INILAH 5 KARAKTER USAHAWAN PRODUKTIF YG KORANG PERLU TAHU!

Ramai nak jadi bisnesman bisneswomen tapi taktahu mcm mana nak jadi  produktif..

Kan? Korang tahu tak yg usahawan yg produktif dapat melakukan 30 perkara yg berbeza dalam satu hari dan dpt selesaikannya..

Ni saya share 5 karakter tu..(point no 4 tu plg penting,don’t skip haaa)

#1 Set Goal

Sebagai usahawan produktif set goal tu sgt penting sebab usahawan yg produktif akan ada target dan tujuan yang jelas nak melakukan sesuatu perkara tu. Contoh nak capai target dlm jualan, nak brand kite terkenal. Semua orang ada matlamat dalam hidup ni. Macam tu jugak dalam bisnes semua bisnes yang di lakukan mesti ada target  dan tujuan . Setuju?

#2 Consistent

Usahawan yang produktif adalah seorang yang konsisten.Kenapa konsisten tu penting dalam bisnes? Bila konsisten orang akan ingat jenama atau produk kite. Cuba korang tengok contoh brands yang kukuh sampai sekarang yg orang masih ingat dan masih lagi beli sampai skrg mcm Kfc,Mcd, Pizza Hut. Korang tahu kenapa brands tu masih kukuh? sbb dia orang sentiasa konsisten dan upgrade marketing .

#3 Keep Focus.

Usahawan produktif akan fokus untuk mencapai matlamat yang dah dirancang. Korang perasan tak, ada sesetengah usahawan yang hilang fokus dalam bisnes dia. Secara tiba-tiba customer berkurang and datang macam2 masalah lagi dalam bisnes?

Sebab apa? Sebab dia orang langsung tak teliti dengan hal2 kecil yang boleh mendatangkan masalah pada bisnes dia orang.  Jangan main-main,masalah yang kecil tu boleh jadi besar sebab tu dalam berbisnes kenalah sentiasa peka dan selesaikan masalah tu dengan teliti okay? Kalau tak nanti yang dirancang lain yang di buat jadi lain.kan..

#4 Good Management

Nak jadi usahawan yang produktif haruslah bijak di dalam pengurusan. Kerana pengurusan yang baik memainkan peranan penting dan menjamin perkembangan serta keuntungan syarikat .

Nak berbisnes ni bukan nya nak cari pelanggan semata-mata, nak orang beli produk kite ,tapi pengurusan  jugak memainkan peranan penting.

Contoh bijak menguruskan masa, bijak menguruskan wang, bijak merancang aktiviti harian dan sebagainya.Usahawan yang produktif sangat berkomitmen dan berdisiplin dalam setiap perkara yang dilakukan. Lagi bagus management bisnes kita, lagi kurang masalah yg akan jadi..So, pepandai lah korang manage ye?

#5 High Effort

Lastly, setuju tak kalau sy cakap yg…Nak bisnes berjaya mestilah kena ada effort? Ni mimpi sampai kebintang  kelangit ketujuh tapi effort langsung takde! “orang kata hangat2 tahi ayam” macam mana nak jadi usahawan yang produktif ni? Kalau effort tu kelaut jangan bermimpi la yaa.

High effort tu kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara.Bila dah tetapkan kesungguhan dalam diri mesti la kena usahakan sampai dapat. Macam tu jugak dalam berbisnes kalau tak tetapkan kesungguhan macam mana bisnes tu nak berjaya?

Bila bisnes jatuh je terus down terus rasa tak semangat bila dah tak semangat terus malas fikir macam mana nak naikkan balik bisnes tu! Cuba korang fikir kenapa usahawan yang produktif itu selalu berjaya? Sebab dia orang dah tetapkan kesungguhan dalam diri nak bisnes dia org berjaya dan selagi tak berjaya dia org akan usahakan sampai berjaya.

So, korang dapat sesuatu dari sharing ni? Harap sharing ni membantu. Nak jadi produktif tu adalah pilihan setiap orang sebab bukan semua orang boleh jadi produktif ya. So, cuba korang check korang ada tak ciri2 ni?

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *