Tutorial Cara Buat ‘Website Custom Audiences’

Tutorial Cara Buat ‘Website Custom Audiences’ (WCA)

Tutorial Cara Buat ‘Website Custom Audiences’

Dalam artikel yang lepas, saya ada kongsikan beberapa cara untuk tarik trafik menggunakan Facebook Ads dan kebanyakkannya menggunakan Website Custom Audiences (WCA). Dalam artikel kali ini pula, saya tunjukkan kepada anda cara untuk buat Website Custom Audiences (WCA) menggunakan Advert Manager dan Power Editor.

Cara Buat ‘WCA’ Menggunakan Advert Manager

1) Dalam Advert Manager, klik ‘Audiences‘ pada sidebar kiri

WCA Advert Manager

2) Kemudian, klik butang hijau ‘Create Audience’ pada bahagian atas kanan. Pilih ‘Custom Audiences’

create audience

3) Pop Up seperti gambar di bawah akan keluar. Pilih ‘Website Traffic

WCA Advert Manager_3

4) Namakan ‘Audience Name‘ yang mudah anda ingat. Jika perlu, tulis maklumat tambahan pada bahagian ‘Description‘. Audiens yang pernah berkunjung ke website anda akan disimpan mengikut bilangan hari yang anda set pada bahagian ‘In the last‘. Maksimum hari yang boleh anda set adalah 180 hari.

WCA Advert Manager_4

5) Pada bahagian ‘Website Traffic‘, anda boleh pilih target audiens untuk iklan anda berdasarkan pilihan yang diberi.

website traffic options

6) Jika anda pilih ‘People who visit specific web pages‘, anda boleh target pada pengunjung website berdasarkan keyword url artikel blog anda.

WCA Advert Manager_5

7) Jika anda pilih ‘People who visit specific web pages but not others’, anda boleh tapis audiens yang anda mahu atau tidak, berdasarkan keyword url artikel blog pada bahagian ‘Include’ dan ‘Exclude’. 

WCA Advert Manager_6

8) Selepas itu, klik butang dalam kotak merah di bawah, kemudian klik ‘View Pixel Code

WCA Advert Manager_7

9) Anda perlu copy ‘Pixel Code’ ini dan paste dalam di antara <head> dan </head> dalam kod template websites anda. Jika anda pengguna WordPress, anda boleh gunakan plug in Open Hook untuk memudahkan ‘Pixel Code’ ini diletakkan dalam kod template website anda.

Custom Audience Pixel Code

Cara Buat ‘WCA’ Menggunakan Power Editor

Dalam Power Editor, klik pada bahagian ‘Manage Advert’ dan pilih ‘Audiences’. Anda akan dibawa semula ke langkah ke-2 seperti dalam Advert Manager.

Anda boleh rujuk kembali langkah di atas kerana semua langkah seterusnya sama seperti dalam Advert Manager.

Power Editor WCA

Selepas anda siap buat Website Custom Audiences, anda boleh mula gunakannya dalam Custom Audiences untuk beriklan di Facebook.

Itu sahaja tutorial ringkas cara buat Website Custom Audiences. Jika anda bijak menggunakan fungsi ini, mudah untuk anda target pada audiens yang tepat. Semoga berjaya!

Similar Posts

  • Tutorial Cara Pembayaran Iklan Guna Perbankan Internet

    Pernah tak anda ada masalah tak dapat nak buat pembayaran iklan dengan menggunakan kad debit/kredit? Kalau pernah, apa kata anda gunakan pula pembayaran iklan menggunakan Perbankan Internet/Prepaid. Ia lebih mudah nak dilakukan berbanding menggunakan kad debit/kredit yang selalu bermasalah untuk buat pembayaran. Itu berita baik. Berita buruknya adalah cara ini hanya boleh digunakan oleh akaun FB…

  • Tutorial Power Editor Terbaru 2014

    Pada tahun ini, Power Editor telah mengalami perubahan dari segi cara penggunaannya. Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan anda tutorial cara menggunakan Power Editor untuk tahun 2014. Sila ikut langkah-langkah berikut; 1) Mula-mula, pergi ke Advert Manager melalui link berikut (https://www.facebook.com/ads/manage) 2) Lihat di bahagian kiri side bar anda, klik Power Editor. 3) Selepas anda masuk ke Power Editor, klik butang Download…

  • Tutorial cara buat FB Ads Report

    Dari iklan2 FB ads yg anda pernah jalankan sebelum ni, sebenarnya anda boleh semak kembali demografi audience yg memberikan respon (engagement) terhadap post yg dibuat. FB ads report juga antara tools utk ‘memburu’ prospek yg berkualiti selain Page Insight, Google Trends dan Audience Insight. Dengan menggunakan data2 ni, boleh membantu anda memilih data demografi audience semasa membuat iklan…

  • Tiada Lagi Post Promosi di ‘News Feed’?

    Facebook telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mula mengurangkan paparan post berbentuk promosi dari fanpage bermula tahun 2015. Kenyataan ini dikeluarkan kerana terdapat maklum balas dari aduan pengguna Facebook yang setiap hari terlalu banyak post berbentuk promosi yang dipaparkan di News Feed mereka. Dari survey yang dibuat, post promosi yang dipaparkan kebanyakkannya datang secara organik…

39 Comments

  1. Salam Tn Jamal,

    Contoh saya ada blogspot baru tentang kartun Upin dan Ipin.
    Memang tidak ada traffik.
    Boleh ke guna WCA ni ?

    Terima kasih

  2. Assalam Tuan,

    Jika kita nak buat WCA untuk beberapa website, Pixel Code tetap sama.

    Jadi di bahagian ‘Add URL keywords’, kita letak nama domain (contoh: produkabc.com) ya tuan?

  3. Terima kasih share tuan…

    Untuk blogspot pun boleh ke tuan?

    Kod nak cari kat bahagian mana di blogspot?

    Template atau html post?

    Maaf banyak tanya sebab saya pengguna blogspot…

  4. Salam tuan..
    Saya ada soalan saya menggunakan web shoping cart dekat mana ye saya nak paste code tracking pixel?? Saya dah cuba buat tp tak jumpa kat mana perlu paste ke dlm admin website ke atau cpanel website?

  5. Salam Tuan,
    nak tanya..kalau kita buat banyak iklan dan setiap iklan kita nak wat wca ni.. kod pixelnya bagaimana ya? Copy 1 atau banyak?

    Tq

  6. Owh patutla…saya ada perasan bila g ke website amazon.kadang2 masuk kt fb.produk yang dilihat tadi ada di iklan sidebar fb.

    mohon penjelesan tuan?

      1. Assalam tuan…
        Berkenaan dgn teknik tarik trafik dgn guna wca ni kita perlu ada blog ke?
        Saya kurang arif tentang blog..
        Saya cuma ada fanpage..mcm mana saya nk guna wca ni?

        Ada tak kursus utk saya pelajari dgn tuan secara personal coaching?

        Harap dpt membantu saya..

  7. As salam sifu…utk iklan wca ni kita pilih iklan diletakkan di sidebar jek ke? Klu newsfeed mobile dan desktop boleh tak?mn yang lebih berkesan

  8. Salam tuan. Sy dan rakan perniagaan baru saja memulakan perniagaan tudung. Kami sudah bina fanpage dan instagram. Pelancaran produk akan dibuat inshaa Allah pada 14 feb.
    soalan saya, adakah fb ads sesuai dibuat sekarang ataupon hanya slps gmbar2 produk sudah dimuat naik? Buat pengetahuan tuan, hanya ayat2 teaser yg sdg lakukan sekarang.
    Mohon nasihat dan panduan dari sifu. Terima kasih.

Leave a Reply to JaMaL (SifuFBads) Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *