5 Pengajaran Yang Boleh Usahawan Online “Ceduk” Dari Kisah Sultan Muhammad Al-Fatih
Dalam sejarah Islam, Sultan Muhammad Al-Fateh bukan seorang sultan yang biasa..Tapi sultan yang mempunyai semangat Islam yang tinggi…
Kehidupan, keperibadian dan leadership beliau dapat berikan gambaran jelas tentang ketakwaan, keyakinan dna kepatuhan pada agama dan tuhan yang menjadikan beliau sultan yang adil, amanah, berwawasan serta penyayang pada rakyat…
Anda sebagai usahawan yang punyai ramai stokis atau agen, boleh praktikkan apa yang dah dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih pada rakyat..
5 Pengajaran dari Sultan Muhammad Al-Fatih pada usahawan online
Disini, anda boleh ikuti 5 pengajaran dari kisah sultan berjiwa rakyat ni dimana telah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW sebagai sultan yang berjaya menakluki Kota Constantinople (Istanbul, Turki)…
#1 – Bina Pengaruh Bisnes
Bagi memastikan misi untuk menakluk Kota Constantinople berjaya, beliau telah meminta sokongan sepenuhnya dari ahli politik serta ulama berpengaruh dikalangan rakyat ketika itu iaitu Chandarli Halil Pasya serta Syekh Aq Syamsuddin…
Begitu juga dengan anda, untuk mudah pengaruh orang, anda perlukan ‘sokongan’ dari mereka2 yang BER-AUTHORITY dari influencer yang relevan dengan bisnes..Anda boleh pilih mereka yang berpengaruh seperti MUA, Artis, VIP, VVIP atau Menteri..Kalo ketua kampong femes ditempat anda..Boleh dikira mereka yang ber-authoriti…
#2 – Buat Research dan Improvement
Pada tika beliau ingin takluk kota tersebut, baginda sendiri suka melakukan penyamaran dan menghantar pasukan perisik untuk ketahui kelemahan dan kekuatan lawan tika itu..Dari fizikal kota tersebut sampai ler ke isu2 politik masa ini…
Dan anda sebenarnya, untuk ‘berlawan’ dengan pesaing, anda perlu tahu apa kekuatan serta kelemahan mereka..Bagaimana? Banyak caranya… Antaranya, anda boleh terjah page mereka.. Kaji apa kekuatan mereka..Kaji kelemahan mereka….
Kemudian, anda boleh buat S.W.O.T analysis pesaing anda..Dari kelemahan pesaing, anda boleh jadikan kekuatan anda …Dan itu mungkin boleh jadi USP anda ..Apa itu USP?
Unique Selling Proposition…
#3 – Networking
Pada zaman beliau, baginda telah jalinkan hubungan dengan negera2 yang lain dengan offer hubungan yang lebih baik dan lebih menguntungkan untuk kedua-dua pihak..Sekurang2 apabila ada networking yang kuat, ada back-up bila kota tersebut di ancam…
Begitu juga anda…Sebagai usahawan, anda perlu ada networking dimana ia boleh membantu kembangkan bisnes anda..Sebagai contoh, Sifufbads dan Karangkraf pernah berkolaborasi menjayakan Karnival Karangkraf pada tahun lepas… Pastikan networking yang anda ingin jalankan perlulah bersifat WIN-WIN situation… Networking juga mampu tingkatkan brand awareness bisnes anda…
4# Integrated Marketing
Time baginda nak lumpuhkan kota tersebut, baginda telah guna macam2 cara…Bukan satu cara… Melalui laut, melalui darat, bukit..Semua baginda gunakan…
So, sama juga dengan anda…Anda perlu gunakan pelbagai platform..Facebook, Website, Instagram, Billboard dan macam2 lagi..Jangan sesekali guna satu cara jer..Anda akan rugi..Bila anda dah integrate-kan bisnes, secara tak langsung..Brand Awareness anda meningkat…
5# Perkasakan Sistem Agent
Baginda telah merombak dan susun balik system birokrasi serta pentadbiran negera dengan memberi perhatian pada ekonomi…
Dan anda boleh tiru sebenarnya… Anda boleh gunakan kaedah agent untuk naikkan bisnes anda..Dengan guna sistem agen, awareness produk lebih cepat disampaikan pada audience… Agent antara booster untuk generate sales besar…
5 pengajaran ni mampu bantu anda bila empayar bisnes yang lebih besar..InsyaAllah Sifufbads doakan anda berjaya..Amin..
Semoga sharing ni bagi input baru pada anda dan bisnes anda..
Sangat best… artikel yang baik… terima kasih sifu.
Shaklee CoQ Trol Plus
Nanti buat tajuk Sallehudi Al Ayubi, barat menggelarnya Saladin, Pemimpin yang membuka Baitul Muqadis selepas Khalifah Umar Al Khatab.
Tq sifu..artikel yg sgt bermanfaat..
Tq. Saya pun suka artikel nie… Sesuai untuk orang yang suka mencontohi tokoh-tokoh agong.