5 TIPS ‘COUNTER’ PESAING BISNES ANDA YANG SUKA MAIN HARGA

“Rasa bengang, geram dan koyak bila org ‘main’ harga? Tak tahu nak buat apa? Patut follow skali ke? Atau maki je? Apa patut buat?”

Tenang dan rileks jer. Jgn melatah! Tak baik tau.. Tak perlu salahkan org lain, abaikan jer.. Baik fokus improve bisnes kita je.

Ni saya nak share 5 tips yg boleh buatkan korg tetap WIN tanpa perlu buang harga. Yg buatkan pelanggan tetap pilih korg walaupun ada yg lebih murah kat pasaran.

Baca jgn x baca.. Jgn skip!

#1 – OFFER MORE VALUE

INGAT! – Customer ni kdg2 menbeli bkn sbb nak murah jer.. tp sbb VALUE yg dorg rasa, nampak & dapat tu. Game org ‘main harga’ tak akan boleh lwn dgn game high-value.

#2 – KUATKAN BRANDING

Kalau bisnes korg terjejas bila competitors ‘main harga’ mksdnya branding korg belum strong lg. Fokus pada brand identiti dan postioning. Brand yg strong akan cipta brand loyalty, walaupun brand lain offer lg murah.

#3 – PRODUCT UPGRADE

Utk yg dah ada existing customer, korg boleh upgrade produk korg.. sbb customer dah ada experience dgn produk korg.. ini yg paling efektif nak customer kekal membeli dgn korg. Upgrade ni byk jenis, ingredient, packaging, design, gift, konsep. ‘Wajah’ baru bagi mood baru!

#4 – CREATE USP

Kalau produk korg SEAKAN SAMA dgn produk org yg ‘main harga’.. ofkos korg akan terjejas. Cipta USP yg specific, yg membezakan produk korg dgn produk2 lain. Bila audiens nmpk kelainan dan keunikan, offer yg murah2 tu dah tak bermakna. Korg tetap WIN! Be different, think different, act different!

#5 – GIVE SOMETHING FREE

Free gift ni satu strategi yg strong utk buat customer decide membeli dgn korg.. offer free gift yg menarik, yg unik, dan yg boleh diguna pakai dgn produk korg. Jgn kurang harga.. Tapi, tambah lagi free gift yg relevan, yg boleh tambah value pada produk korg.

InshaAllah, kalau korg apply 5 tips ni, korg akan lbih WIN dan strong.. Org akan pikir 2-3x nak beli produk yg lain, sbb dah ‘jatuh cinta’ dgn korg. Sbb dah beli jiwa dan emosi mereka.

So jgn melatah, dan cepat koyak bila hadap situasi mcm ni lagi. Okay? Ada faham? Kalau faham komen 👉 “got it!”

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *