5 Kesilapan Utama Yang Sering Dilakukan Oleh Peniaga di FB.

5-kesilapan-yang-sering-dilakukan-oleh-peniaga-di-fb

“Saya dah beniaga kat FB ni lbih 5 bulan, tp takde sales.. krik krik jer.. FB ni tak bagus!”

Amboi.. Garang betul.. Tp tulah rungutan yang biasa diterima.. Bukan FB tu tak bagus, tapi kita yang masih blum mahir dan masih belum faham dengan konsepnya..

Orang kata,

Skang zaman dah moden, rugi besar kalau tak ONLINE-kan bisnes anda..

Yang dah start tu bagus, alhamdulillah.. Yang belum tu.. Takpelah, tak dapat ‘hidayah’ lg lettew..

Its okay..

Harini saya nak kongsikan, kesilapan-kesilapan yang sering dlakukan oleh peniaga-peniaga di FB.. Yang menjadi punca kenapa susah sangat nak ‘sedut’ sales ke akaun bank anda..

Yang sales dia dah gempak tak payah tengok..

Tengok setiap poin di bawah ni satu per satu. Baca dan hadamkan..

#1: POSTING CARCA MARBA

Apa maksud carca marba ni? Maksudnya, content post di page anda banyak yang tak relevan dengan bisnes anda..

Sebagai contoh;

Anda menjual produk kecantikan kulit.. Tapi apa yg berlaku ialah, anda post benda2 yg takde kaitan.. Cam posting islamik lah.. Kucing saya comel ke tak lah.. Post gambar-gambar kelakar lah..

Semuanya dicampur adukkan..

Semua tu yang menjdi punca kenapa susah nak convert sales..

Bukan tak boleh buat, tapi cuba relate-kan setiap posting tu dengan bisnes anda..

Jangan buatkan bakal pembeli nampak mcm bisnes anda main-main..

Nak buat bisnes? BE SERIOUS!

#2: PRODUK TAK MEYAKINKAN

Tahu nak menjual je… Nak sales masuk je.. Tp nk meyakinkan pengguna tak pandai.. Camne sales nak masuk? Memang parah sangat dah tu..

Apa sebab orang tak yakin dengan produk anda?

Sebabnya, kita tk boleh nak convince mereka tentang keberkesanan produk anda.

So, camne nak convince mereka?

Caranya; banyakkan testimoni di page, atau semasa tengah deal tu, tunjukkan testimoni yang matching dengan masalah bakal pembeli tu..

#3: TAKDE SOCIAL PROOF

Mmg susah nak menjual kalau di page kita tu tiada langsung social proof.. Terutamanya pada post yang kita sedang fokus untuk hasilkan jualan..

Memang susah.. Susah..

Takde komen.. Takde like.. Share pun takde…

Macam mana nak yakinkan prospek?

Dia tengok cam takde demand je produk anda ni.. Cam tak betul je produk ni..

So, kena create engagement dengan fans anda.. Buat diorang komen pada post anda.

Camne caranya?

Buat contest.. Buat cabutan bertuah ke, slogan ke.. Yang penting mesti relevan dengan produk anda.

Secara tak langsung anda dah mula bina raving fans..

#4: AYAT JUALAN TAK JELAS

Ni paling masalah.. Nak menjual, tapi ayat yang digunakan tak clear.. Orang tak faham.. Nak plak guna bahasa baku..

Payah.. Payah..

Cuba guna bahasa audiens.. Study blog sifufbads.com..

Bila orang tak faham, camne mereka nak membeli?

Lagi satu..

Ayat penulisan tu kena ada struktur.. Ada flow.. Baru orang faham..

Apa contoh struktur jualan yang paling sesuai digunakan?

Pastikan ayat jualan anda ada;

  • Headline
  • Intro
  • Ciri-ciri
  • Kelebihan
  • Manfaat
  • Offer
  • Call to Action

Simple..

#5: PRODUK TIADA USP

Apa maksud USP? Unique Selling Proposition..

Di zaman kegawatan ekonomi ni, semua orang nak mjual. Kita jual ni, dia nak jual jugak..

So, ada ramai pesaing..

Jadi, apa yang membezakan produk anda dengan lambakan produk yg lain tu?

Sebab tu kena ada USP.. Positioning produk anda..

Tak kiralah anda jual jubah ke, produk kecantikan ke, kesihatan ke..

Create satu USP yang bole jadi kekuatan anda tapi tiada pada orang lain..

USP bole jadi pada nama produk, bole jadi pada cara photoshoot.. Bole jadi sebab packaging.. Macam-macam lagilah. Bole study kat blog SifuFBads..

Contoh;

Katalah produk kesihatan tu bole merawat macam-macam penyakit. Jadi, anda pilih satu je kekuatan dia..

Cer FOKUS..

Ikutkan ada banyak lagi kesilapan yang sering dibuat oleh peniaga fesbuk. Tapi cukuplah hadamkan 5 error ni dulu..

Buat masa ni, ada pelajari sesuatu?

Similar Posts

16 Comments

  1. Assalamualaikum sifu, sya kirah. Sye menjual produk untuk menjimatkan minyak. setakat ni baru je 5card terjual. sye dah buat run fb ads dgn modal sekian. tapi takde yang berjalan. adakah ianya kena guna kos yang mahal baru fb ads berjalan? buntu ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *