5 TIPS UNTUK USAHAWAN PAKAIAN NAIKKAN SALES WAKTU PKP

Ini antara cara untuk tingkatkan sales anda terutama usahawan yang bisnesnya more kepada pakaian. Anda boleh try gunakan cara di bawah untuk promote, apply mana yang bersesuaian dan relevan dengan produk anda.

1.TONJOLKAN USP

Kalau anda perasan, banyak brand pakaian popular menonjolkan kelainan dalam ‘presentation’ produk mereka sepanjang #PKP ni.

Sebagai contoh jual baju kurung musim raya, dalam video tersebut anda boleh tonjolkan elemen di rumah, walaupun berada di rumah, baju tersebut boleh dipakai dan digayakan dirumah.

Selain itu, anda juga boleh wujudkan satu kempen yang bersesuaian..Sebagai contoh, kempen #berayaPKP, #BuyNgive dan lain-lain lagi nama kempen yang unik,kreatif dan lain2.AN USP

2.ADJUST COPYWRITING

Ilmu copywriting juga sangat penting ya. Dengan baca headline sahaja, orang boleh berubah emosinya. That’s why, dalam copywriting anda perlu ada unsur emosi, supaya ‘match’ dengan situasi orang sekarang.

Kajian pakar mengatakan “100% people make decision caused by emotion”, jadi bila buat copywriting pastikan ada elemen-elemen gembira, sedih, takut, dan lain2.

3.SPECIAL CONTEST

Buat special contest untuk musim PKP ni, tujuan adalah untuk tingkatkan lagi engagement dan dapatkan follower baru (Ianya bergantung pada syarat contest tersebut).

Contoh lain, dalam live pun, anda boleh promote contest untuk tarik lebih ramai lagi join. Ianya terbukti sendiri dari student2 SifufBads yang menggunakan strategi ini untuk naikkan follower seterusnya engagement juga meningkat.

Anda perlu tahu cara buat marketing yang betul, supaya boleh tarik orang untuk like dan follow page anda.

4.RUN ADS

Penting ke? Yes penting tapi control bajet sebaiknya supaya tak over bajet. Kalau perasan kos ads yg di “charge” oleh facebook sendiri juga murah sekarang tetapi depends juga pada posting video/gambar serta copywriting anda.

Jika facebook tak ‘approve’ sepanjang 24 jam, anda perlu adjust balik sama ada copywriting atau posting tersebut. Kemungkinan ada unsur-unsur yang melanggar polisi.

5.REKRUT AGENT

Student SifufBads sendiri ada yang menggunakan cara ini pastikan marketing berjalan, at the same time, jimatkos marketing. Yang ada agent, anda kena pastikan anda motivate dan inspire mereka untuk mereka lebih bersemangat lagi menjual.

That why ilmu leadership dan management sangat penting. Selagi agent anda aktif, selagi itulah marketing produk anda juga berjalan.

Harap tips ini dapat bantu bisnes anda semasa PKP ni. Selamat berjaya!

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *