|

Tutorial Cara Buat ‘Like Marketing’ Untuk Fanpage Anda

Tutorial Cara Buat 'Like Marketing' Untuk Fanpage Anda

Masih tidak tahu bagaimana cara bina fans di page anda?

Kali ini saya nak terangkan bagaimana membina iklan untuk tarik like ke fanpage anda.

Lepas ini takde lagi alasan mengapa like ataupun fans di page anda sikit je! Ikuti tutorial cara buat like marketing untuk fanpage anda seperti di bawah ya..!

Jom kita mulakan…

1) Klik pada butang atas paling kanan di FB Profile anda dan pilih “Create Ads” atau boleh sahaja taip address ini di browser anda.

1

2) Apabila keluar paparan seperti ini, Pilih ‘Promote your Page’. Iklan ini bertujuan untuk tarik ‘Like’ sahaja.

2

3) Selepas itu pilih ‘Page’ yang anda ingin tingkatkan likes ataupun yang anda ingin fokus kepada pembinaan ‘Fans’.

3

4) Namakan Campaign, dan kemudian klik ‘Set Audience & Budget’ apabila selesai.

4

5) Masukkan maklumat audiens yang anda ingin sasarkan utk lihat iklan Like anda ini. Anda juga boleh lihat ‘Potential Reach’, iaitu jumlah anggaran audiens yang telah anda pilih berdasarkan maklumat audiens yang telah anda isi.

5

6) Tetapkan budget yang anda ingin belanjakan untuk iklan ini. Kemudian namakan Ad Set, dan klik butang Choose Ad Creative.

6

7) Untuk iklan tarik Like, anda boleh gunakan gambar ataupun video. Pilih salah satu..

Kemudian, tuliskan ayat iklan untuk tarik Like. Tips untuk iklan tarik Like –  masukkan ayat CTA (Call-to-Action) seperti “Sila LIKE…”, “LIKE sekarang..”.

Pilih placement yang anda mahu iklan ini dipaparkan. Sama ada ‘Desktop’, ‘Mobile’, ataupun ‘Desktop Right Column’. Tips – Sebaiknya, jika anda baru hendak bermula, gunakan paparan ‘Mobile’ sahaja dulu. Remove placement yang lain.

Klik ‘Review Order’.

7

8) Paparan ini akan muncul selepas ‘Review Order’. Letakkan ‘Ad Name’ atau nama iklan untuk rujukan anda. Semak butiran iklan anda sebelum klik ‘Place Order’.

8

SELESAI!

Similar Posts

135 Comments

  1. assalam,,sy mslh sy pulak,,sy pkai ad block,,and ad block perlu di remove sebelum pkai ads promote kan??
    mslh nye,,kalau sy da remove ad block,,nti byk ad laen,,y mengganggu,,,sebab tu sy mls nk remove,,
    so ade cdangan x abang jamal??

    1. Wa’alaikumussalam,

      Hanya cadangan. Diasble ad block, jangan remove. Ada pada settings brower, kemudian pergi ke estensions.

  2. Saya dh bt ads. Tp fb xapprove. Dh byk kali dh. Dh create acc fb bru, dh msk kan acc bank yg baru. Still xapprove. Stress xtau nk tnya dkt sape sbb stakat ni yg sy tnya tu sy dh try bt apa yg diorg suh bt, tp msh xde jln penyelesaian

    1. Sebab gambar kot? Rasa nya FB tak akan approve gambar yang ada Sebelum dan selepas atau before and after (contoh untuk produk kuruskan badan).

      Rasa nya lah, hehe.. tak pasti pun

      Sifu pasti boleh jawabkan

      1. Gambar yg ingin digunakan text atau tulisan tak bileh lebuh dr 20% dari siz gambar.

        Jika gambar banyak tulisan atau melwbihi 20% FB akan reject kerana ianya berkaitan dengan Spam.

        Kalau tak silap saya.

    2. Saya penah jadi gak. Bile baca betul2, ada beberapa perkara.
      Gambar ade guide line utk letak.
      -gambar x boleh BEFORE n AFTER.
      -TULISAN pada gambar x boleh LEBIH 20% dari gambar. (SAIZ & Jumlah)

      setakat ni itu jer yg sy pernah kena. yg lain maybe bolegh tanye sifu.

      1. Saya penah kena disapproved iklan. Dia cakap gambar boleh menyebabkan orang tu fobia.
        Saya letak gambar parut kena jahit.siap ada benang lagi. ada dia cakap akan mengganggu orang yang fobia dgn gambar tu. contoh lain gambar ngeri ke.

  3. saya mengalami byk masalah dgn page.

    1. org xdpt cari page

    2. tak boleh boost

    3. tak boleh promote page

    harap tuan boleh beri penjelasan dan tunjuk ajar tetang masalah di atas.. tq

      1. jadi yg mana lebih baik antara dua tu? harini buat tp dapt mahal rm 0.61 sen try tukar page like, xda effect. budget RM 20 sehari

  4. Assalamualaikum

    Saya Asrul.
    Saya ada buat FBads tapi ada malah skit. Masalah yg sy alami adalah iklan sy not delivering. sy da delete n buat baru tp still berlaku lg. boleh tuan sifu bantu sy?

    terima kasih

  5. Assalamualaikum

    sy nak bertanya. harini sy ada buat LIKE MARKETING budget RM 20.
    tapi ads sy mcm xberjln walaupun active.

    1. sy cuba guna impression tp xda “LIKE” dan kn charge RM 0.59
    2. sy cuba lg tukar Page like, tp langsung xbgerak.

    sy dah cuba 5 kali tapi keputusan sama.
    masalah dari segi apa ya mcm ni?

  6. assalamualaikum…maaf yer, sy baru.nak tanya buat like marketing ni kena bayar ker?
    pembayaran dia direct melalui akaun bank kita yer?
    sesiapa yang tahu bleh tolong jawabkan..
    terima kasih..

      1. Terimakasih.maaf sy baru..nak bertanye.kebetulan terbaca soalan y sama n soalan sy..ok guna kat debit/debit..cmane nak aktifkan. Sebb bila sy buat fb noted kita xde mane2 akaun untuk bayar..jadi kat mane kita bleh aktifkan means masukkan akaun debit or krdit kita untuk proses pembayaran? Faham x sifu jamal?

  7. puan rose ads rm20 bagi saya sangat susah die nak keluar dekat fb ads.. ada pun mybe sehari sekali.. sekejap je..
    sebab rama yg pertaruhkan ads rm5k sebulan.. ada yg 15k sebulan..
    sebab tu yg byar lebih ni byk keluar,.
    biasa marketing mmg lagi kena lagi power kak.. tak boleh berkira sangat… selalunya utk start bisnes.. marketing punya budget akan melebihi modal… waallahualam..

  8. Kenapa sy boost post, sy try sehari je dlm rm10,lepas end tu tak berapa nak ada hasil pun..tapi mcm mana nk bayar ye? duk ada button add budget etc…ke free..he he

        1. sy dah isi kt tmpat patment.bla msukkan no kad debit kua noti gtau no kad salah dh try byk kli still x lpas..apa mslhnya sifu

  9. Assalamualaikum…
    Saya masih baru…nk try buat like marketing tp still x boleh buat sbb masalah acc…sy buat payment guna debit kad maybank…kenapa x boleh? Sy salah fill up payment method ke? Boleh tunjuk kan sy cara nk fill up payment method tak?

  10. Kalau kita jual supplement sbg contoh, fb cakap kita TIDAK BOLEH menjadikan pembaca kita sebgai bahan contoh . Maksudnya kita tidak boleh mengatakan “anda gemuk?” “Anda ada kencing manis” ” anda ke seorangan?” dan sbgnya. Sebaliknya kita kena ceritakan hanya bab produk kita aje.

    Sbg contoh ubat kencing manis peria katak; kita hanya boleh bercerita mengenai kebaikkan peria katak dan khasiatnya dari sudut sains ataupun dari pengalaman org yang dah mencubanya.

    Sama sekali tidak boleh menjadikan audiens sbg target kita secara direct dalam copywriting kita.

  11. Hi Sifu, sy nak buat like marketing tapi bahagian “interests” tu kenapa saya tak boleh letak page competitor sy, memang tak keluar. Masa sy attend seminar sifu, sy nampak sifu boleh letak Dr Azizian sebagai interest. Tapi sy cuba tak leh pulak, Kenapa yer? Macamana nak letak fan page competitor untuk target audience mereka? Thanks Sifu

  12. Assalam Sifu,

    Saya nak tanya pendapat >>> Patut atau tidak saya start buat “LIKE MARKETING” sekarang sedangkan produk saya masih belum launch (dlm proses menjahit). Still xde gambar yg proper, cuma ada gambar teaser kain n baju yg dh siap sikit.

    Atau saya perlu tunggu produk siap & gambar proper baru start “LIKE MARKETING”?

    Atau xperlu buat “LIKE MARKETING”, terus boost post untuk product launch?

  13. Assalam Sifu,

    Saya dah buat tapi ada error utk billing method. then,saya pilih page like tp still xbole proceed and payment dah caj..huhu

  14. Assalamualaikum.. seeloknya utk iklan, kita buat bajet berapa per day? dulu masa awal daftar, sy guna nilai pembayaran by usd .. camane nak tukar jadi ringgit ye? terima kasih 😉

  15. Salam sifu.. saya dah byk kali buat iklan naikkan like.. letak buget dr rm30 ke rm200 per day.. !! Fb approve.. tapi kenapa xde like yg masuk.. byk kali buat.. fb approve.. tp iklan mcm xjalan langsung.. stress dan sgt kuciwa… ??

  16. Saya dah buat mcm2 boost page..
    Dan termasuk page Like.

    Saya lihat ramai yg berjaya dapat like yg banyak
    Tapi bila saya buat Page Like , page saya kurang sambutan LIKE tapi boost post yg lain ok jer…

    Bagaimanakah saya boleh dapat LIKE yg banyak..adakah memerlukan budget yg besar utk buat PAGE LIKE.

    Mohon sifu jamal bantu…

    Page saya ialah page jualan kereta.

  17. asslamualaikum, nak tanya, iklan saya xapprove sebab lebih 20% text..

    nak tanya,
    – duit yang dilburkan kan tu burn ke walaupun tak approve?
    – boleh baiki semula ke iklan tu?

  18. Sifu, sy ada masalah dgn payment. Dulu pernah buat ad Tp payment tertangguh Sbb sy guna (cash) cimbclick (x de credit card). Internet tak dpt connect dgn akaun sy. So iklan tu hang dan tak dikeluarkan.
    next iklan, sy masukkn credit card as other payment option. Tp still iklan tu x dikeluarkan dgn alasan payment method yg pertama dulu tak dpt diubah. Sedangkan credit card sy di charge 2 kali Sbb 2 kali sy try send. Tp after 5days, sy follow, FB kata iklan sy still not send.
    Ada cara tak Nk tukar payment method ni selain drpd delete akaun page tu? Syg Nk delete Sbb dan pun dah byk.
    Please help me 🙁

    1. Salam sis…sy mengalami masalah y sama. Sis dh dapat atasi ke masalah sis. Jika dh, boleh share ngan saya cmne sis atasi masalah ni.

  19. salam sifu…sy nk tnye cket..sy xbrape fhm la tentang payment ads…bole sifu terangkan…pening sy pikir..ads kira link terus dengan acc kita kt bank ke mcm mne??tlg sgt sifu….

    1. Kita tetapkan acc bank mana yg kita guna tuk buat auto debit..so selepas tamat campaign baru diorg akn deduct dr acc kita..wallahualam..ini yg sy da buat dan tiada masalah…

  20. Salam sifu. Saya nak tanya macam mana nk tukarkan currency? Sebelum ni saya buat ads like dalam usd seba tak jumpa setting untuk tukar ke rm. Saya pakai debit card.

      1. Assalamualaikum sifu.

        1. Bagaimana kita nak trace ada pihak lain yg cuba hack dan menggunakan akaun bank kita?

        2. Bolehkan kita delete no akaun bank kita selepas pembayaran ditolak dari debit kad?

        Terima kasih.

  21. Assalamualaikum, sekarang FB Page saya menghadapi masalah untuk buat ads. Dia mintak add balance to your account. Bila saya tekan proceed untuk add amount selalu error. Saya tidak pakai apa-apa ad block. Bila nak cuba tukar payment method, tiada access untuk itu. Hanya ada add money to your balance. Saya sudah deactivate payment account as sugested by FB admin sendiri. Bila saya aktif kan balik masih masalah yang sama terjadi, bila saya post question dekat FB forum malangnya tiada jalan penyelesaian oleh pihak FB sendiri. Jika ada sesiapa tahu, mohon jasa untuk bantu saya hadapi masalah ini. Terima kasih.

  22. Salam sifu, nak tnya kalau page dah tertukar kepada business page tu, personal acc sy x di approve fb utk bt like marketing? Dah tukar personal acc jadi admin. Dah verify. Tp still pending. Verification tu ada masalah. Smpi skrg x bole buat like marketing utk page. Bagaimana ya sifu?

  23. salam, saya nak tny apa perlu saya buat kalau at first ads saya tu approved.lepas beberapa jam dpt notification kata tak approved plk.katanya words kt pics lebih 20%. Jadi mcm mna ye? saya perlu buat iklan semula atau boleh edit shj dan mcm mna pula dgn bayaran?

  24. Iklan not delivering. Tapi prepaid balance di fb ads dah ada rm30. Saya byr pkai maybnk2u. Cek balance acct mybank pun dah tolak.Knp sifu? Kna buat byk ad set ke? Cmna cara buat ad set?

  25. Hai , nak tumpang tanya lah , saye gune kad credit bsn taw . Nak buat payment dia minta billing postcode . Tadie saye ade bace dekat komen komen diatas . Sifu kata tak payah letak kot kann . Tapi saye cube tak letak tapi dia kate payment fail n suruh masuk kan billing postcode . ape maksud billing potcode sebenarnye ? So mcm mane yer ? Masalah saye pada billing postcode saje . Banyak kali dah buat . Nak juga tingkatkan audien .

  26. sy nk tumpang tanya sini..xtau la berkaitan atau tidak dgn tuan..sy ada page bisnes bila sy boost page semua org dr luar msia yg like..mcm dr indonesia, thailand yang bukan dr malaysia..puas sy cari setting semua rasa dah betul..boleh tuan sifu tolong sy..

  27. Salam …
    Saya nak tanya bagaimana nak buat like marketing yg bebeza dlm satu ad set maksud sy buat dalam 6 iklan “like marketing” tapi dalam satu set….

  28. Salam Sifu…saya baru nk belajar menyelam dalam dunia bisnes online..sebelum ini pernah berniaga kedai makan tetapi gagal atas sebab2 yang sukar dijelaskan..kerugian ratusan riban jgk selepas dikira semua kos..now, saya dan suami terpaksa belajar merangkak semula dan memerlukan mentor yg boleh bagi SUPERB RESULT dalam jangka masa singkat dengan keuntungan yg GORGEOUS MELAMPAU. Perancangan kami adalah ingin bermula dengan produk kesihatan jenama sendiri. Adakah terdapat mana2 individu/agen yang boleh mengendalikan page dalam mempromosi dari A-Z..senang cite org yang mahir dlm fbads jd admin page..

  29. assalamualaikum,

    Tuan ada tips lain bagi mereka yang mula mahu berniaga tetapi belum cukup modal untuk menggunakan servis facebook ad? Ada cara lain ke?

  30. Salam sifu2 semua, nak tanya ni, macam mana nak buat fb ads. Pas tu, macam mana post kan iklan kita dan setup budjet yang betul dan menjimatkan. TQ.

  31. Salam sifubads ..

    Nak tanya .. sifu ada sediakan perkhimatan untuk uruskan pages ? Maksud sy .. pihak sifu sediakan jumlah brp perlu dibayar .. semua kerja2 promosi pihak sifu yang uruskan ?

    Kalau ada sesiapa yg mahir mggunakan fb ads boleh hubungi saya segera .. terima kasih

    1. Hi nureen.. sy terbaca post awk diatas dan bersedia untuk membantu. Sila emel enquiries anda ke alamat.

      mysignstream@yahoo.com
      atau
      Whatsapp di nombor 0192071735 – en.syed
      Solution for visual and video ads – 2D/3D design ads, creative and interactive ads-

  32. salam sifu.

    mgkn ini out of topic dr tajuk post sifu ni.
    jika sy nk ads kan video, mana better ?
    “‘post engagement” atau “video view”
    sy memilih post engagement, di akhir setup sbelum place order, FB ADS ada suggest kan change ke video view.

    Sy nk tahu samada perlu ke sy change atau it just trick utk FB dpt more charge?
    atau bagaimana?

    Sy harap sifu dpt bantu sy sebab kebanyakan ads sy, sy akan postkan video

  33. salam sifu..sy buat like marketing..bila nk buat pembayaran sy click place order..dia kuar kotak utk cara pembayaran semua tu..su pilih maybnk n isi no kad dan semua yg dia minta..bila contnue dia kata ‘account is not qualified to create a CPA ad: cpa ad cannot be created by this ad account’..

    apa maksudnya sifu..apa yg perlu sy buat?

  34. Salam Tuan, saya selalu post fb tapi ada je orang asing yang nama pelik-pelik like post saya.macam mana nk elak benda ni berlaku

  35. Salam Tuan, saya sdng buat bisnes jualan simkad menggunakan fbads, kaedah pemasaran yg bagaimana sesuai utk jenis produk ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *