7 Idea Content Marketing Untuk Tingkatkan Engagement di Fanpage

Memang x dinafikan yg content marketing ni sgt penting utk ‘tarik’ prospek utk beli secara halus…Mungkin bila dh terlalu byk ‘bagi’ content2, akan dtg satu ketika anda akn ketandusan idea apa nk ‘bagi’ prospek di page..

Jadi, disini Sifufbads just bagi anda 7 IDEA yg nampak simple TAPI boleh bantu tingkatkan engagement di page anda nnt..

Terus baca je gambar2 kt bwh jika dh sabar nk tau..

Sapa page dia dh ‘bersawang’ wajib baca post ni..

1# – LIVE FEED

Livefeed antara ‘tools’ yg mampu bantu tingkatkan reach di page dgn pantas berbanding cara2 yg lain..

Banyak jenis live yg anda boleh buat sebenarnya..Anda boleh buat live utk share tips, petua2..Atau pn demo produk..Dan yg lebih best skrg, buat sales melalui live..Ala2 tv show…

2# POLL POST

Poll post ni, post yg boleh anda engage dgn fans anda dgn cara yg mudah..Anda boleh create satu soalan yg simple..Kemudian wujudkan pilihan jawapan kat post tersebut…

Nnt..Sifufbads akan share-kan cara mudah utk anda buat poll post ni..berminat ke?

3# – TEKA TEKI

Anda jugak boleh tingkatkan relationship dgn followers2 anda melalui post teka-teki ni..

Contohnya..Anda boleh la main teka teki dgn audien..Dan anda boleh ‘umpan’ dgn apa2 hadiah utk galakkan mereka join teka-teka ni..Teka teki ni diibaratkan macam contest ler..

4# – UPDATE AKTIVITI

Selain tu, anda boleh ‘update’ aktiviti bisnes anda di page..Contohnya..gambar time packing2 produk, time pos produk ke..Kalo yg ada premis, mgkin boleh tunjukkan suasana dikedai..Dgn customer..Apa jer yg berkaitan dgn bisnes..Anda boleh update..

5# – TIPS/PETUA

Anda juga boleh share tips2 atau petua yg relevan dgn niche bisnes anda..

Katakan anda promote produk kuruskan badan..So, tips2 mestilah berkaitan dgn kuruskan badan..Jgn lak anda keluarkan tips2 yg ‘lari’ dari niche bisnes anda..

6# – Q&A

Anda jugak boleh buat post berbentuk Q&A..Post macam ni tak kira la bentuk bergambar ke atau video..Paling best, buat post Q&A dlm bentuk live feed..

Bila anda buat dlm bentuk live, ia akan bantu tingkatkan TRUST & CREDIBILITY anda dan produk anda..

Tak caya? Kena la cuba..

7# – SEEDING VALIDATION

Mesti ramai yg tertanya tanya..Apa kebondo Seeding Validation ni? Betul x?

Ok..Post Seeding Validation ni adalah post yg anda keluarkan utk bagi ‘HINT’ atau ‘CLUE’ tentang sesuatu perkara yg anda nak bagitau..

Contohnya..Anda nk keluarkan design baru utk baju kurung anda..So, di bahagian seeding ni..Anda buat la satu post yg berbunyi mcm ni..

BIRU ATAU MERAH?

Jika Kak Pah nk keluarkan design terbaru utk follower2 Kak Pah, color macam na yg uolls berminat? Biru atau merah?

Uolls pilih yg mana? Cuba uolls KOMEN kt bawah tu..Biru atau Merah?

TAPI..Bila settle baca dan dh taw, jgn lupa KOMEN “dh taw” yer..

Similar Posts

16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *