‘TARGET MARKET’ – RULE NO. 1 DALAM MARKETING!

Inilah kunci utama yang paling penting dan kritikal, dalam kempen marketing kita! Kalau fail part ni, pastinya akan fail juga strategi marketing kita!

Serius.. jangan run iklan selagi kita tak buat kajian target market ni! Confirm rugi!

Jom kita explore 5 perkara penting yang korang kena faham pasal target market ni.

1# KENAL PASTI SIAPA TARGET MARKET

Tahu dari segi demografinya, geografinya, psikografinya, dan sosiografinya ..

Dari segi demografi.. Macam umur diorang, jantina, pendapatan, jawatan dan semua benda basic tu lah.

Kemudian, kaji geografi diorang. Lahir di mana? Kerja kat mana? Tinggal kat kawasan mana? Selalu lepak kat mana?

Lepas tu, fahamkan psikografi diorang. Apa minat, impian, masalah, ketakutan dalam kehidupan diorang?

Last sekali, sosiografi diorang. Apa hubungan diorang dengan kita? Followers? Customer? Lead? Client? atau repeat customer?

Bila tahu semua data ni, korang boleh target diorang dengan lebih tepat.

2# MENDALAMI EMOSI TARGET MARKET

Gali dalam lagi tentang psikografinya, sampai betul2 faham problem, fear, dream, need, inspiration-nya

Fahamkan betul-betul apa masalah, ketakutan yang diorang sedang hadapi.. apa yang diorang nak, perlukan.. dan, apa yang buatkan diorang terinspirasi untuk beli produk kita.

Bila korang faham benda ni, baru korang boleh bagi produk atau servis yang betul-betul matching dengan diorang punya kehendak dan keperluan.

3# PECAHKAN TARGET MARKET

Kaji target market category of need nya.. setiap target market ni, ada keperluan dan kemahuan yang berbeza. Jadi, kita perlu bagi offer yang berbeza.

Setiap audience ni, ada need atau sebab utama yang dia mahu, yang kita boleh manipulate untuk tarik diorang dalam marketing.

Kat sini, boleh buat pemecahan audience (audience segmentation), yang boleh jadikan marketing plan kita lagi powerful.

4# ANALISIS PRODUK COMPETITOR

Observe experience target market ni dengan produk2 dari existing seller, atau brand terdahulu/semasa..

Tujuannya? Fahami what people actually want! Perceived value…

Boleh buat survey.. tanya apa brand atau produk yang diorang pernah guna, apa perasaan lepas guna produk tu, minta feedback apa yang diorang nak sebenarnya.

Dari data ni, ianya boleh bantu kita bina produk yang ada demand, plan strategi marketing yang lebih berkesan!

5# KAJI TARGET MARKET DEMAND

Kenal pasti customer value yang sebenarnya dimahukan oleh audien! Ini kena ‘blend’ dalam ‘marketing menu’ kita.

Kita kena kaji.. apa yang dia cari? Kualiti yang terbaik ke, harga yang berpatutan ke, servis yang friendly ke?

Kita kena tahu value yang dia cari, baru la kita boleh sediakan offer yang padu!

Boleh faham ke ni?

Dah buat semua ni, kita baru boleh consider nak ke proses marketing seterusnya..

Kalau semua ini, korang betul2 prepare, betul2 paham, marketing jadi senang.. Menjual juga jadi senang.. insha’Allah!

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *