Rezeki Bisnesku Masih Sangkut!

Rezeki Bisnesku Masih Sangkut

Ramai yg bertanya kepada Sifufbads..

“Sifufbads, dah macam2 kelas sy dah join..Tapi, sales saya masih sama…apa yg tak kena dengan saya?”

Ya..bukan anda sorang rasa macam tu, ramai lagi diluar sana yg rasa benda yg sama…

Dah macam2 cara, strategi dan teknik anda buat..

Tapi…

Ntah kenapa…pergerakan bisnes masih tersangkut sana sini….cashflow company hampir negatif…staff dan partner pula buat hal…kena tipu dgn client…dan mcm2 lagi…makin diusahakan tapi makin tenat…tapi hasilnya masih serba kekurangan…siapa kat sini ada rasa mcm tue juga?

Mesti ada kan…tapi sure ramai yg tak nak ngaku punya….xpa2….mari kita sama-sama audit diri utk lihat apa lagi yg missing dlm hidup kita…mana tahu…itulah part yg kita perlu perbaiki utk tingkatkan semula taraf perjalanan hidup…

Tidak semestinya point2 ini merupakan sebab mutlak punca rezeki kita masih tersangkut kerna sudah pastinya soal rezeki itu adalah rahsia Allah, namun sbg hambaNya, kita harus sama-sama sentiasa muhassabah diri lihat point mana yg boleh kita perbaiki…

Lets Audit !

#1: Lupa Tanggungjawab pada Ibu Bapa

Ibu bapa kita merupakan keramat hidup, berbaktilah pada mereka untuk mendapatkan keberkatan dan rahmat dari Allah, kerna Allah yg suruh kita berbuat baik pada ibu bapa. Jika anda ada buat salah dgn ibu bapa, mohon cepat2 minta ampun pada mereka, dan mulalah berbakti pada mereka, luangkan masa2 anda utk mereka serta gembirakan hari2 mereka.

#2: Kedekut Nak Bersedekah

Kedekut ibarat sikap yg menyekat aliran laluan rezeki, dimana apabila anda menahan pengeluaran duit utk manfaat dan hak org lain, maka rezeki baru anda juga susah nak masuk ke dalam aliran tersebut. Kerna dalam rezeki kita ada hak org lain juga, kongsikan bersama, Yakinlah Allah pasti tambahkan rezeki yg lebih besar utk kita apabila kita suka bersedekah dan berkongsi

#3: Suka Komplen ( semua orang tak betul )

Sikap suka menyalahkan org lain adalah satu sikap yg sgt buruk, ia ibarat kita menyekat rezeki dgn byk menyalahkan orang lain saja, apabila banyak menyalahkan orang lain, jadi ramai yang mula menjauhkan diri dari kita dan kita sendiri akan banyak bersendirian kerana tidak boleh bekerja dalam kumpulan dan masyarakat. Berada sendirian tidak akan menjadikan rezeki kita masuk dgn baiknya.

#4: Bergaduh dgn adik beradik ( putuskan sillaturrahim )

Mungkin juga kita ada perselisihan faham dan bergaduh dengan ramai orang terutama dgn adik beradik sndr, so, hubungan sillaturrahim yg terputus ini mengurangkan keberkatan dalam hidup kita utk aliran rezeki keluar masuk dalam hidup kita. Jadi, mana2 yg sedang hadapi krisis dgn pelbagai org, marilah kita sama2 perbaiki hubungan menjadi lebih baik dan eratkan semula ikatan sillaturrahim yg terputus itu.

#5: Pengotor

Bersikap pengotor bukan saja dari segi tingkah laku dan fizikal, tapi turut melibatkan soal dalaman iaitu seperti bercakap kotor, hati kotor dan berfikiran kotor dimana ia melibatkan pemikiran negatif yang mencemarkan aliran rezeki utk masuk. Jadi, haruslah kita sentiasa bersikap positif dan sentiasa membersihkan diri dari dicemari oleh attitute kotor dan busuk.

#6: Solat ala Kadar ( Doa ala kadar )

Allah yang Maha memberi rezeki, Allah jua memiliki segala khazanah di muka bumi ini. Dia berhak memberikan rezeki kpd siapa shj yg dikhendakiNya, maka jaga hubungan dgn Allah, lakukan apa yg diperintahNya dan tinggalkanlah apa yg dilarangNya. Dirikanlah solat dgn penuh tanggungjawab dan berdoalah sungguh2.

#7: Malas (Suka Buang Masa

Sikap malas dan bertangguh byk membunuh masa kepada perkara sia-sia, bagaimana rezeki mahu diatur masuk jika sikap kita sendiri yg malas berusaha, sdgkan Allah sudah nyatakan dgn jelas, Barangsiapa yg berusaha, pasti akan mendapat hasilnya, andai anda malas, hasilnya juga adalah hasil yg malas.

#8: Tak ingat Mati (tak bersedia utk mati)

Mengingati mati mampu membuatkan kita lebih kuat berusaha untuk membentuk sesuatu yg bermanfaat sebagai bekalan abadi kita diakhirat nanti, Allah akan melimpahkan rezeki dgn rahmatNya apabila kita melaksanakan sesuatu yg mampu memberi manfaat kpd ummah.

#9: Tak Sabar (cepat melenting dan marah)

Sikap tak sabar dgn cepat melenting dan mudah marah membuatkan hidup kita tidak tenang serta serba tak kena. Sikap tergopoh gapah ini biasanya akan memakan diri semula apabila byk perancangan yg dirancang dalam keadaan yg tegang akan membuatkan hasilnya juga serabut dan teruk.#10: Susah nak Senyu

Senyum itu rezeki, pemudah bicara, dan membuatkan org lebih mudah suka dgn kita. Malah ia mampu membuatkan kita lebih mesra berurusan dgn ramai org. Hubungan mesra dgn ramai org mampu membuatkan aliran rezeki kita bertambah laju kerana Allah pastinya memberikan kita rezekiNya melalui orang lain.

#11: Berdendam (Sukar nak maafkan orang)

Jika anda berdendam dan susah nak maaf kan orang, mulai hari ni,anda kena start maafkan orang yg pernah buat anda marah..Tipsnya mudah jer, tiap malam sebelum tido, anda belajar maafkan orang yg pernah menyakiti anda..InsyaAllah, anda akan mula nampak perubahannya…

Cuba lihat semula diri kita…

Kita ni jenis yang macam mana? Di mana kekurangan & kelebihan kita? Dari situ kita akan dapat tahu siapa sebenarnya diri kita, apa yang kita perlu buat di dunia ini dan ke mana kita akan pergi selepas ini. Dengan cara ini, kita tak akan lupa diri, sombong, berlagak dan lain-lain..

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda…

 

Similar Posts

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *