3 JENIS TARGET MARKET YANG FOUNDER KENA FOKUS MASA LAUNCHING

Bila korang nak launch produk baru, satu benda yang korang wajib kaji adalah siapa target market korang.

Kalau salah target, confirm akan effect sales, dan effort korang pun jadi sia-sia.

Tak kira produk power macam mana pun, kalau kita tak tahu siapa target kita, susah nak buat sales meletup.

Sebab tu penting untuk faham siapa yang korang nak target masa launching nanti.

Dalam blogpost ni, saya akan share 3 jenis target market yang korang perlu fokus: existing customer, new customer (stranger), dan new customer (referral).

Jom kita lihat macam mana nak susun offer, untuk setiap jenis customer ni supaya launching korang berjaya..

#1. Existing Customer

Ini customer yang dah pernah beli dengan kita sebelum ni.

Diorang dah kenal brand kita, dah trust, dan mungkin dah jadi setia dengan kita.

Trust level dah tinggi, dan nak convince diorang untuk beli lagi biasanya lebih senang daripada nak tarik new customer.

Lagipun, kos untuk retain existing customer jauh lebih rendah berbanding nak acquire new customer.

So, jom kita tengok cara-cara nak buat diorang terus support kita masa launching produk baru.

a. Special Offer & Diskaun Eksklusif

Salah satu cara paling effective nak buat existing customer rasa dihargai adalah dengan bagi diorang special offer atau diskaun eksklusif.

Contoh, bagi diorang diskaun khas macam “15% off untuk geng setia” atau “Buy 1 Free 1 special untuk korang je!”

b. Pre-Launch Access

Bagi diorang first access untuk beli produk baru sebelum orang lain.

Buat diorang rasa special sebab dapat try dulu sebelum orang lain.

Pre-launch access ni boleh buat diorang rasa excited dan dihargai.

c. Loyalty Program

Kalau diorang dah beli banyak kali, bagi reward extra macam points atau hadiah. Macam loyalty program la.

Contoh, setiap pembelian diorang dapat points, dan points tu boleh redeem untuk diskaun atau free gift.

d. Exclusive Content

Bagi diorang akses kepada content eksklusif macam behind-the-scenes, sneak peeks, atau tips-tips special.

Buat diorang rasa macam VIP. Contoh, buat live session atau video khas untuk diorang.

Ingat, existing customer adalah asset paling berharga, so make sure diorang rasa dihargai dan terus support kita.

#2. New Customer (Stranger)

Kalau korang nak buat launching produk, korang kena ada strategi power untuk tarik new customer ni.

Diorang ni penting sebab boleh jadi customer setia kita kalau kita impress diorang dari awal.

Diorang ni tak kenal kita lagi, so first impression tu sangat penting.

Kalau kita berjaya tarik perhatian diorang, diorang boleh jadi loyal customer kita yang baru.

Lagipun, new customer ni boleh bantu kita expand market dan grow brand kita lebih besar.

Jom kita check out beberapa tips untuk tackle new customer masa launching produk. Ready? Let’s go!

a. Free Trial atau Sample Produk

Orang baru ni selalu skeptikal nak beli benda yang diorang tak pernah try.

So, bagi free trial atau sample produk supaya diorang boleh cuba dulu.

Kalau diorang suka, confirm diorang akan beli full size produk kita nanti.

b. Testimoni dan Review

Stranger suka tengok review dan testimoni sebelum buat keputusan beli.

Share feedback positif dari existing customer supaya diorang rasa lebih yakin dengan produk kita.

Lagi banyak testimoni yang genuine, lagi bagus.

c. Special Welcome Offer

Bagi diorang rasa special dengan offer diskaun atau free gift untuk first purchase.

Welcome offer ni boleh buat diorang rasa dihargai dan lebih berminat untuk try produk kita.

Dengan strategi yang betul, korang boleh tarik perhatian stranger dan convert diorang jadi loyal customer.

#3. New Customer (Referral)

Kali ni kita nak sembang pasal new customer yang datang dari referral.

Maksudnya, customer baru ni recommended oleh existing customer kita.

Referral ni biasanya lebih senang nak convert, sebab diorang datang dengan trust yang lebih tinggi sebab recommended oleh orang yang diorang kenal.

Diorang tak rasa was-was sangat sebab kawan diorang dah bagi feedback positif.

Plus, referral ni juga boleh jadi cara murah dan effective untuk grow customer base kita.

Rugi kalau kita tak buat strategi refferal ni! Macam mana nak caranya?

a. Referral Program yang Menarik

Kita kena ada referral program yang menarik untuk encourage existing customer kita refer kawan diorang.

Bagi reward yang best macam voucher diskaun atau free gift bila diorang berjaya refer kawan diorang beli produk kita.

b. Welcome Offer untuk Referral

Bagi new customer yang datang dari referral ni special welcome offer macam diskaun atau free gift.

Buat diorang rasa special dan appreciated sebab try produk kita.

c. Personalized Follow Up

Lepas diorang buat pembelian pertama, follow up dengan personal message atau email untuk welcome diorang dan tanya feedback.

Buat diorang rasa dihargai dan diingat.

d. Share Testimoni Positif

Bagi new customer ni tengok testimoni dan review positif dari customer lain.

Lagi banyak testimoni yang genuine, lagi senang diorang nak percaya dan yakin dengan produk kita.

e. Engage dengan Kawan yang Refer

Jangan lupa untuk engage dengan customer yang buat referral.

Hargai usaha diorang dan bagi reward tambahan kalau perlu.

Buat diorang rasa valued dan terus nak refer lebih ramai kawan.

So, itulah dia beberapa tips untuk cara refferal, untuk convert kawan kepada customer jadi loyal customer kita.

Belajar sesuatu hari ni?

Jadi, bila korang nak buat launching produk, sangat penting untuk tahu siapa target market korang.

Kenal target market korang betul-betul.

Setiap jenis customer ada keperluan dan expectation yang berbeza, so make sure korang guna approach yang sesuai untuk setiap target audience ni.

Dengan fokus pada 3 jenis customer ni iaitu; existing customer, new customer (stranger), dan new customer (referral), korang boleh create strategi yang lebih targeted dan effective.

Review strategi target market korang sekarang, dan cuba apply tips yang korang belajar hari ni.

Buat planning yang lebih specific untuk setiap jenis customer, dan monitor result lepas korang launch.

Kalau tak ok, adjust sampai dapat result! Boleh?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *