Bisnes Jatuh.. Kena Tipu.. So, Bagaimana Nak Bangkit Semula?

Bisnes Jatuh.. Kena Tipu.. So, Bagaimana Nak Bangkit Semula

Dalam perjalanan bisnes situasi spt diatas biasa berlaku..jatuh bangun dlm bisnes dah mcm rempah ratus resipi zaman berzaman…tak sah kalau tak jadi…elak mcm mana pun..terkena juga kan…apa2 pun kita kena bijak mengurus risiko spt ni…kena byk blaja dari pengalaman org lain…ada yg pernah terkena tak?..mesti ada kan…

So..Bisnes jatuh…apa nak buat? nangis? Give up? main biola tepi pantai? layan blues sambil karok lagu2 sedih? marah kat semua org? makan puas2 tanpa henti? jerit kuat2 sampai terkeluar anak tekak? adudu…mcm2….tp..apa2 pun yg terjadi..please..

JGN GIVE UP!

Jgn lama2 down…kena cepat bangun semula ! Dunia belum berakhir…selagi kita masih hidup..selagi itu tetap ada jalan..meh saya share tips dan transfer sikit aura2 semangat utk kita semua bangkit semula…jom !

REVIVAL YOUR PLAN NOW!

1)  SENYUM DULU

Haa..first step kena kasi senyum dulu, kasi lepas semua rasa yg terpendam, senyum dgn penuh ikhlas tau, kemudian pandang ke atas dgn penuh kesyukuran, Insyallah perasaan anda akan kembali tenang dlm masa yg singkat…cubalah !

2) KEMBALI SEMULA PADA ALLAH

Apa pun yg berlaku pasti ada hikmahnya, hny Allah yg tahu, audit semula perjalanan bisnes kita adakah mendapat rahmat dan barokah darinya? ubah mana patut..lakukan apa yg Allah suruh dan tinggalkan apa yg dilarangNya…kalau belum byr zakat…sila bayar dgn segera ! sucikan harta anda dgn kewajipan zakat !

3) CONTACT POSITIVE NETWORK

Hubungi mentor2 dan rakan2 bisnes yg positif, ajak diorang mengopi sama2, bncngkan agenda utk pacu ke hadapan, jadikan yg lps sbg pengajaran bersama utk lebih menikmati kejayaan yg lbh bsr.

4) JOIN GROUP BISNES

Wujudkan atau sertai kembali kumpulan usahawan yang boleh saling berkongsi maklumat, pengalaman dan semangat. Disini anda akan temui byk solusi dan jalan, manfaatkan chanel yg ada.

5) REVIVAL PLAN

Luangkan masa untuk merancang semula hala tuju bisnes. AWAS, jangan terlalu ‘over planning’! Rancang seminima mungkin terutama usaha yang boleh dilakukan dalam jangka masa pendek (1 – 3 bulan). Tangguhkan dahulu matlamat yang besar, sebaliknya bina dan kukuhkan kembali ‘tapak yang telah retak’. Dan yang penting adalah kita benar-benar jelas apa yang kita mahu dan apa yang akan kita lakukan.

6) CONTACT SEMULA DATABASE

Hubungi kembali subscibers anda melalui database yg ada spt whatsapp, sms, call or email list. Berikan mereka maklumat yang berguna dan berinteraksilah bersama mereka utk wujudkan semula ransangan urusniaga.Boleh ucap selamat atau offer sesuatu yg menarik pada mereka.

7) AKTIFKAN DIRI SEMULA DI MEDIA SOSIAL

Aktifkan kembali penulisan di blog dan facebook. Jika sebelum ini anda aktif dan kemudian mendiamkan diri, kembalilah ke sana kerana sudah pasti ramai yang sedang menunggu kehadiran semula anda.

8) TERUS JALANKAN MARKETING

Marketing adalah nadi pntng sebuah bisnes, kembali konsisten dalam melakukan pemasaran produk dan perniagaan anda, bina strategi marketing autopilot yang akan terus beroperasi tanpa perlu kita melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali.

9) KUATKAN TEKAD, BULATKAN HATI

Perkara paling penting adalah utk terus berusaha tanpa ada rasa mahu berputus asa. Kali ini, sematkan dalam diri bahawa anda tidak akan mudah mengalah lagi! Teruskan perjuangan anda smp jadi !

Hidup di dunia adalah satu perjuangan. Mahu tidak mahu kita perlu terus berjuang. Kita bukan hidup keseorangan dan untuk mengenyangkan perut sendiri sahaja, tetapi kita ada ibu, ayah, isteri, anak-anak dan keluarga yang perlu disara. Kita perlu berani bangkit kembali dari kegagalan untuk terus berjuang.

Maka jadilah seperti orang yang dijelaskan Rasulullah SAW ( Mohon Selawat ) dalam salah satu hadisnya iaitu :

“Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”

Ayuh..Kita Bangkit Bersama !

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Ahmad Tamren Sachiman says:

    thanks bro. byk membantu. business saya kena scam dgn org berpangkat dato. bangkit!

Leave a Reply to Ahmad Tamren Sachiman Batalkan borang respon

Program @ Sifufbads

19/01/2019
ROI Chapter
IDCC, Shah Alam

13/01/2019
Missing Chapter Reloaded
IDCC Shah Alam

29/09/2018
HIIM Premier
IDCC Shah Alam

Follow Instagram @sifufbads

  • Zaman sekarang ni tak boleh bergantung pada satu platform je
  • Jika SifufBads nak wujudkan spesifik modul IG ADVERTISING! Yg bakal
  • Ilmu takkan kejar kita kita yang kene kejar ilmu Kalau
  • Audiens selalu curang? Dulu tiap2 hari like post siap komen
  • LIVE  JIKA arini pukul 230 PM live special dari
  • NAMANYA SELARI DENGAN ACTION ITULAH DIA DJ FUZZ! FUZZ ACTION
  • LAUNCH  FINALLY MCIG MISSING CHAPTER  IG ADVERTISING TELAH
  • LAUNCH  FINALLY MCIG MISSING CHAPTER  IG ADVERTISING TELAH
  • LAUNCH  FINALLY MCIG MISSING CHAPTER  IG ADVERTISING TELAH
MISSING CHAPTER IG ADS
MISSING CHAPTER IG ADS

Ketahui 5 Sebab kenapa Anda Patut Mulakan Instagram Advertising Tahun 2019 Ini, Atau Terus Biarkan Bisnes Anda “Tertinggal”Isi Form di Bawah Sekarang!