Saya Ada 2 Page, Nak Gabung Boleh Ke?
Jawapannya… Boleh…
Sebahagian dari kita ada yang mempunyai beberapa page yang digunakan untuk jalankan fb marketing. Kadang-kadang tu, hanya 1 atau 2 page je yang aktif. Yang lain tu, tak buat ape pun. Jarang log in, jarang buat posting. Jarang buat posting, bermaksud ENGAGEMENT akan jadi rendah tau. Sudahnya, page jadi ‘berhabuk’ dan ‘bersawang’.
So, daripada biarkan page yang dibiarkan tu terus sepi, gabung atau ‘merge’ kan je dengan page yang aktif.
Tapi sebelum tu, ada beberapa syarat yang perlu anda tahu dan faham:
- Anda MESTI admin bagi kedua-dua page tersebut.
- Page mesti mpunyai nama yang sama atau sekurang-kurangnya hampir sama.
- Page yang ingin digabung mesti berkenaan bisnes/produk yg sama.
- Kalau ada kedai/premis, alamat yang diletakkan kat bahagian info page tersebut, mesti sama.
Faham dah syarat-syarat kat atas ni?
Ok, jom gi ke next steps.
Langkah 1
Klik ke link ni –> facebook.com/pages/merge
Langkah 2
Apabila anda klik link kat atas ni, satu pop-up akan keluar dan meminta anda untuk masukkan password account fb anda. So, isikan, ye..
Langkah 3
Selepas masukkan password, anda akan dibawa ke halaman baru untuk pilih 2 pages yang anda ingin gabungkan. Ada dropdown menu yang ada semua list page business. Masukkan nama page yang anda ingin kekalkan di kotak pertama, serta page yang anda ingin gabungkan dalam kotak kedua.
Page yang anda ingin gabungkan (kotak 2) akan di-delete serta tidak boleh dapatkan semula page tersebut. Jadi, fikir masak-masak dulu sebelum merge page tersebut.
Klik ‘Merge Pages’..
Nota : Page yang anda ingin gabungkan (kotak 2) akan di-delete serta tidak boleh dapatkan semula page tersebut. Anda akan kehilangan semua posting termasuk gambar yang terdapat pada page yang ingin digabungkan.
Langkah 4
Seterusnya, tick-kan bahagian seperti dalam gambar, Klik ‘Send’.
Langkah 5
Anda dapat lihat status dan history untuk semua permintaan anda.
Begitu sahaja caranya. Simple je tutorial ini.
Jika ada sebarang soalan, sila komen di bawah ye..
aduhh tq sifu dah lama cari ni baru jumpa tutorial tq tq sangat2 hargai
adakah lepas merge jumlah like akan bergabung dan bertambah?
jumlah followers akan bertambah.. Tapi bukan 100%
kalau LIKES pun semua kena delete Sifu Jamal? Kena start baru ke?
likes akan bertambah, tapi tak semua likes akan campur..
Kalo page nama lain2 ble merge gak ker?? Sy pernah cuba tp xboleh. Hanya nama yg sama jer bole… betul ke?
betul, hanya page yang sama nama je boleh merge..
terima kasih atas panduan lama dah cari baru jumpa ada banyak page tapi lain2 tak boleh juga kan sifu nak gabung
SIfu, kenapa bila tukar nama Page 2 lebih kurang sama dgn Page 1, bila nak merge, select Page 2, page tu xkeluar dlm selection?
Betul tu nak bantuan juga
Terima kasih sifu, lama dah cari akhirnya dpt juga tips ni.
assalamualaikum sifu
sya ada dua page selama ini, namun semalam page saya yang ramai likes hilang dan tak boleh nak buka
macam mana sy nak dapatkan balek?
itu kena tanya fb.
Assalam..sifu sy x dpt buat fb ads sbb payment method x dpt buat.. selalu ok tp baru2 ni x dpt buat. Mcm mn yea sifu?
tq sifu 🙂
Dapat alert, ” too far apart”.tak boleh merge
Terima kasih untuk info. Kalau group boleh merge ke sifu ?
Macam mne nak merge kan friends dlm fb personal ke dlm page kite?
maaf nk tye, dah merge, ktenye “merge requested the merge” diaa amik berapa mase lamaenye nk siap??
maaf nk tye, dah merge, ktenye “merge requested succesfull.” diaa amik berapa mase lamaenye nk siap??
Assalamualaikum.. Sy dh buat ikut step merge.. Tp kedua² jd unpublished dh 5 hari dh.. Mohon bantuan ya sifu ???
Salam sifu. Saya ada soalan, kalau kita merge kan fb kita, adakah followers dan likes page yg kita nak merge kan tu akan hilang sekali?