| | |

11 TIPS BAGAIMANA ANDA SEBAGAI FOUNDER BISNES BOLEH ‘INJECT’ SALES ANDA LEBIH 100% ~ 300% DALAM MASA 6 BULAN TANPA UP-KAN BUDGET MARKETING.

Ramai founder bisnes nak buat sales besar tapi tak tahu bagaimana. Dalam fikiran mereka yang mereka tahu hanyalah..

“JIKA NAK SALES BESAR, KENA GUNA BUDGET BESAR..”

Ramai yang cakap macam tu, bukan anda sorang taw..Tapi itu mungkin dulu punya persepsi..Untuk dapatkan sales berlipat kali ganda, tak semestinya anda perlukan sediakan budget yang besar sampai overcost untuk buat sales besar.

Ada yang cakap..

“LOGIK KE NAK BUAT SALES BESAR TAPI BUDGET CIPUT..?”

Jawapan Sifufbads adalah LOGIK..Mesti ada caranya..Mesti ada ‘tricks‘ nya…Setiap kejayaan tak kiralah apa jua bidang, mesti ada strategi untuk berjaya..Betul tak? Nak tahu lebih lanjut?

Meh sini, Sifufbads ‘bogelkan’ taktik ni utk anda semua..Nak ke nak sangat ni?

“MESTILAH NAK SIFU…”

Baiklah, sekarang perlu scroll satu per satu point untuk anda tahu cara bagaimana nak gandakan sales hingga 300% dalam masa 6 bulan tanpa perlu gunakan kos marketing yg berlebihan.

1# – PERMISSION MARKETING

Permission marketing ni antara taktik/strategi yang boleh jimatkan kos marketing anda berkali ganda..Permission marketing ni bermaksud, anda something for free pada potential customer..Contohnya, anda boleh offer sample produk, e-book, flyers, booklet dan lain2..Bagi potential customer dapat ‘experience’ dan ‘feel’ dengan produk/servis anda..

Bila dah bagi sample free sebagai contoh, anda boleh follow up balik mereka yg dh cuba produk anda..Dan offer untuk dapatkan produk utama anda…

Ikut case study dari student Sifufbads, Glow Gelenggang, melalui teknik ni, anda boleh dapat closing rate lebih 50%..Ada yg pernah dapat lebih 70%..Tinggi tu!

2# – BULK (BELI BANYAK)

Anda boleh target pada group2 yang boleh beli dalam kuantiti yang banyak produk anda..Contohnya, event2 besar, geng cikgu, geng keje kerajaan, geng persatuan atau parti politik. Teknik ni lebih sesuai utk mereka yg buat bisnes makanan, servis dan pakaian..Jika dalam niche kecantikkan dan lain2, anda boleh sponsor terlebih dahulu untuk buatkan orang kenal produk anda.

Strategi inilah yang dilakukan oleh Makang Sedak sejak setahun yang lepas apabila beliau banayak fokus pada group2 yang besar dan dari situ beliau boleh generate sales 6 angka sebulan dengan bisnes foodtruck beliau di Terengganu.

3# – O.UR.S.G

Dalam setiap marketing kempen, elemen O.Ur.S.G sangat penting tingkatkan closing rate atau keupayaan orang membeli servis/produk dengan lebih cepat..Anda WAJIB masukka…

O – Offer

Ur – Urgency

S – Scarcity

G – Guarantee

Offer yang nak diberi, mestilah kuat dan ia di-support dengan umpan2 yang kuat. Antara umpan yang boleh anda gunakan adalah..

  • Membership
  • Discount
  • Voucher with limited time
  • Freegift
  • Prelove item

Urgency yang boleh anda masukkan adalah dari segi urgency pada masa, stok, bonus, discount dan lain2. Dengan Scarcity, anda boleh takut2 prospek anda dengan ayat2 yang buatkan mereka tak boleh miss peluang ada..Contoh ayat yang boleh anda gunakan adalah..

“LEPAS 12 TENGAH MALAM NI, BONUS BERNILAI RM200 AKAN DITAMATKAN..SELEPAS NI, DAH TAKDE OFFER YANG MACAM NI..TOLONG JANGAN MERAYU PADA KAMI..MEMANG KAMI TAK LAYAN..”

4# CONTENT MARKETING

Antara teknik yang best dan Sifufbads boleh cadangkan adalah content marketing..Dengan content marketing, boleh buatkan brand anda jadi viral dan secara tak langsung meningkatkan sales bisnes anda.Melalui content marketing, anda mampu jimatkan kos marketing. Tapi, content marketing perlulah dilakukan secara berterusan dan bukannya sekali sekala..Antara yang boleh anda masukkan dalam content marketing adalah

  • Livefeed
  • Testimoni
  • Tips2
  • Tutorial/Demo
  • Behind The Scene

Tapi pastikan content2 anda perlu relevan, fresh, unik dan apa yg orang mahu dan inginkan..

5# PAKEJ/COMBO

Untuk tingkatkan sales anda, anda boleh wujudkan pakej dari pada yang paling tinggi sampailah harga yang paling rendah pada kempen marketing anda..Anda boleh pakejkan ikut:

  • Combination dgn produk lain.
  • By unit produk..

Dan nak best lagi, boleh tambahkan dengan umpan2 yang kuat..Contohnya discount, freegift, vaucher dan sebagainya…Dengan pakej, anda bukan sahaja boleh jimat kos tapi boleh tambah sales dan ROI anda berkali ganda.

6# UPSELL

Upsell ni bermaksud, anda offer pada customer anda dalam bentuk pakej. Sebagai contoh selepas customer anda setuju untuk beli dalam 1 unit..Disini, anda boleh offer pakej yang lebih tinggi dan tunjukkan penjimatan harga pada mereka..Pastikan umpan yang anda gunakan menarik..Dan secara tak langsung, boleh tingkatkan margin profit anda serta ROI anda.

7# BACK-END SELL

Back-end sell pulak bermaksud selepas customer anda dah beli dan dah terima barang..Biasanya mereka akan mention yang barang dah sampai. Disini tugas anda untuk follow up dengan  offer  pakej yang lebih tinggi dan menarik yang mana susah mereka nak tolak..Masukkan element2 seperti offer, urgency, scarcity dan guarantee dalam promosi tersebut.

8# DOWNSELL

Untuk downsell pulak, anda boleh follow up balik prospek yg pernah ‘contact’ dan berminat dengan produk anda..Disini, anda boleh follow up produk atau pakej yang lebih rendah daripada yang anda pernah offer pada mereka sebelum ni.

Dengan downsell, anda boleh tingkatkan closing rate serta return on investment (ROI) lagi..Sebaiknya, jangan biarkan prospek terus lari dari anda.

9# AGENT/DROPSHIP

Untuk tingkatkan sales, anda boleh tambah agent/dropship baru..Dgn ada agent, ia bantu tingkatkan awareness brand anda..Dengan agent, anda boleh boost-kan sales anda berkali ganda..Inilah strategi yang digunakan oleh brand2 besar seperti Dianz, De’Xandra, Mamadil dan lain2 untuk kembangkan bisnes mereka.

Bila dah agent, anda perlu train & re-tain mereka..Bagi apa yang perlu untuk mereka..Sediakan reward serta insentif untuk buatkan mereka lebih kuat buat sales…Untuk secure, anda kena wujudkan ‘agreement’ untuk elak perkara macam main harga dan sebagainya..

10# BUYING TRIGGER

Buying trigger WAJIB ada dalam page anda..Faktor orang tertarik untuk membeli adalah salah satunya kerana buying trigger di page kuat..Contoh buying trigger yang boleh anda masukkan adalah..

  • Wujudkan karakter,
  • Testimoni yg banyak,
  • Social proof (like, komen , share) yg tinggi
  • Content marketing yang menunjukkan anda profesional dalam niche.

11# MATCHING

Matching antara teknik yg boleh anda apply dan gunakan dalam bisnes anda. Antara matching yang boleh anda gunakan adalah..Katakan..Anda ada bisnes pakaian (tudung) dan nak target guru2…Anda boleh matching-kan iklan dengan audience dari segi copywriting dan gambar yg relevan dengan pekerjaan guru…

Anda juga boleh matching dari segi tempat, dgn gunakan copywriting loghat setempat dengan guna DEMOGRAFI, GEOGRAFI, PSIKOGRAFI & SOSIOGRAFI…

Jika anda nak belajar lebih lagi, kami ada satu program khas untuk founder.. iaitu The Foundr Chapter. Berminat? Untuk info lanjut, sila klik link di bawah.

>> PROGRAM THE FOUNDR CHAPTER

Insha’Allah, program ini dapat bantu founder² yang ingin expand bisnes mereka ke tahap yang luar biasa!

Similar Posts

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *