Tips Bagaimana Menulis ‘Headline’ Pada Gambar Iklan di Facebook
Dalam penulisan ayat iklan, orang tertarik untuk membaca disebabkan TAJUK/HEADLINE..
Betul tak? Kita sendiri akan baca ayat-ayat iklan apabila kita tertarik dengan tajuknya terlebih dahulu..
Ada pakar kata, 65% orang melekat dengan sesuatu iklan disebabkan tajuknya..
Ada yang kata 70%..
Kita amek 70% la..
..
Ingat tak masa anda baca HARIAN METRO? Pasti anda akan SCAN tajuk-tajuk berita yang dipaparkan terlebih dahulu. PILIH tajuk yang menarik, baru baca selebihnya..
Betul tak apa saya kata ni?
Lepas baca tajuk menarik, barulah anda akan STOP, dan mula baca ayat intronya…
Contoh ala-ala tajuk metro..
“NENEK 90 TAHUN BERNIKAH DENGAN JEJAKA 25 TAHUN”
“5 KAMBING DICULIK OLEH 3 LELAKI VIETNAM”
“RETIS BARU, ALIP BASKET LUPA DIRI!”
Orang akan singgah bila tajuknya menarik perhatian mereka!
Sama juga dalam fbads…
Headline tak menarik, orang tak singgah..
Mungkin mereka dah lihat gambar iklan anda, tapi jika mereka tak teruskan baca ayat iklan anda walaupun..
- Offer anda power.. memang rugi siapa tak dapatkannya!
- Produk anda sangat bagus.. meletop di pasaran!
- Ayat anda sudah memukau.. orang terus beli, tak fikir dulu!
.. takde gunanya, jika audien tak membacanya!
Kenapa mereka tak baca? Sebabnya HEADLINE iklan anda tak menarik perhatian mereka…
Anda tahu tak apa sebenarnya fungsi headline ni?
Headline berfungsi sebagai;
- Penarik perhatian – Untuk menarik perhatian audiens supaya berhenti dan baca isi kandungan ayat iklan anda SAMPAI HABIS.
- Pemikat emosi yang pertama – Audiens rasa rugi jika tak dapatkan produk anda, lebih-lebih lagi jika anda guna headline jenis Urgency.
- Pemanggil audiens – Untuk panggil dan TAPIS audiens yang berkaitan sahaja. Yang takde kaitan, boleh baca post lain..
- Penyokong gambar iklan – Untuk SUPPORT gambar iklan, supaya mesej iklan dapat disampaikan kepada audiens dengan lebih berkesan.
Dalam fbads marketing, headline boleh ditulis dalam 2 bentuk;
- Headline pada AWAL IKLAN anda.
- Headline pada GAMBAR IKLAN.
Anda boleh guna mana-mana bentuk headline yang anda nak..
Ni nak bagitau sikit..
Dalam satu buku terawal fbads marketing yang pernah saya baca pada 2011..
Headline pada gambar adalah LEBIH TINGGI kuasa pukaunya berbanding headline pada ayat iklan..
Antara KELEBIHAN letakkan headline pada gambar adalah;
- Anda akan dapat sampaikan mesej iklan lebih pantas.
- Audiens akan lebih cepat faham mesej yang disampaikan dalam sesuatu iklan.
- Sudah pasti, post iklan anda akan lebih beremosi.. lebih nampak hidup!
- Audiens akan luangkan lebih masa pada gambar.
.. tapi, bukan mudah juga nak tulis pada iklan ni.. sebabnya;
- Ayat kena UNIK.
- Ayat kena relevan dengan GAMBAR.
- Ayat kena relevan dengan AUDIENS.
- Ayat ditulis dengan FONT yang bersesuaian dengan gambar, produk, dan intonasi gaya bahasa.
Tips untuk menulis ayat headline pada gambar;
- Fahami prospek anda sedalam-dalamnya terlebih dulu.
- Tahu gaya bahasa yang mereka gunakan.
- Tulis maksima 3 row, huruf rapat-rapat.
- Rajin-rajinkan la diri tengok iklan billboard yang bagus.
- Jaga kesesuaian size font, jangan lebih 20%.
Lagi.. jangan lupa buat split test! Buat beberapa versi headline, lihat mana yang paling berkesan dan paling banyak klik..
..
Takde idea nak tulis headline yang macam mana..?
Anda boleh gunakan 11 jenis headline seperti contoh di bawah..
- SOALAN – “BOSAN DGN JAM DINDING YANG BIASE-BIASE JE?”
- MANFAAT – “NAK TAHU CARA BINA BADAN BEROTOT DGN CEPAT & PANTAS?”
- RAHSIA – “RAHSIA BAGAIMANA DPTKAN WAJAH LICIN DLM TEMPOH 7 HARI TERBONGKAR!”
- TESTIMONIAL – “SUKA JUBAH DARI QERNA DHIA SEBAB DESIGN KORANG MEMANG RARE DAN STYLO!” ~ Amira, QDLovers
- FAKTA – “BETUL KE?: 70% ORG BACA IKLAN KERANA “TAJUK”…”
- BERITA – “COMING SOON: 1ST VENDOR BOUTIQUE IN BANGI!“
- REKOMEN – “MYQALAM4KIDS NI MEMANG THORBAEK LA!”
- MASALAH – “MUKA BERJERAWAT? MALU NAK JUMPA ORG?”
- WARNING – “JANGAN DPTKAN MESO JIKA BADAN ANDA DAH SADO!”
- OFFER – “HARINI AJE SIS!: SPECIAL PRICE, BELI JUBAH + FREE SHAWL!”
- STORY – “BADAN JADI FIT AKIBAT MESO“
Pilih mana-mana jenis headline di atas, kemudian gunakannya ikut kreativiti masing-masing.
.. dan juga, anda perlu tulis headline yang bersesuaian dengan produk, audiens dan gambar yang digunakan. Sediakan dulu dalam 10 template headline, kemudian sesuaikannya dengan gambar. Buat split test, lihat headline mana yang paling banyak hasilkan klik. CHECK report fbads..
Kekalkan headline yang paling banyak hasilkan klik. Apabila klik mula berkurangan, tukar pula headline yang baru.. camtu cara nak lihat headline mana yang berkesan.
FAHAM?
Faham sifu,
tengs 🙂
Tq sifu.
Memang betul Headline kena gempak baru dapat tarik minat pembaca.
sama2 tuan 🙂
Terima kasih atas info yang best ni…nak kena buat banyak latihan buat headline ni
betul tuan, nak menulis ni kena banyak buat latihan
ye headline memang sangat penting dalam ilmu copywriting ni..
jika tak ada orang baca headline maka sia2 lah ayat iklan anda yg lain tu ..
FAHAMM SIFUUU…terima kasihhh Sifu
Faham amat sifu ^_^
Sifu boleh tolong bagi tips atau formula buat headline untuk ‘Like Marketing’ page tak?
Terima kasih 🙂
Konsep sama je. Cuma tambah call to action suruh org like. Cth, “Klik LIKE jika anda mahukan kulit licin dan putih berseri2..”, “Anda wanita yg inginkan body yg slim dan look hot? Klik LIKE jika YA!”
Maaf sifu Usp tu apa ya
Unique Selling Proposition 🙂 Baca lebih lanjut di sini https://sifufbads.com/blog/tips-tips/kepentingan-unique-selling-proposition-usp-dalam-bisnes-2/
Sifu, jika headline tu lbh 20% tk kena flag ke?
mcmne nk buat Headline lbh 20% tpi tk kena flag?
terima kasih Sifu
Boleh check menggunakan FB Grid Tool di sini 😉 https://www.facebook.com/ads/tools/text_overlay
Sifu, jika headline tu lbh 20% tk kena flag ke?
mcmne nk buat Headline lbh 20% tpi tk kena flag?
terima kasih Sifu
*Maksud sye Headline pada gambar.
Boleh check menggunakan FB Grid Tool di sini 😉 https://www.facebook.com/ads/tools/text_overlay
Sifu.. Nak tanya, kalo saya wat headline cara sifu ni tapi x menggunakan fb ads dan post selain fb ads, akan berjaya juga ke?
Kena buat split test. Ini antara headline yang dh proven. Boleh cuba. Tak jadi? Buat headline lain pulak.
kalau nak promote gambar tentang event yang kita buat pula? macam mana ?