BISNES JADI SLOW LEPAS HABIS CUTI RAYA? INI KESILAPAN YANG BIASA FOUNDER BUAT…

Alhamdulillah, kita dah selamat berpuasa dan beraya! Korang masih sibuk cuti raya, atau dah start planning untuk bisnes? Macam mana bisnes korang? Sales mencanak naik atau krik-krik je?

Dah cukup la tu rehat! Founder tak boleh lama sangat bercuti, nanti lemau! Jangan sampai bisnes terabai! Jangan lalai! Ini boleh menjadi punca motivasi kita jadi down dan sales drop.

Sebab itu, saya nak kongsikan 3 kesilapan yang founder buat sehingga bisnes jadi slow. Nak tahu? Jom teruskan baca..

#1: LAMBAT TAKE ACTION

Masa Ramadhan, semangat, all out nak push sales.. tapi bila dah start raya, kita terus hilang mood nak bisnes, sebab nak pergi berseronok je dan fokus beraya, betul?

Tapi competitor dah susun planning macam2 strategi nak lonjakkan lagi sales!

Kita pula masih leka, tidur, tak sedar dan lambat take action. Lepas tu, rasa sedih, menyesal sebab pesaing dah bergerak lebih laju. Kita tak plan apa lagi.

Patutnya, sebelum raya lagi kita dah prepare planning untuk kempen lepas raya. Kalau lepas raya baru nak plan, huru hara jadinya nanti. Sebab itulah, kempen kita fail!

Korang jangan jadi macam ni ye..

#2: RASA SELESA & LEKA

Ada founder yang berseronok masa raya sebab dah capai target sales berganda2 dari bulan2 sebelum ni! Alhamdulillah, tahniah!

Tapi, jangan cepat rasa selesa! Habis je raya, kita masih tak buat planning untuk bulan2 seterusnya. Rasa yakin sales bulan ni boleh cover untuk bulan depan.

No no no! Salah fikir macam tu! Tahun ni masih belum habis! Sales setiap bulan ada turun naik! Jangan terkejut.. sales bulan2 seterusnya jatuh menjunam sebab kesilapan founder sendiri.

Fikir-fikirkan la..

#3: TAK BUAT PLANNING LEPAS RAYA

Kalau kita gagal merancang, kita akan gagal! Nanti lepas dah raya, kita tak tahu nak buat apa. Akhirnya kita akan stuck dan stress, kerana buntu dan hilang arah tuju.

Jangan buat planning last minit!

Bila kita dah buat plan awal yang jelas dan tersusun, kita lebih mudah untuk pantau kos & bajet bagi setiap kempen. Bisnes kita lebih selamat.

Jadi, kita akan sentiasa ready dengan backup plan kalau ada sebarang perubahan.

Boleh faham, kan?

Orait, itu je saya nak bagitau. Jadi korang yang dah baca ni, sila take note, buat planning dan bertindak cepat sekarang!

Semoga korang dapat manfaat dari post ni!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *