| | | | |

“5 CARA BAGAIMANA NAK BUATKAN AGEN ANDA LOYAL, “JATUH CINTA” DAN KOMITED DGN ANDA!”

Anda rasa susah nak kekalkan agen? Lagi2 di stage dimana anda tengah menambah bilangan agen anda. Tapi anda tahu? Student2 di sifuBad, mereka bukannya ada agen ratus-ratusan? Malah ribu ke puluh2 ribu agen nya. Bagaimana founder2 ni sustain agen mereka? Jom terus membaca..

Lepas ni dah tak bole ada alasan “agen lari” atau “agen curang” dah ya.. Mana taknya curang, dah asyik tanya sales jer.. Memang patut ler..

Mana taknya kalau dlm sehari sampai 99x tanya psl sales kt agen tu, sebab tu dorg nak lari.. (contoh…)

Banyak perkara yang leader bole buat untuk kekalkan agen2 anda stay ‘loyal’ dgn anda.. Jangan pandai ‘sedut’ jer.. Sustain pun kena pandai..

Faham, knp jadi cth macam tu sbb setiap kali nak follow up dengan agen jer.. pasti tak pasti apa nak cakap dan diskus dgn agen. So, sifubad share tips2 dia.. Jgn tak buat pulak ya!

#1 Aktif  Zoom Meeting

Buat lah seminggu 2-3x.. Jgn biar gap lama sangat sepi dari agen2. Kena slalu hapdet dgn agen.. Bg Sharing, motivation, inspiraton, idea, lead by example. Bila kerap hadpet anda dah ada ‘relationship’ yang rapat. Bila dah rapat senang untuk mereka share situasi atau cabaran mereka dan anda pula dari perspektif yang memahami. Ini adalah psikologi tips!

Komunikasi yang efektif mesti ada ‘give and take’.. Ada yang mendengar dan ada yang bercakap. Sangat mudah kan? Tapi kalau tak ada ‘bond’ susah untuk menyampaikan sesuatu.. Jadi, ‘stay active’ dgn agen2 anda.

Bagi yg ratus-ratusan agen macam mana pula? Tak cukup masa untuk bisnes nnt – asyik sibuk zoom dgn agen jer.. So dari awal lagi anda WAJIB didik skill leadership. Lead by example – pastikan mereka praktikkan apa yang anda buat. Agen pun kena aktif dgn org yg mereka rekrut.

#2 Bagi Reward

Bagi hadiah ke, duit ke, produk ke, brg ke dkt agen yg laju, yg capai 10-100 sales pertama ke. Buat by kategori. Reward ni sbenarnya bole naikkan sales berganda2. Jgn kemut bagi reward kepada agen. Anda bole masukkan reward ni dalam budget marketing.

Bila ada reward yang ‘lumayan’ tahap kayangan.. hehe.. agen2 akan motivated dan inspired untuk nak capaikan target yg anda set. Reward2 besar ni boleh anda buat tahunan.. Reward2 kecil anda boleh buat bulanan.. Benefit dia – audiens akan nampak brand anda ni satu brand yang aktif.. baik untuk customer dan juga team!

#3 Repost, Tag, Mention

“Senang jadi agen dia.. HQ support aku.. Selalu dorg repost aku punye posting.. Masuk jugak DM2 customer baru..”

Apa anda rasa kalau agen anda sampaikan khabar ni kepada agen2 produk lain?

Support agen2 ni byk cara, cara free boleh cara berbayar boleh. Yang paling simple, rajin2 lah tag, share or repost agen tu.. kupas lah skit buat story untuk agen anda. Kalau anda tumpukan pada task2 seperti ni, CONFIRM results dia menakjubkan!

Engage dgn agen2 ni juga bole naikkan trust both agen dan customer.. Bila agen ada trust – agen loyal.. Bila customer ada trust – sales agen naik.. nampak tak?

#4 “PM tepi”

Rajin2 lah pm/dm/wasap agen2. Tanya apa khabar, mcm mana status, Kenapa laju? Kenapa slow? Apa boleh dibantu? 

Ini kita panggil ‘personal touch’.. Bagi agen nampak dan rasa yg dorg dihargai.. Dorg yg bawa brand anda ke sini ke sana.. Mesti nak dorg happy dan bangga dgn brand anda! Rujuk juga di point #1 dan #3..

#5 Career Journey

Bentangkan visi/misi/values syarikat. Bagi agen2 nmpk direction, apa planning nya? Apa kpi nya? Bagi guideline, blueprint, milestone dalam bisnes ni. Baru agen jelas, rasa mcm part of the company.

Bila jadi leader, vision leader mesti lebih jauh.. Tunjukkan pada agen2 ke mana arah tuju mereka kalau capai sesuatu target.. Pasti agen ‘bergerak’ lebih laju! Rujuk juga point #2..

Sebagai founder kena belajar, dan Take action now! Mesti ada dikalangan agen anda yg tengah slow atau down.. Musim PKPD nya lgi.. Pastikan juga anda terus praktikkan tips yg saya dah share ni.

Dapat sesuatu? Jika ya, komen ‘DAPAT SIFU’

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *