Tutorial Canvas Ads

Dalam posting sebelum ni, Sifufbads ada tunjukkan bagaimana korang boleh tambah channel closing untuk produk atau bisnes korang melalui FB Canvas. Untuk korang terlepas posting sebelum ni, korang ulangkaji balik bagaimana nak buat FB Canvas kat video tutorial dibawah ni.

https://www.facebook.com/sifufesbukads/videos/1466520543401643/

 

Ok..Yang diatas tadi adalah tutorial cara nak buat FB Canvas..Sekarang, Sifufbads nak tunjukkan bagaimana korang nak buat Canvas Ads. Mungkin ada yang dah tahu, tapi dah tahu, korang boleh ulangkaji balik untuk ‘tajamkan’ skill FBads korang…Kali ni, Sifufbads tak bagi tutorial dalam bentuk video tapi dalam bentuk bergambar…Korang dah ready ke nak absorb ilmu baru?

Dah ready lama ni Sifufbads…

Kalo dah ready, korang boleh follow step2 yang Sifufbads share kat bawah ni..Semoga beri manfaat kepada korang semua..

Langkah 1, Korang perlu klik Create Adverts.

Kemudian, korang perlu pilih marketing objective -> Traffic.

 

Untuk Langkah 3, korang perlu namakan campaign marketing. Dicadangkan korang guna format (NAMA PAGE – OBJEKTIF IKLAN – BULAN IKLAN) macam ni seperti bawah..

 

Selepas tu, dibahagian Traffic, korang perlu pilih Website. Biasanya, FB dah siap2 pilihkan Website untuk kita. Pada bahagian Offer, korang boleh ignore jer.

Sebelum ke bahagian Placement ni, korang boleh setting Audience seperti biasa, Untuk langkah seterusnya…Dibahagian Placement, korang WAJIB klik Edit Placement.

Dibahagian Device types, korang boleh pilih Mobile Only dan dibahagian Platforms, korang pilih Facebook -> Feeds sahaja untuk permulaan.

Langkah 7, korang perlu pilih Link Click (CPC) pada When you are charged dibahagian Budget & Schedule. Untuk info, sesetengah FBads account dah tak ade fungsi Link Click (CPC). Sebagai solution, korang boleh pilih Impression sahaja. Lepas tu, korang klik Continue.

Kemudian, pilih page yang ingin korang iklankan..

Lepas tu, pada bahagian Format, ada 5 pilihan paparan yg boleh dipilih oleh korang..Untuk tutorial ni, Sifufbads pilih Single image. Kemudian, korang perlu tick kotak Add a full-screen experience.

Langkah seterusnya, korang pilih Use Existing untuk gunakan FB Canvas yg telah korang siapkan sebelum ni..

Apabila selesai korang pilih canvas, ia akan keluar dalam bentuk macam kat bawah ni…

Selepas selesai pilih canvas yang nak digunakan, korang boleh masukkan gambar thumbnail (gambar yang akan keluar time iklan muncul pada audien yang korang sasarkan)

Kemudian, korang boleh masukkan Headline dan Text yang bersesuaian dan relevan dengan audience yang ingin korang nak sasarkan.

Apabila selesai, ia akan jadi macam kat bawah ni..Kemudian, korang boleh klik Review untuk check balik iklan atau boleh terus klik Confirm untuk selesaikan setting iklan.

Haaa…Mudahkan..Korang pun boleh buat sendiri kat rumah..Ingat..BUAT SAMPAI JADI!

 

 

 

Similar Posts

3 Comments

  1. Assalam. nak tanya canvas ads ni mesti melalui website ke. kalau xder webste maknanya xleh gunalah kan. mohon reply. terima kasih.
    kak ros, terengganu.

Leave a Reply to hafidz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *