5 IDEA BAGAIMANA HASILKAN INSTAGRAM BIO YANG PROFESIONAL

Instagram profile anda memang teramat penting dan merupakan 1st impression audience anda pada brand anda..Di bio ni la peluang untuk anda sediakan link yang boleh diklik oleh audience..

Instagram jugak dah bagi ‘green light’ pada anda untuk tunjukkan siapa anda, apa yang anda offer, kenapa audien perlu pilih anda dalam 150 perkataan..Jadi, antara idea dan tips yang Sifufbads boleh bagi hari ni adalah..

1# Gunakan Emoji

Untuk nampak lebih menarik di profile anda..Cuba anda ‘hias’ dengan icon2 emoji..Tapi pastikan emoji tersebut relevan dengan apa yang anda nak sampaikan..Dan relevan dengan brand anda..Sebagai contoh, anda boleh refer insta FAME Cosmetics HQ..Dan penting, pastikan emoji tersebut mudah difahami audience..

2# Letak Spacing dan Line Break

Bila anda gunakan spacing dan line break, ia mudah untuk pelawat anda ‘scan’ apa yang anda highlight-kan..Sebagai contoh, anda boleh refer ig Marshmallowscaft..Mungkin layout bio tak sama bila anda lihat kat mobile dan website..

3# Masukkan Call-To-Action (CTA)

Jika anda nak direct menjual dari bio, anda boleh masukkan call to action..Sebagai contoh untuk tarik audience ke website..Ini yg dibuat oleh Color Blast Closet..Disini, jika anda letak link website atau pun link wassap..Anda boleh track bape banyak trafik yang masuk ke website atau whatsapps untuk membeli dan sebagainya..

Call to action bergantung pada objektif anda..Kalo untuk menjual, mungkin anda boleh link ke website..Kalo untuk naikkan followers..Mungkin mintak audience anda follow ig anda…

4# Masukkan info berkaitan bisnes anda..

Anda boleh masukkan nombor phone anda, waktu operasi, email..Dan lain2 yang berkaitan dan yang anda rasa ingin masukkan..

5# Highlight apa yang special tentang bisnes anda..

Ni antara point terpenting, anda kena highlight apa yang special pasal bisnes yang audience anda patut tahu..Disini, anda boleh highlight-kan apa USP anda..Apa positioning anda..Apa bisnes yang anda buat..Jika anda buat service..Apa service yang anda sediakan..Pendek kata, highlight-kan tentang apa yang orang perlu tahu..

Jadi..Dengan bio instagram ni, anda mampu bagi 1st impression pada audience anda tentang bisnes anda dalam 150 perkataan atau kurang dari itu..

Apa lagi yang nak tahu tentang instagram, boleh drop kt komen..Mana tahu, Sifufbads boleh sediakan posting untuk anda next time..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *