmu ni akan bantu korang buat keputusan yang tepat dan elak buat silap.
Dengan ilmu yang betul, korang boleh elak dari buat kesilapan yang biasa orang buat.
Ilmu bantu korang buat keputusan yang lebih strategik.
Korang tahu bila masa yang terbaik untuk launch, macam mana nak create buzz, dan apa cara terbaik untuk engage dengan pelanggan.
Korang boleh optimize semua usaha korang dengan ilmu yang betul.
Contoh, guna teknik marketing yang berkesan dan tahu cara-cara untuk boost sales.
Ini antara ilmu launching yang korang perlu tahu..
- Budget Allocation: Ilmu tentang cara allocate budget dengan bijak—berapa banyak untuk marketing, production, dan lain-lain.
- Product-Market Fit: Korang kena faham apa itu product-market fit—sejauh mana produk korang sesuai dengan keperluan dan kehendak market.
- Marketing Funnel: Tahu macam mana nak design marketing funnel yang berkesan. Funnel ni termasuk awareness, consideration, dan conversion stages.
- Campaign Timing: Ada ilmu tentang timing yang betul untuk launching. Contoh, korang boleh pilih hari tertentu atau masa dalam tahun yang strategik untuk launch produk korang.
- Customer Segmentation: Faham cara segmentasi pelanggan supaya korang boleh target audience yang betul dengan mesej yang tepat.
Dengan ilmu launching yang betul, korang boleh avoid banyak kesilapan dan increase peluang untuk success.
So, jangan malas belajar, invest masa untuk tambah ilmu, dan pastikan launching korang berjaya!
#4. No Breakdown
Kalau korang launch besar-besaran tanpa breakdown task, confirm kelam-kabut.
Breakdown task tu penting, supaya korang tahu step by step apa yang perlu buat. Bahagikan tugas pada team, buat checklist, dan monitor progress.
korang boleh manage setiap tugas dengan lebih baik.
Korang tahu apa yang perlu dibuat dan bila perlu buat. Ini akan buat kerja jadi lebih teratur dan kurang memenatkan.
Bila korang pecahkan tugas, korang boleh fokus pada detail yang penting.
Setiap bahagian kerja akan dilaksanakan dengan lebih teliti dan kualiti kerja pun meningkat.
Ianya juga boleh memudahkan korang assign kerja pada ahli team yang sesuai.
Setiap orang akan tahu apa tugas mereka dan boleh execute dengan lebih baik.
Macam Mana Nak Breakdown Tugas?
- Senaraikan Semua Tugas: Mulakan dengan senaraikan semua tugas yang perlu dilakukan untuk launching. Contoh, design produk, marketing, produksi, dan lain-lain.
- Pecahkan Tugas Besar: Pecahkan tugas besar kepada tugas-tugas kecil yang lebih manageable. Contoh, kalau tugas besar adalah “Prepare Marketing Campaign”, pecahkan kepada subtasks seperti “Create Content”, “Design Ads”, “Set Up Social Media Calendar”.
- Setkan Deadline: Untuk setiap task atau subtasks, setkan deadline yang jelas. Ini membantu korang track progress dan pastikan semua benda siap on time.
- Assign Tugas: Assign tugas-tugas kepada ahli team. Pastikan setiap orang tahu apa yang mereka perlu buat dan bila mereka perlu siapkan.
- Monitor Progress: Track progress setiap task dan pastikan semuanya berjalan mengikut plan. Buat meeting atau update berkala untuk pastikan semua orang on track.
Jadi, sebelum korang start launching, take time untuk buat breakdown.
Pecahkan kerja besar jadi kerja kecil, bagi setiap orang tugas yang sesuai, dan pastikan semua orang tahu timeline masing-masing.
Trust me, bila semua benda dah dipecah-pecahkan, projek korang akan jadi lebih smooth dan lebih cepat siap.
Tak ada lagi drama kelam-kabut last minute!
#5. No Market Research
Jangan skip market research! Korang kena tahu siapa pesaing korang, apa trend terkini, dan apa yang customer nak.
Buat survey, interview potential customer, dan analisa data yang ada.
Market research ni akan bantu korang create produk yang relevan dan diminati.
Market research dapat bantu korang tahu siapa target audience korang, apa yang diorang suka, dan apa masalah yang diorang hadapi.
Korang boleh develop produk atau servis korang untuk match dengan keperluan diorang.
Antara beberapa cara nak buat market research:
- Survey Pelanggan: Buat survey untuk dapatkan maklumat terus dari potential customers. Korang boleh guna tools macam Google Forms atau SurveyMonkey. Tanya diorang tentang preferensi, masalah yang diorang hadapi, dan apa yang diorang cari dalam produk.
- Interview: Interview beberapa orang dari target audience korang. Dapatkan feedback yang lebih mendalam tentang apa yang diorang suka atau tak suka tentang produk atau servis yang korang tawarkan.
- Competitor Analysis: Study pesaing korang. Lihat apa yang diorang buat, berapa harga produk diorang, dan macam mana diorang marketing produk. Ini boleh bagi korang idea untuk strategi korang sendiri.
- Social Media & Forum: Explore social media dan forum untuk lihat apa yang trending dan apa yang orang cakap tentang produk atau industri korang. Contohnya, korang boleh check hashtag trending di Instagram atau lihat perbincangan di Reddit.
- Test Market: Launch produk atau servis secara kecil-kecilan dulu untuk uji pasaran. Kumpulkan feedback dari early adopters dan adjust produk korang berdasarkan maklumat tu.
So, make sure korang buat market research yang menyeluruh.
Tak perlu terlalu details dan mendalam, tapi at least tahu apa yang market perlukan, siapa target audience, dan siapa competition.
#6. No Market Demand Booster
Okay, bayangkan korang ada produk baru yang awesome, tapi korang tak buat apa-apa untuk boost permintaan.
Korang hanya biarkan produk tu ada kat pasaran tanpa usaha tambahan.
Confirm korang akan tengok produk tu sepi je, tak ada sambutan.
Korang kena tahu cara boost demand.
Macam mana nak buat orang excited nak beli produk korang?
Buat teaser, bagi sneak peek, dan guna social media untuk hype up audience.
Demand booster ni penting untuk buat orang tak sabar nak beli.
produk korang akan lebih nampak di mata pelanggan.
Lagi ramai orang tahu tentang produk korang, lagi tinggi peluang untuk jualan.
Dengan permintaan yang lebih tinggi, korang boleh drive lebih banyak sales.
Booster membantu korang capai target jualan dengan lebih cepat.
Macam mana cara nak boost market demand?
- Promotions & Discounts: Buat promosi menarik atau tawarkan diskaun untuk tarik perhatian pelanggan. Contoh, korang boleh buat “Buy 1 Free 1” atau diskaun 20% untuk pembelian pertama.
- Influencer Collaboration: Bekerjasama dengan influencer untuk promote produk korang. Influencer boleh bantu tingkatkan visibility produk dan tarik perhatian follower mereka.
- Limited Editions: Launch produk dalam edisi terhad atau dengan packaging eksklusif. Ini create sense of urgency dan dorong pelanggan untuk beli segera.
- Giveaways & Contests: Buat giveaway atau contest kat social media. Ini boleh tarik perhatian ramai dan buat orang lebih aware tentang produk korang.
- Social Media Advertising: Run iklan berbayar di social media. Target audience yang tepat untuk pastikan iklan korang sampai ke orang yang berminat dengan produk korang.
- Public Relations: Hantar press release atau artikel tentang produk korang ke media. Ini boleh bantu dapatkan coverage dan perhatian dari media.
Fikirkan strategi yang boleh naikkan demand, yang buat orang rasa kena beli sekarang jugak, bukan esok lusa.
Sebab kalau korang launch tanpa demand booster, produk korang mungkin akan tenggelam dan tak ada demand.
#7. No USP & UVP
Korang mesti ada Unique Selling Proposition (USP) dan Unique Value Proposition (UVP) yang jelas.
Apa yang buat produk korang lain dari yang lain?
Apa value yang korang tawarkan?
Jangan jadi copycat, create something unique yang boleh tarik perhatian customer.
Kalau korang nak produk korang lebih menonjol, korang kena fikirkan apa yang buat produk korang unik, dan kenapa orang patut pilih korang.
Bila USP & UVP korang kuat, korang tak perlu risau pasal persaingan sebab orang akan nampak value yang korang offer.
Korang mungkin tertanya-tanya, “Macam mana nak tentukan USP & UVP?“
- Kenal Pasti Kelebihan Produk: Fikirkan apa yang membuat produk korang berbeza daripada produk lain. Adakah ia lebih berkualiti? Lebih murah? Atau ada fitur unik?
- Fahami Masalah Pelanggan: Fahami masalah atau kehendak pelanggan korang. USP atau UVP korang perlu address masalah atau kehendak tu dengan cara yang unik.
- Tanya Feedback: Dapatkan feedback daripada pelanggan atau potential customers tentang apa yang mereka suka tentang produk korang atau apa yang mereka rasa kurang. Ini boleh bagi idea untuk USP atau UVP korang.
- Study Pesaing: Lihat apa yang pesaing tawarkan dan cari ruang yang boleh korang isi. Cari apa yang pesaing kurang dan tawarkan sesuatu yang lebih baik.
- Test dan Refine: Test USP atau UVP korang dengan audience. Dapatkan feedback dan refine untuk pastikan ia berkesan.
Kalau korang nak pastikan produk korang laku keras, make sure korang buat prospecting.
Kenal pasti siapa potential customers korang, dan fokus marketing effort korang kat diorang.
Dengan prospecting yang betul, korang boleh tingkatkan peluang untuk dapat lebih banyak sales, dan kurangkan risiko produk korang tak laku.
#8. Tak Buat Prospecting
Prospecting ni penting untuk cari potential customer.
Jangan tunggu customer datang, korang kena proactive.
Buat list potential customer, reach out guna email, DM, atau call.
Prospecting ni akan bantu korang build pipeline dan increase chances untuk dapat sales.
Ianya dapat membantu korang cari dan targetkan pelanggan baru yang mungkin berminat dengan produk atau servis korang.
Ini buka peluang untuk dapatkan lebih banyak sales.
Korang boleh mula bina hubungan dengan potential customers.
Ini penting untuk create trust dan engage dengan mereka lebih awal.
Cara Nak Buat Prospecting;
- Networking Events: Pergi ke events networking atau industry-specific events untuk berjumpa dengan potential customers atau client. Bawa business cards dan bersedia untuk introduce produk atau servis korang.
- Social Media: Gunakan social media untuk connect dengan potential customers. Korang boleh join group, participate dalam discussions, dan promote produk korang secara strategik.
- Cold audience: Cari potential prospek dan hubungi potential customers dengan tawaran atau maklumat tentang produk korang. Pastikan approach korang relevan dan personal.
- Referral Program: Buat program referral di mana pelanggan sedia ada boleh rujuk kawan-kawan mereka untuk dapatkan diskaun atau ganjaran. Ini boleh bantu korang dapatkan leads baru.
- Content Marketing: Create content yang menarik dan berguna seperti blog, video, atau infografik. Content yang berkualiti boleh attract perhatian potential customers dan position korang sebagai expert dalam bidang.
- Partnerships: Cari peluang untuk bekerjasama dengan bisnes lain yang mempunyai audience yang sama atau berkaitan. Ini boleh bagi exposure tambahan dan peluang untuk prospecting.
Bila korang buat prospecting ni, korang dapat reach lebih ramai orang yang mungkin akan beli produk korang, dan boleh tingkatkan peluang untuk close sales besar.
#9. Tak Tahu Framework Launching
Framework launching ni macam blueprint untuk success.
Korang kena tahu framework yang berkesan untuk launching.
Contoh framework macam Jeff Walker’s Product Launch Formula.
Belajar dan adapt framework yang sesuai dengan produk korang.
Korang kena belajar framework ni, kalau korang serious nak buat launching yang power. Kenapa?
- Bantu Plan dengan Struktur: Framework memberikan korang roadmap atau panduan langkah demi langkah. Ini membantu korang organize kerja dengan lebih baik dan pastikan semua aspek dilaksanakan dengan betul.
- Elak Terlepas Langkah: Dengan framework yang jelas, korang tak akan terlepas langkah-langkah penting dalam proses launching. Semua aspek dari planning hingga execution akan ter-cover.
- Sistematik dan Konsisten: Framework memastikan korang follow proses yang konsisten. Ini penting untuk maintain quality dan pastikan hasil yang korang capai adalah seperti yang dirancang.
Cari dan belajar framework launching yang sesuai dengan produk dan bisnes korang.
Ikut langkah-langkah yang dah terbukti berkesan, dan adjust ikut situasi korang.
Dengan framework ni, korang boleh avoid banyak kesilapan dan maximize peluang untuk korang punya produk meletup
#10. No Irresistible Offer
Offer korang kena power gila sampai customer tak boleh resist.
Bagi discount, bundle, atau limited-time offer.
Make sure offer korang menarik dan berbaloi untuk customer.
Irresistible offer ni akan push customer untuk buat keputusan cepat.
Ini antara offer terbaik yang korang bileh pakai;
- Discounts & Deals: Tawarkan diskaun menarik atau deal seperti “Buy 1 Free 1” atau potongan harga untuk pembelian pertama. Ini boleh tarik perhatian pelanggan yang nak berjimat.
- Limited-Time Offers: Buat tawaran yang hanya sah untuk masa terhad. Contoh, diskaun 20% untuk pembelian dalam 48 jam. Ini create urgency dan dorong pelanggan untuk beli segera.
- Bonus Items: Include bonus items atau freebies dengan pembelian. Contohnya, beli produk X dan dapatkan produk Y secara percuma. Ini tambah nilai pada tawaran korang.
- Exclusive Access: Tawarkan akses eksklusif atau early bird specials untuk pelanggan yang membeli awal. Ini bagi mereka rasa istimewa dan lebih cenderung untuk grab offer korang.
- Bundle Offers: Buat bundle tawaran di mana pelanggan boleh beli beberapa produk dengan harga diskaun. Ini boleh jadi deal yang menggoda bagi mereka yang nak jimat dan dapatkan lebih banyak.
- Money-Back Guarantee: Tawarkan jaminan wang dikembalikan jika pelanggan tak puas hati. Ini bagi keyakinan kepada pelanggan untuk mencuba produk korang tanpa risiko.
Jadi, korang kena cipta irresistible offer yang buat orang tak boleh cakap “tak”.
Study apa yang target market korang nak, dan tailor offer korang supaya memenuhi keinginan diorang.
Jangan takut nak bagi extra value, sebab dengan irresistible offer yang betul, korang boleh convert lebih banyak leads jadi customer, dan sales korang pun akan meletup!
#11. Team Tak Bersedia
Okay, bayangkan korang tengah plan nak buat launching besar-besaran.
Semua nampak perfect, produk dah ready, marketing plan dah cun, hype pun dah padu.
Tapi ada satu benda yang korang terlepas pandang, team korang tak ready!
Kalau team tak bersedia, semua plan korang tu boleh runtuh dalam sekelip mata.
Cara Nak Pastikan Team Bersedia;
- Latihan & Pengembangan: Berikan latihan yang sesuai untuk semua ahli team. Pastikan mereka tahu tugas mereka dan tahu cara nak gunakan tools atau software yang diperlukan.
- Penyelarasan Tugas: Pastikan setiap orang tahu apa peranan mereka dan apa yang diharapkan daripada mereka. Buat senarai tugas dan deadlines yang jelas.
- Simulasi & Ujian: Buat latihan simulasi atau ujian untuk pastikan semua proses berjalan lancar. Ini boleh bantu identify masalah awal dan pastikan semua orang tahu apa yang perlu dilakukan.
- Komunikasi: Pastikan ada saluran komunikasi yang jelas dan berkesan dalam team. Semua orang perlu tahu siapa yang patut dihubungi untuk apa-apa isu atau pertanyaan.
- Dokumentasi: Sediakan dokumentasi yang jelas tentang proses launching, panduan, dan best practices. Ini akan jadi rujukan bagi semua ahli team bila diperlukan.
- Checkpoints & Review: Tetapkan checkpoints untuk semak kemajuan dan buat review berkala. Ini akan pastikan semua orang stay on track dan proses berjalan mengikut pelan.
Pastikan team korang ready. Semua orang kena tahu tugas masing-masing, dan ada training yang cukup.
Team yang tak bersedia boleh spoil segala usaha korang.
Communication dan coordination antara team members sangat penting untuk success launching.
Make sure korang allocate masa dan effort yang cukup untuk prepare team korang. Training, tools, briefing—semua kena setel sebelum launching day.
Belajar sesuatu?
Rasa dah panjang sangat post ni. Korang dah habis baca? Tahniah!
So, korang dah nampak kan betapa pentingnya elak kesilapan dalam launching?
Setiap satu kesilapan ni boleh jadi punca besar yang buat launching korang tak menjadi.
Tapi jangan risau, semua ni benda yang boleh dielakkan kalau korang ready dengan plan yang solid dan team yang mantap.
So, take note, prepare dengan betul, dan all the best untuk next launch korang!