5 STRATEGI MARKETING UNTUK ‘MEROKETKAN’ ROI BISNES ANDA

Anda sebagai founder, mesti dah tahu apa itu ROI kan?

So kalau nak cerita pasal kepentingan ROI ni, memang penting sesangat lah ceritanya! Terutamanya, sebelum buat marketing tu tak kesahlah online ke offline, WAJIB consider ROI dulu…

Jadi, apa nak buat?

Plan dulu ROI anda, ROI ni patut ditentukan ketika anda mula2 nak pilih produk/servis untuk dijual sebab ia bakal tentukan untung bersih dari platform marketing yg anda gunakan.

ROI banyak dipengaruhi oleh MARGIN UNTUNG PRODUK! Jadi, anda perlu sentiasa beri perhatian… Makin tinggi margin, semakin tinggi potensi ROI nya..

“Orang buat servis pasang kabinet dapur, senang2 dapat ROI besar… buat iklan tak sampai RM 100, dapat untung RM 10k..”

“Ada yg jual rumah (pemaju), habis RM 1k sebulan, dapat jual lebih 10 biji rumah berharga RM 300k ke atas setiap satu. ROI? 3 angka beb…”

“ Ada sorang tu jual baju kurung, sehari buat iklan RM100, tapi dapat 100 helai sehari. Dengan margin untung sehelai RM200. Berapa ROI nya? Cer kira…

HIGH MARGIN, HIGH ROI! LOW MARGIN, LOW ROI!

“Tapi, camne nak tinggikan margin kalau produk saya memang dah mcm tu harganya. TAK BOLEH LAH!”

Sabar… Sabar… Sabar…

Ada jalannya, nak tau? Haaa meh check kat setiap gambar…

1. BUAT PAKEJ

Jangan jual seunit, jual 3 atau lebih dalam 1 pakej.

Contohnya, produk yg harganya murah macam RM 10 untuk seunit…jangan jual seunit, sebaliknya buat pakej dan jual sekali 3 terus. Kalau ada yg nak jugak beli seunit, bagitau harganya lebih mahal.

Gunakan konsep “Lebih banyak beli, lebih jimat..”

2. BUAT PILIHAN PAKEJ

Okay, tadi dah wujudkan pakej kan? Haaa kali ni kasi up sikit tambah pilihan pakej. Bagi orang buat pilihan… Buat sekurang2nya 2 pakej pilihan..

Katakan anda jual produk kecantikan.. lipstik harga RM50. Margin RM20. Kecik jugak tu.. Camne nak tingkatkan margin? Buat pakej pilihan..

1) PAKEJ A : RM300 – lipstik + maskara + foundation + compact powder
2) PAKEJ B : RM200 – lipstik + foundation + maskara
3) PAKEJ C : RM50 – lipstik sahaja

Bila diberi pilihan macam ni, prospek berpotensi juga untuk membeli pakej2 yg ditawarkan..

Kan dlm hierarcy of need ada menyentuh tentang – “manusia mahukan kepelbagaian/pilihan”.

3. GUNAKAN STRATEGI “MULTIPLE SOURCE OF INCOME”

 

Bina proper SALES FUNNEL.

Apa pulak tu?

Offer produk murah sebagai FRONT SALE. Kemudian boleh gunakan strategi UPSELL, BACK END SELL, CROSS SELL, One time offer (OTO).

Contoh, katakan anda jual produk rempah ayam madu… Katakan lah harga RM10. Bila org dah setuju nak beli, buat UPSELL.

Bagitau ada pakej tambahan… Ada 7 lagi koleksi rempah – Rempah ayam bakar, rempah ayam penyet, rempah ayam golek, rempah ayam tandoori..ayam chicken rice shop, ayam lenyet, bla..bla..bla.. Harga sebenar RM100, tapi offer RM80 je..OFFER ni TERHAD utk 37 org terawal…

Tak ke ianya boleh tambah margin untung anda?

Margin naik, ROI pun naik!

4. JUAL PUKAL

Anda juga boleh fokus jual pukal sebab kalau jual satu2 untung kecik, so kalau jual pukal boleh main kuantiti!

Contohnya, kalau jual kain pasang acer fokus jual secara pukal. Maknanya orang tak beli sepasang, tapi beli sekali banyak terus haaa sedozen ke dua dozen ke kan…

Prospek yg berminat akan ajak member serumah ke, member sepejabat ke, jiran sebelah rumah ke untuk beli bersama… Dia tolong belikan untuk kawan2 so kira dia dapat harga borong la…

So ini juga boleh kaitkan dengan point pilihan pakej tadi. Haaaa mungkin boleh namakan “Pakej Kengkawan”, “Pakej Jiran Setaman” atau pun “Pakej Geng Pejabat”

5. TARIK ORG DATANG KEDAI/PREMIS

Kalau orang datang membeli di kedai, tiada kos pos laju… Betul tak?

Dan biasanya kalau orang datang kedai anda, takkan dia datang sorang2 kan?

Contohnya kedai makan, pasti mereka datang dgn family atau rakan2. Kat situ ROI naik, kalau anda jual kerepek sekalipun, anda boleh tarik diorang datang, dan suruh lah diorang beli lebih. Buat offer.. Buat pakej, gunakan upsell ke..

Untuk bisnes yg memerlukan orang datang ke kedai, ROI boleh diukur dalam masa 1 minggu – 1 bulan. First, tengok pertambahan pelawat yg datang ke kedai selepas 1 minggu buat iklan. Catatkan pertambahannya…

Untuk naikkan margin, bergantung pula pada skill anda memujuk pelanggan yg dah datang kedai…

Siapa nak ROI bisnes dia naik meroket?

Acer komen “jom meroket” dibawah…

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *