PRICE VS VALUE, MANA SATU PILIHAN CUSTOMER?
Nak jual harga murah atau mahal? Ada yang rasa kalau jual murah je, akan tarik ramai pelanggan. Ada yang pulak berfikir, kalau mahal sikit, untung besar.
Ye ke? Sebab itulah kita kena faham antara price dengan value produk.
“Price is what you pay, value is what you get” ~ Warren Buffet
Sekarang ni, banyak founder bisnes perang harga, diorang nak tarik pelanggan dengan harga murah, tanpa mengira untung rugi bisnes.
Tapi kalau kita hanya fokus main harga murah, untuk jangka panjang, bisnes kita tak akan kekal lama.
Jadi, dalam post ni, saya nak share macam mana dengan tingkatkan value dan harga produk, jualan juga akan meningkat! Jom teruskan bacaan…
#1: Kenal Pasti Sasaran Customer
Sebelum kita berbual pasal harga dan nilai, kita kena kenal pasti sasaran pelanggan kita.
Mungkin ada yang terfikir, “Kenapa nak kene pening-pening kenal pasti pelanggan? Janji jual produk, kan?” Tapi, percayalah, benda ni penting.
Kalau kita tak kenal pasti sasaran pelanggan, macam mana nak tahu apa yang dorang nak? Macam mana nak tawarkan produk atau perkhidmatan yang betul-betul berguna untuk dorang?
Kita tak tahu siapa yang nak beli produk kita, apa yang diorang nak, atau apa masalah yang diorang cuba selesaikan.
Kalau kita berjaya buat produk yang paling hebat di dunia, tapi kalau tak tahu siapa yang betul-betul berminat dengan produk tu, rugi je!
- Sebab itu, kita kena buat kajian. Cuba buat survey ringkas dengan pelanggan sedia ada atau calon pelanggan yang kita target.
- Tanya diorang tentang apa yang diorang cari dalam produk, atau servis yang berkaitan dengan bisnes kita. Tanya juga masalah-masalah yang diorang hadapi.
- Dari jawapan diorang, kita boleh dapat gambaran yang lebih jelas tentang sasaran pelanggan kita.
- Lepas tu, guna data ni untuk buat customer profile. Bila kita dah tahu umur, jantina, minat, dan masalah dorang, kita boleh buat strategi pemasaran yang lebih tepat.
Baru kita boleh ceritakan kat diorang, “Ni la produk yang betul-betul bagus untuk korang.”
Contohnya, kalau kita jual produk kecantikan, dan kita tahu ramai pelanggan kita wanita muda yang risau pasal jerawat, kita boleh fokus promosi pada masalah jerawat tu.
Jadi, jangan malas buat research dan kena bertindak pantas!
#2: Naikkan Value Produk
Kalau produk kita tak ada value yang tinggi, pelanggan akan rasa tak berbaloi bayar harga yang kita offer.
- Diorang mungkin akan cari produk yang lebih murah yang boleh bagi nilai yang sama.
- Kalau kita tak naikkan nilai produk, kita akan kalah dalam perang harga yang berterusan.
- Nanti susah nak membezakan bisnes kita daripada pesaing.
Pelanggan akan rasa macam, “Produk A dengan Produk B ni, lebih kurang je.” Kalau macam tu, diorang mungkin pilih produk pesaing sebab harga dia lebih rendah.
Pelanggan mungkin tak nampak apa yang buat produk kita istimewa.
Contoh, kalau kita jual baju dengan harga yang sama macam kedai lain, pelanggan takkan rasa apa-apa istimewa. Baju tu jadi baju biasa je.
Diorang mungkin prefer beli yang lebih murah.
Kalau kita jual baju, tapi tak ada kualiti atau design yang unik, orang lebih senang pilih baju lain yang harga dia lagi murah. Itu la masalahnya.
Kita boleh tambah kualiti produk.
Tambah bahan-bahan yang lebih baik atau ciri-ciri yang buat produk kita lebih berkesan.
Kalau kita jual baju, tambah ciri anti-kedut atau fabrik yang tahan lasak. Design tu kena menarik perhatian pelanggan. Bila pelanggan nampak design yang unik, mereka rasa produk kita berharga tinggi.
Atau, boleh tambah value dari segi servis. Tawarkan customer service yang lebih baik.
Contoh, kalau kita jual produk elektronik, bagi jaminan servis selepas jualan yang pantas dan mesra pelanggan. Pelanggan suka bila diorang tahu ada sapa-sapa yang boleh bantu kalau ada masalah.
Kemudian, buatlah promosi yang menarik. Bagi diskaun atau promosi tambahan untuk pelanggan yang setia.
Kalau pelanggan nampak ada value yang tinggi, diorang akan lebih berminat.
- Jangan lupa, letak testimoni pelanggan yang puas hati atau ulasan positif dalam promosi kita. Bila ada bukti, pelanggan rasa lebih yakin nak beli.
- Selain tu, boleh juga share ilmu atau skill dengan customer. Kalau kita jual produk makanan sihat, kita boleh bagi tips pemakanan yang sihat atau resepi yang sedap.
Pelanggan akan rasa bisnes kita bukan je jual produk, tapi juga membantu diorang dalam kehidupan seharian.
Bilabuat macam ni, pelanggan akan rasa lebih puas dan bersedia bayar lebih.
#3: Kaji Pesaing
“Kenapa nak susah-susah kaji pesaing? Kita fokus je pada produk kita sendiri.” Macam mana nak bersaing, kalau kita tak tahu kenapa diorang lebih baik daripada kita!
- Kalau kita tak kaji, kita takkan tahu apa yang buat pelanggan memilih mereka berbanding kita. Mungkin pesaing kita ada strategi yang lebih berkesan, harga yang lebih menarik, atau offer yang lebih baik.
- Lihat apa yang mereka buat dengan teliti. Apa produk dan perkhidmatan yang diorang tawarkan? Berapa harga yang diorang kenakan? Macam mana diorang promosikan diri di media sosial atau dalam pasaran?
Bila kita kaji pesaing, kita boleh cari peluang untuk membezakan diri daripada diorang. Cuba faham apa yang pelanggan nilai dalam pesaing, dan cuba tawarkan lebih baik.
Contohnya, kalau pesaing tawarkan free delivery, kita boleh tawarkan penghantaran lebih cepat atau customer service yang lebih baik.
Selain daripada kaji pesaing, kaji juga pasaran. Lihat trend dalam pasaran, apa yang pelanggan cari, dan bagaimana kita boleh berikan offer yang mereka nak.
Jadi, itulah sebabnya kenapa penting nak kaji pesaing anda.
Dengan buat kajian yang teliti, kita boleh tahu apa yang boleh kita buat yang lebih baik daripada pesaing, dan bagaimana kita boleh tarik lebih banyak pelanggan.
#4: Cipta Offer Yang Powerful
Bila offer kita bagus, orang sanggup bagi kita duit tanpa banyak soal. Kalau offer kita biasa je, pelanggan tak akan rasa nak beli.
Diorang mungkin cakap, “Ok la, nanti saya fikir dulu ye..” , dan akan pergi cari offer lain yang lebih wow.
Offer ni kena buat pelanggan teruja dan tak sabar nak beli. Tapi macam mana nak buat offer jadi powerful?
Kita kena tahu apa yang pelanggan nak. Apa yang buat diorang nak? Apa masalah yang diorang nak selesaikan? Bila kita faham kehendak pelanggan, kita boleh cipta offer yang menepati keperluan diorang.\
Tambah bonus dalam offer kita.
Bukan setakat jual produk je, tapi bagi extra bonus yang buat pelanggan rasa sangat bernilai.
Contoh, kalau kita jual kamera, kita boleh tambahkan satu tahun warranty percuma atau kelas fotografi percuma. Contoh lain, kalau korang jual telefon pintar, tambah la hadiah percuma seperti earphone berkualiti tinggi atau casing eksklusif.
Wajib buat urgency! Buat kuota terhad atau masa terhad.
Contoh, “Hanya untuk 50 pelanggan pertama!” atau “Promosi berakhir dalam 24 jam!” Ini akan buat pelanggan rasa pressure, dan diorang terpaksa bertindak pantas untuk grab offer kita tu.
Nak lagi power? Tambah elemen suprise dalam offer.
Contohnya, bagi diskaun ekstra tiba-tiba atau tawarkan produk unik dan eksklusif yang tak boleh dibeli pada waktu lain.
Kita juga boleh tambah guarantee, seperti jaminan wang balik.
Bila kita bagi jaminan, pelanggan rasa macam tak ada risiko nak beli produk kita. Kalau produk kita memang bagus, pelanggan tak akan nak pulangkan pun.
Yang paling penting, pastikan offer tu mesti betul dan jujur.. kalau tempoh dah tamat, kene tutup tempahan! Kalau kuota dah habis, orang tak boleh beli lagi!
Kalau tak, orang tak akan percaya lagi dengan offer kita pada akan datang!
Akhir sekali, jangan lupa pantau data offer korang. Tengok berapa banyak customer yang respon, berapa banyak yang beli, dan berapa banyak untung yang korang dapat.
Next time, korang boleh optimize dan buat offer yang lebih efektif.
#5: Presentation Yang Memukau
Kalau kita tak buat presentation yang memikat, kita takkan berjaya mempengaruhi orang untuk ambil tindakan.
Kalau presentation kita tak ada WOW factor, customer mungkin tak akan tergoda nak beli.
Orang akan cepat bosan, atau tak berminat nak dengar apa yang kita cakap.
Bila presentation tak menarik, pelanggan tak akan ingat apa yang kita cuba sampaikan.
- Kita kena buat persiapan yang baik. Kita kena faham betul-betul apa yang kita nak sampaikan.
- Kita kena ada key points yang jelas. Supaya kita mudah nak explain value sebenar produk kita.
Jadi, gunakan visual yang menarik. Gambar dan video boleh buat promosi kita nampak lebih hidup.
Contohnya, kalau kita jual makanan, tunjuk gambar makanan yang menggiurkan. Bila orang nampak gambar tu, perut diorang mungkin terus berbunyi!
Masukkan juga graf, dan carta boleh buat presentation kita nampak lebih menarik.
Kalau kita ada data, jadikan data tu dalam bentuk yang mudah difahami dengan graf yang cantik.
- Selain visual, cuba jadi storyteller. Kongsikan cerita yang berkaitan dengan apa yang kita sampaikan.
- Manusia suka dengar cerita, dan cerita boleh buat maklumat kita lebih berkesan.
- Ceritakan pengalaman sendiri atau cerita pelanggan yang berjaya dengan produk kita, lagi bagus.
Kita kena bercakap dengan penuh keyakinan.
Walaupun kita rasa nervous semasa bercakap di hadapan orang ramai.
Yang penting, cuba nampak yakin dengan apa yang kita sampaikan.
Bila kita yakin, orang akan lebih percaya apa yang kita katakan.
Tapi, jangan syok sendiri!
Kene ada 2-way communication, selalu engage dengan audiens.
Tanya soalan, minta pandangan, atau buat kajian ringkas. Ini boleh buat audiens terlibat dalam presentation kita.
Paling penting, jangan lupa latihan. Practice make perfect!
Kalau kita latihan dengan baik, kita akan rasa lebih yakin semasa presentation.
Korang Dah Nampak Apa Beza Price dengan Value Produk?
Sekarang ni, korang rasa mana lebih baik?
Nak main harga murah, atau tingkatkan value produk dan brand kita?
Ini bergantung kepada strategi bisnes kita, dan ianya akan memberi impak besar kepada sales kita.
Kalau kita terlalu fokus pada harga, kita mungkin dapat menarik pelanggan untuk beli dalam jangka pendek.
Tapi, kalau produk kita tak ada value, pelanggan mungkin hanya datang sekali je.
Ini boleh membawa kepada masalah jangka panjang kerana kita kena cari pelanggan baru setiap kali.
Bila kita fokus pada value, kita boleh cipta hubungan yang lebih kukuh dengan customer.
Diorang akan rasa puas dengan apa yang mereka dapat, dan ini akan membantu kita dalam jangka masa panjang.
Mereka mungkin akan menjadi customer setia dan sentiasa support bisnes kita.
Selain itu, reputasi brand kita dalam pasaran akan bertambah baik.
Orang akan mula percaya pada produk kita dan akan sharekan kepada keluarga atau rakan-rakan diorang.
Jadi, jangan terlalu risau pasal persaingan harga. Fokus pada value yang korang boleh berikan, dan jadikannya sebagai tarikan utama.
Itulah yang akan membezakan bisnes korang daripada yang lain!
Terima kasih atas nasihat Sifu.