6 Kesilapan Ini Boleh Menyebabkan Owner Bisnes Dalam “Zon Bahaya”!

6-dosa-zon-bahaya

Gulung tikar, melingkup, bankrap, profit loss, kedai terpaksa tutup. Ya, benda ni mmg biasa berlaku dalam dunia perniagaan. Memang ramai yg hadapi situasi-situasi mcm ni, tapi anda taklah.. Saya tahu anda suma hebat-hebat dah.

Tapi.. itulah…

Kesian.. Mmg kesian bila tgk owner bisnes yg baru je nk mula niaga tp dah terpaksa tutup, dalam masa yg singkat plaks tu.

Saya perhati je.. Sebenarnya bukan salah produk tu, bukan salah jiran sebelah pun, bukan salah orang lain pun.. Tapi salah owner tu sendiri. Serius! Nak tahu apa punca sebenarnya?

Ni saya nak senaraikan 6 ‘perangai’ yang owner bisness patut elakkan, make sure baca sampai habis tau;

#1: MALAS CARI ILMU

Macam mana nak run bisnes kalau takde ilmu? Zaman dah moden, nak masuk 2020 dah..Ada banyak mentor-mentor kat luar tu. Bersepah. Anda perlu cari je. Kalau tak cari, camne nak jumpa. Jangan asyik tunggu kena suap je. Orang yang berjaya adalah orang yang berusaha nak berubah. Buang ego tu jauh-jauh, buang dalam tong sampah. Sifat ego nilah yang halang anda untuk berjaya.

Takkan nak langgar dinding lagi? Adoi.. sakit tu…

Ada byk kursus atau seminar yg disediakan kat luar tu. Yg berbayar ade, yg percuma ade. Terpulang, ikut bajet masing-masing. Yg penting cari ilmu dulu, pergi bertalaqi dgn mana-mana mentor yg dah proven. InshaAllah anda akan nampak jalan dengan mudah.

#2: SUKA ROMPAK DUIT SYARIKAT

Hmm… spesis ni mmg jenis bahaya. Baru untung sikit dah sebat duit tu, dah buat belanja shopping. Belum sempat nak rolling dah habis duit syarikat dirompaknya. Cuba buat satu akaun khas untuk syarikat tu, pastu jgn usik langsung. Jangan tengok pun! Biarkan je dalam akaun tu.

Bila dah grow besar barulah gunakan kelebihan yang ada, tapi dgn cara yang betullah ye…

Gunakan duit tu untuk kembangkan syarikat, bukan untuk puaskan nafsu buas tu. Untuk permulaan cuba kawal nafsu tu dulu, tak lama pun, dlm tempoh 6 – 12 bulan je. Tak boleh tahan nafsu? Tengok orang lain ada BMW, anda nak jugak? Pergi la puasa. Tak bole gak? Suka hati anda! Esok dah susah, jangan menyesal lak.

#3: MALAS KERJA LEBIH MASA

Overtime.. Untuk starting point, anda perlu kerja lebih masa, kalau bukan anda, sapa lagi yg sanggup? Janganlah ikut office hour tu. Kul 5 petang balik, pastu dah duduk rilek atas sofa kulit, tengok tv sambil goyang kaki.. hrmm.. tak tahu la nak jadi apa…

Jangan malas! Tak boleh rileks sangat. Masa tengah power ni la anda kena push. Yes.. push your limit! 

Sebagai owener bisnes, anda kena paksa diri untuk buat sesuatu baru. Kalau gagal, kena bersabar. Tanamkan mindset dalam otak supaya never give up! Terlalu awal nak putus asa selagi anda masih bernyawa.

#4: MALAS NAK BUAT NETWORKING

Memang tak patut kalau anda buat bisnes tapi takde networking. Susah nak kembang! Kita tak tahu dgn siapa kita bakal berurusan, dia mungkin boleh jadi bisnes partner kita, dia mungkin boleh bantu kembangkan lagi bisnes kita, dia juga mungkin boleh jadi pelanggan kita.

So, langkah paling mudah nak buat networking, keraplah pegi mana-mana seminar keusahawan. Sebab anda dah berada dalam circle & mindset yang sama. Nak dapat RM1 juta, kena la berkawan dengan orang yang dah dapat RM1 juta. Belajar dari mereka. Simple! 

Lagi besar network kita, lagi mudah bisnes kita nak berkembang.

#5: MALAS BUAT RESEARCH

Jenis yg ni pun bahaya gak, takde buat kajian langsung, main langgar je, kes camni la yg boleh jd syok sendiri tu. Tak boleh cmni.. Kena buat research skit, sebagai owner bisnes macam-macam research yg anda perlu buat. Gunakan Formula MAP. “Huh.. apa tu? Tak penah dengar pun”. Kalau tak tahu, boleh baca post ni..

Antara research yang anda perlu buat; kajian tentang pesaing, kajian audiens, kajian pemasaran yg efektif dan ada byk lagi. Anda kena tahu.. lain produk, lain ragam dia. Cara marketing setiap produk berbeza. Sebab itu, kita perlu buat kajian yang mendalam.

Lepas dah kenal siapa sasaran audiens, apa manfaat dan kelebihan produk, barulah kita boleh develop satu sistem sales funnel yang berkesan. InsyaAllah!

#6: KEDEKUT NAK INVEST DUIT MARKETING

Sebagai owner produk, anda perlu ada satu bajet khas untuk buat marketing, kalau produk anda bagus skalipun, tp x buat sbrg marketing, itu mmg totally failed! Anda bakal menutupi tirai bisnes anda..

Takde marketing takde traffic, bila takde traffic mcm mana nak dpt pelanggan? Sales tu dah confirm lah takde.. Jgn anggp marketing sebagai bebanan tp anggp dia sbgi pelaburan. Anda patut dpt keuntungan apabila melabur utk marketing.

Contohnya; margin untung produk anda ialah RM50, anda labur RM100, anda dpt traffic dan dapat close pelanggan seramai 4 orang, jd keuntungan bersih anda ialah RM100. Tu baru sehari, baru spend RM100. Kalau RM1,000? Kalau RM10,000? Kiralah sendiri.

Mcm mana pun, anda perlu tahu. Untuk permulaan jgn terus invest besar-besar, mula dgn kecik-kecik dlu. Dia ada proses, bila dah nampk jalan dah kena tune. Barulah anda invest besar-besar tp perlu jd bijak, jgn smpi rugi plak. Okay?

So..

Kalau anda tergolong dalam salah satu ‘spesis’ ni, minta insaf segera. Utk kebaikan bisnes anda juga. Ikutkan ada banyak lg, tp ni antara yg hardcore lah.

Ada kenal orang camni? Bantu la mereka.. Hoho

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *