RASA GERAM BILA TENGOK PESAING SUKA TIRU IDEA BISNES ANDA?

Korang pernah tak rasa macam pesaing selalu je nak tiru bisnes kita? Memang stress, kan? Sakitnya hati!

Tenang.. bukan korang je yang pernah terkena. Dalam bisnes, itu normal. Tapi, kita tak boleh duduk diam je.

Kita perlu buat sesuatu. Saya ada strategi bagaimana nak deal dengan pesaing-pesaing yang suka tiru bisnes kita. Jom baca kalau nak tahu..

Kenapa pesaing suka tiru kita?

Sebelum itu, kita start dengan soalan ni dulu.. kenapa lah pesaing suka sangat nak tiru bisnes kita? Well, sebenarnya ada beberapa sebab.

Pertama, kalau bisnes kita berjaya, diorang nampak macam mudah je nak ikut je kita punya formula. Jadi diorang pun tiru, harapkan dapat result yang sama.

Kedua, mungkin diorang tak dapat nak fikir idea baru, so diorang rasa senang je tiru bisnes orang lain, “Tak payah pening kepala fikir benda baru. Kita tengok je apa yang diorang buat, lepas tu tiru je.” 

Tapi, yang penting, jangan stress sangat pasal ni. Ada cara nak handle benda ni, kita explore satu-satu.

#1: Pelbagaikan Produk Atau Servis

Salah satu cara paling efektif nak pesaing tak boleh tiru bisnes kita ialah dengan pelbagaikan produk atau servis yang kita tawarkan.

Cuba fikir.. kalau kita ada satu produk bestseller, kenapa tak cipta lagi produk yang lain-lain? Yang relate dengan bisnes kita, sasarkan untuk target audience yang baru.

Contoh, kalau kita jual baju, jangan hanya jual satu jenis baju je. Pelbagaikan la koleksi baju. Ada yang suka formal, ada yang suka kasual, ada yang suka bajet, dan ada yang suka yang exclusive. Jadi, kalau pesaing nak tiru satu jenis baju je, diorang takkan boleh compete dengan kita sebab kita ada pelbagai pilihan.

Bila kita pelbagaikan produk atau servis, kita bukan saja dapat tarik pelanggan yang berbeza-beza minat, tapi juga buat pesaing susah nak predict apa yang kita akan buat seterusnya.

#2: Jaga Pelanggan Setia

Kita mesti bina dan jaga customer yang loyal dengan kita. Dorang akan terus dengan kita walaupun ada pesaing yang suka tiru. Jadi, kita kena pastikan pelanggan kita happy dan puas hati.

Bagi diorang servis yang terbaik, dengar apa yang diorang nak, dan terima feedback dorang dengan hati terbuka.

Kalau diorang datang ke kedai kita, senyum je, jangan masam muka pula walaupun tengah bad mood. Dengar apa dorang nak dan cuba bantu. Ingat, customer always right!

Penting juga nak sentiasa keep in touch dengan pelanggan di sms,whatsapp, emel. Tak kira la korang jual produk apa, ada la cara nak contact dorang.

Dalam zaman sosial media ni, senang je kan? Semuanya online. Korang dapat share update produk baru, share info dengan pantas kepada diorang.

Jangan lupa appreciate dorang. Boleh la bagi diskaun, hadiah percuma, atau tawaran istimewa untuk pelanggan setia. Bila dorang rasa dihargai, diorang akan terus support bisnes kita.

Ingat, customer yang puas hati akan datang lagi dan mungkin ajak kawan-kawan diorang. Jadi, jaga pelanggan dengan baik-baik!

#3: Mantapkan Branding

Kita kena kuatkan branding kita supaya orang tak boleh lupa kita. Branding yang kuat akan buat pesaing susah nak tiru. Jadi, buatlah logo, tagline, dan identiti bisnes yang tersendiri.

Contoh, kalau kita tengok logo MCD, kita terus teringat “I’m lovin’ it,” kan? Macam tu juga dengan bisnes kita.

Bila orang sebut nama bisnes kita, terus terbayangkan ciri-ciri unik kita.

Pastikan branding kita unik, mudah dikenali, dan berkait rapat dengan apa yang kita jual. Bila orang tengok logo kita, orang terus tahu, “Eh, ni bisnes yang aku pernah dengar!”

Kita juga boleh guna sosial media untuk branding. Post gambar produk, share cerita bisnes kita, dan interaksi dengan pelanggan. Bila kita aktif dalam sosial media, brand kita nampak lebih hidup.

So, jangan abaikan branding! Ianya akan buatkan pelanggan selalu ingat kita dan susah untuk pesaing tiru.

#4: Tingkatkan Kualiti Produk dan Servis

Biasanya, pesaing yang suka tiru akan cuba tiru produk kita, dan jual dengan harga yang lebih murah. Tapi, kita tak payah panik. Kita boleh fokus pada kualiti.

Pastikan apa yang kita bagi kepada pelanggan memang berkualiti. Kalau customer suka dengan produk kita, mereka akan repeat order lagi. Susah la pesaing nak compete.

Kita kena dengar feedback customer untuk tambah baik bisnes kita. Kita perlu tahu apa yang dorang suka atau tak suka. Kalau ada masalah, cepat-cepat settlekan dan improve.

Bayangkan lu jual burger. Kalau burger lu sedap gila, juicy, dan sentiasa fresh, orang akan ingat burger lu. Orang tak kisah la kalau ada pesaing yang cuba tiru, sebab dorang dah tahu burger kita memang padu!

Tapi kalau burger lu pelik, rasa macam plastik, confirm pelanggan akan lari ke pesaing. Kalau kita nak pesaing susah nak tiru, kita kena pastikan apa yang kita bagi kepada pelanggan memang terbaik.

Jangan gunakan strategi harga murah. Boleh je kita jual dengan harga berpatutan, tapi jangan main harga. Kalau kualiti terbaik, pelanggan rela bayar lebih. Pelanggan akan sentiasa support kita, walaupun ada pesaing yang suka nak tiru. Kualiti adalah kunci untuk kita win dalam jangka panjang.

#5. Jadi Expert, Kongsi Ilmu Dan Pengalaman

Apa yang maksudnya jadi expert? Bukanlah kita kena tau semua benda, tapi hanya berkongsi ilmu dan pengalaman kita dengan orang lain.

Bila kita kongsi, kita bukan saja bantu orang lain, tapi juga orang pandang kita macam pakar, dan diorang akan percaya apa yang kita cakap.

Ini dapatkan tingkatkan personal branding kita! Pesaing takkan mampu nak tiru personaliti dan karakter kita.

Macam mana nak jadi expert? Kita kena belajar secara konsisten, terus update diri dengan ilmu baru, dan praktik apa yang kita belajar tu dalam bisnes kita.

Bila kita ada pengetahuan yang luas, orang akan datang cari kita untuk belajar. Kita dah jadi macam seorang guru atau mentor.

Kita boleh buat seminar atau workshop. Boleh ajar kat universiti atau kolej. Boleh tulis blog atau buat video tutorial. Boleh join forum atau group dalam bidang kita.

Yang penting, kita kena ada semangat nak ajar dan kongsi.

Jadi lebih ramai orang semakin kenal kita. Maknanya, kita makin recognizable dalam industri.

Lagi ramai kenal kita, lagi banyak pintu peluang yang akan terbuka. Mungkin kita akan dapat jemputan untuk jadi speaker dalam event, penulis dalam artikel, atau jadi rakan kongsi dalam projek.

Bila kita kongsi ilmu dan pengalaman, kita pun boleh jadi lagi kuat dalam market bisnes kita,

Pesaing takkan boleh tiru ilmu dan pengalaman tu dengan senang. So, kita akan sentiasa jadi unik!

Korang boleh faham ke ni?

Inilah antara strategi yang korang boleh apply untuk tundukkan pesaing korang.

Pesaing suka tiru bisnes kita memang tak boleh dielakkan. Itulah yang kita perlu terima. Kita hanya boleh cari peluang baru untuk upgrade bisnes kita.

Dengan strategi yang saya share tadi, kita boleh buatkan pesaing terkejut tengok bisnes kita sentiasa on the top, dan tinggalkan mereka.

Jadi, kalau ada pesaing nak tiru, kita senyum je lah! Hihihi..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *