7 PESANAN PRO UNTUK TINGKATKAN REACH SERTA ENGAGEMENT VIDEO ANDA DI YOUTUBE CHANNEL
Dalam zaman digital marketing ni, kalo tak gunakan youtube channel, mungkin anda akan ketinggalan dan ditinggalkan pesaing bertiang-tiang jauhnya..Nak ke kena tinggal?
Kalo ikutkan info dari google pada tahun 2006, youtube antara carian tertinggi di internet..Tu tahun 2006, kalo skrg, 2018 lagi ler tinggi..Betul x?
Utk anda yang masih baru, youtube merupakan ‘jalan’ terbaik untuk anda bina brand awareness dan mudah untuk anda ‘connect’ dngn customer..Yg penting, video ni mudah tular…
KENAPA KENA GUNA YOUTUBE?
Kat sini, Sifufbads list-kan kenapa anda patut guna Youtube..Fakta ni mengikut study dari Digiday pada tahu 2015 taw..
- Ikut kajian, sebanyak 81.2% pengguna internet gunakan youtube.
- Lebih 98.3% pengguna berumur 18 ~ 24 tahun..Dan average time mereka spent adalah 10jam 15minit
- 300 jam video di-upload setiap minit
- Sebanyak 44% lelaki spend lebih masa berbanding wanita…
Jadi kali ni, Sifufbads akan kongsikan cara untuk anda dapat tingkatkan traffic ke youtube channel dan secara tak langsung tingkatkan sales anda..
7 TIPS TINGKATKAN REACH YOUTUBE CHANNEL
1# Konsisten
Untuk nampak anda konsisten dalam youtube channel tersebut, cuba posting 1 video at least 1 video seminggu..Konsisten ni bermaksud dari segi masa dan kekerapan..
Katakan anda ada banyak ‘stok’ video yg tak guna lagi..Cuba susun 1 mggu 1 post..Supaya ia nampak konsisten…
2# Invest pada Sound, Lighting dan Editing.
Untuk nampakkan video anda nampak lebih gempak dan menarik, ofkos anda kena invest kat sound, lighting dan editing..
Mungkin untuk starting, anda boleh dapatkan equipment untuk sound dan lighting dgn budget yg rendah dlu..Dan untuk editing, anda boleh guna software editing macam Adobe Premiere..Atau pun anda boleh guna software editing online sahaja..
3# Tetapkan Masa Yang Ideal.
Untuk bina trust dan engagement, anda boleh tetapkan panjang video antara 3 minit setengah hingga ke 4 minit..
Cuba masukkan content sepadat mungkin..Kalo terlalu lama, mungkin audien tak minat nak tonton video anda..
4# ‘Parking’ Stok
Sebelum anda launch channel anda, at least anda ‘packing’ 3 atau 4 video dalam channel anda..Supaya channel anda tak nampak ‘kosong’.
5# Sentiasa Guna Keyword2 Penting.
Seperti yg anda tahu, youtube merupakan 2nd largest search engine selepas google..Jadi, keywords carian anda kena letak dalam caption, tajuk dan description.
Pendek kata, optimize-kan youtube SEO.
6# Umpan Trailer di Platform yg lain..
Untuk tingkatkan reach, anda boleh umpan video trailer dalam 30 saat ~ 60 saat di platform lain seperti Facebook atau Instagram..
Anda boleh umpan mereka..Untuk tonton video penuh, boleh subscribe youtube channel anda..
7# Create Planning untuk Channel anda.
Untuk nampak konsisten dan smooth, anda kena buat planning..Setiap video mesti ada objektif dan target.
So, lepas ni anda boleh consider untuk gunakan Youtube channel dalam marketing strategy anda..Youtube antara platform yg terbaik untuk anda sebarkan brand anda..
Sape ni, masih belum ada youtube channel?