70% BISNES GAGAL, SEBAB FOUNDER GAGAL BUAT PLANNING BISNES!?

Dalam kelas2 Sifubad sebelum ni, ramai founder mengadu susah nak capai target bisnes seperti target sales, target growth, target expansion dan lain2..

Kenapa? Sebab diorang tak buat planning! Kalau tak ada roadmap yang betul, jangan harap la bisnes boleh grow!

Bila kita tak buat planning, kita tak tahu nak pergi mana, tak faham pasaran, tak ada strategi, dan tak tahu nak manage duit dengan bijak. Semuanya jadi terabur!

Ramai founder tak faham betapa pentingnya planning.

Mereka mungkin terlalu teruja nak bukak bisnes, sampai tak perasan perancangan tu asas.

Ada yang malas nak buat planning, sebab rasa susah.. rasa tak perlu pun!

Kalau boleh terus bukak bisnes, lagi senang kan?

Sebab lain, ada juga founder yang tak tahu macam mana nak buat planning yang betul.

Mereka mungkin tak tahu langkah-langkahnya atau tak tahu sumber yang boleh tolong.

Apa Jadi Bila Kita Tak Buat Planning Bisnes?

Kita tak tahu apa yang akan jadi dalam masa depan. Kita mungkin akan tersasar dari matlamat sebab tak ada rancangan yang jelas.

Selain tu, kita mungkin tak faham betul pasaran, persaingan, atau expenses yang diperlukan.

Semua ni boleh jadi masalah besar kalau tak ada planning!

Kita akan buang banyak masa, tenaga, dan duit dalam perkara yang tak memberi hasil!

Ada juga founder yang dah buat planning, tapi caranya salah.. tak efektif!

Lepas buat beberapa survey dan Q&A, saya tengok ada 7 kesilapan yang founder buat semasa planning bisnes…

#1: Membuat Target atau Sasaran, Tidak Berdasarkan Financial Analysis yang Sebenar

Banyak owner bisnes letak target yang tak realisitik, tanpa mengambil kira keadaan sebenar kewangan bisnes mereka.

Contoh, mungkin mereka impikan nak jana jutaan ringgit dalam tempoh setahun, tapi tak tengok pun berapa modal yang sebenar mereka ada.

Lepas tu, terkejut kenapa bisnes tak jalan macam yang diharapkan. Jadi, dalam bahagian ni, saya nak kongsikan cara-cara nak elakkan masalah ni dan buat planning yang berdasarkan real numbers!

  • Jangan buat target atau sasaran secara buta tuli. Mula dengan analisis kewangan dengan teliti. Apa yang patut kau buat ialah lihat nombor-nombor kewangan bisnes kau. Berapa modal yang ada? Berapa kos operasi bulanan? Berapa pendapatan bulanan? Dengan data-data ni, kau boleh buat target yang lebih realistik.
  • Kenal pasti break-even point. Ini adalah level di mana income masuk sama dengan kos operasi. Kalau kita tak kenal pasti berapa break-even point, kita mungkin akan terus rugi. Jadi, kira berapa jumlah jualan yang kau kena capai untuk cover semua kos operasi.
  • Budget dan plan based on actual figures. Sekarang, bila dah ada data dalam tangan, buat budget dan plan berdasarkan data2 tu. Plan untuk belanja berapa, plan untuk dapat berapa pendapatan, dan plan untuk dapat berapa untung. Ingat, perancangan ni kena realistik.
  • Kaji risiko dan keadaan pasaran. Korang perlu pertimbangkan risiko-risiko yang boleh mempengaruhi income bisnes korang. Selain itu, keadaan pasaran juga perlu diambil kira. Semua faktor ni akan mempengaruhi kemampuan bisnes korang untuk mencapai target.
  • Bila kita dah tetapkan target, janganlah lupa  pantau dan kaji semula target tu. Selalu semak sama ada bisnes kita berjalan mengikut planning. Kalau target tak capai, kita perlu buat backup plan.

Jadi, dengan cara-cara ni, korang boleh buat target atau sasaran yang lebih bijak.

Buat target yang berdasarkan analisis kewangan yang sebenar, dan pastikan target tu realistik dan boleh dicapai.

# 2: Perancangan Mereka adalah Statik Sasarannya, Tanpa Consider Demand, Buying Power, Buying Pattern

Ada yang anggap bisnes ni macam statik sasarannya, boleh target angka yang sama tahun lepas. Padahal, dalam dunia bisnes, segalanya berubah.

Demand barang atau perkhidmatan boleh berubah, buying power pelanggan boleh berubah, dan buying pattern pun boleh berubah.

Jadi, target kita juga akan berubah ikut situasi pasaran. Ini beberapa perkara yang kita boleh buat.

  • Kenalpasti perubahan dalam pasaran. Apa yang trending sekarang? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan pasaran? Kalau korang tak tahu apa yang berlaku dalam pasaran, susah nak buat perancangan yang relevan. Kalau korang tak tahu apa yang orang nak, macam mana korang nak jual barang korang, kan? Jadi, buat kajian pasaran dan cari tahu apa yang orang cari.
  • Kenalpasti buying power pelanggan. Buying power ni adalah sejauh mana duit pelanggan mampu beli barang korang. Kalau korang jual barang mahal tapi majoriti pelanggan korang tak mampu beli, bisnes korang boleh lesu. Macam mana ekonomi diorang? Adakah diorang mampu beli barang korang pada harga tertentu?
  • Perhatikan buying pattern pelanggan. Ada pelanggan yang suka beli barang setiap bulan, ada yang sekali setahun. Adakah diorang lebih suka beli online atau offline? Adakah trend makin banyak orang shopping online sekarang? Kalau korang tak tahu cara pelanggan buat keputusan beli, korang tak boleh plan marketing yang efektif. Ada yang suka pergi kedai fizikal, ada juga yang suka promosi.

Jadi, dengan cara-cara ni, korang boleh buat perancangan yang lebih bijak.

Bukan sekadar letak angka dan target je, tapi kenalpasti apa yang orang nak, berapa duit diorang ada, dan macam mana diorang beli barang.

Planning yang fleksibel dan berdasarkan keadaan sebenar pasaran, akan jadikan bisnes korang sentiasa relevan.

#3: Tiada Kajian dan Analisis Bisnes, Pesaing dan Market Sebelum Buat Planning

Ini penting! Ada founder yang tak sabar nak marketingkan produk, sampai lupa nak buat homework dulu.

Mereka tak tahu saingan bisnes lain macam mana, tak tahu demand market, dan tak tahu trend apa yang tengah panas. Akibatnya, perancangan jadi buta tuli.

So, jom kita belajar camne nak elak masalah ni.

  • Kaji Bisnes Sendiri Dulu. Apa produk yang korang jual? Siapa pelanggan korang? Berapa harga korang jual? Banyak owner bisnes terlupa nak kaji bisnes sendiri. Kalau tak tahu pasal bisnes sendiri, macam mana nak buat planning yang berkesan?
  • Lepas tu, korang kena kaji pasal pesaing. Siapa competitor bisnes korang? Apa kelebihan mereka? Apa kelemahan mereka? Dengan tahu pasal pesaing, korang boleh buat perbandingan, dan ini akan membantu korang buat perancangan yang lebih strategik.
  • Kemudian, jangan lupa kaji keadaan market. Apa yang tengah berlaku dalam pasaran? Adakah demand naik atau turun? Ada trend baru ke? Kalau korang tak tahu pasal keadaan market, korang boleh terlepas peluang yang baik.
  • Buat SWOT Analysis. SWOT – Strengths, Weaknesses, Opportunities, dan Threats. Dengan buat analisis SWOT, korang boleh nampak dengan lebih jelas apa yang boleh jadi kelebihan dan kelemahan bisnes korang, serta peluang dan ancaman yang korang kena hadapi.

Perancangan yang berasaskan kajian dan analisis, akan memastikan bisnes korang lebih bersedia menghadapi cabaran dan grab peluang.

So, kaji dan analisis dulu sebelum bertindak!

#4: Tidak Mempertimbangkan Capability Team atau Company Dalam Melaksanakan Perancangan

Founder yang bijak akan train team untuk menjalankan planning bisnes. Sayangnya, ramai yang tak buat perkara ni.

Mungkin mereka nak laksanakan segala-galanya, tapi team tak cukup kapasiti. Akibatnya, perancangan tak jalan, dan bisnes terabur.

Jadi, macam mana nak bina team yang berkualiti untuk gerakkan planning bisnes kita?

  • Korang kena kenalpasti kelebihan team dan syarikat korang. Apa yang pasukan korang boleh buat dengan baik? Apa kelebihan syarikat korang? Apa kelemahan diorang? Ada kekosongan dalam pasukan yang perlu diisi? Ini termasuklah skills, pengalaman, dan sumber daya yang korang ada.
  • Korang juga perlu perhatikan kemampuan team dan syarikat. Apa yang syarikat mampu laksanakan, berapa banyak modal yang ada, dan berapa banyak masa yang boleh diberikan? Apa yang team perlukan? Apa yang syarikat perlu? Ini termasuklah latihan untuk meningkatkan kebolehan team dan pelaburan dalam teknologi atau infrastruktur yang boleh tolong syarikat korang berkembang.

Keupayaan team dan syarikat adalah asas kejayaan bisnes.

Jadi, pastikan korang sentiasa mempertimbangkan aspek ini dalam setiap perancangan yang korang buat.

Bisnes ni bukannya solo, tapi ianya perlukan teamwork!

#5: Tiada Projection yang Detail Dengan Breakdown Numbers Nya, Melibatkan Quarterly, Monthly, Weekly atau Daily

Kalau nak buat perancangan yang betul, kena ada projection yang detail.

Tak cukup dengan target tahunan je. Kena ada breakdown numbers yang melibatkan quarterly, monthly, weekly, atau kalau boleh, daily.

Ini membantu founder melihat prestasi bisnes secara lebih terperinci dan boleh cepat buat keputusan kalau ada yang tak kena.

Macam mana nak buat projection yang lebih detail?

  • Korang kena kenalpasti jenis data yang korang perlu. Apa yang korang nak siasat? Adakah itu jualan harian, kos harian, atau mungkin pertumbuhan pelanggan setiap bulan? Pilih data yang relevan dengan bisnes korang.
  • Lepas tu, korang kena kumpul data-data lama, contohnya data jualan bulan-bulan sebelum ni. Dengan data histori, korang boleh buat projection yang lebih tepat.
  • Kita bermula dengan projection quarter pertama. Jadi, berdasarkan data2 lama dan maklumat yang korang kumpul, cuba buat projection untuk tiga bulan pertama. Contoh, berapa jualan yang korang jangka dalam tiga bulan pertama?
  • Lepas habis quarter pertama, korang boleh sambung dengan projection bulanannya. Dengan data yang korang dah ada, boleh jangka berapa jualan setiap bulan dalam quarter seterusnya.
  • Kalau perlu, korang boleh sambung dengan projection mingguan atau harian. Misalnya, kalau korang buka restoran, korang boleh buat projection harian berapa pelanggan yang datang dan berapa pendapatan harian.

Pantau prestasi bisnes dengan projection yang korang dah buat. Kalau tak sesuai, cuba adjust projection tu supaya lebih tepat dan realisitik.

Data-data yang korang dah kumpul, dan projection yang korang buat boleh jadi panduan untuk buat keputusan dalam bisnes.

#6: Leader Tiada Blueprint Action Plan Details, Berdasarkan Strategy yang Telah Dipilih

Ramai founder bisnes tak buat action plan. Mereka ada strategy, tapi tak ada langkah-langkah yang jelas untuk melaksanakan strategy tu. Akibatnya, bisnes tak bergerak, dan target terlepas.

Jom kita belajar camne nak ada blueprint action plan?

  • Korang kena kenalpasti strategy bisnes korang. Apa yang korang nak capai dalam bisnes? Contohnya, mungkin korang nak expand bisnes ke pasaran yang lebih luas atau nak kurangkan kos operasi. Kenalpasti strategy ni adalah asas action plan korang.
  • Lepas tu, pecahkan strategy tu kepada action plan. Misalnya, kalau korang nak jualan online, fikir apa yang perlu korang buat. Adakah korang perlu buat laman web baru? Adakah korang perlu belajar pasal marketing online? Adakah korang perlu hire lebih staff? Pecahkan strategy tu kepada langkah-langkah yang boleh dijalankan.
  • Tetapkan tarikh dan deadline untuk setiap tindakan. Kalau takde tarikh, kita tak rasa pressure dan tak ada matlamat. So, pastikan korang ada tarikh kena siapkan setiap langkah. Bila tindakan ni akan bermula, dan bila sepatutnya siap? Ini akan bantu korang mengawal progress.
  • Bila korang dah ada tindakan dengan tarikh, tentukan siapa yang person in charge (PIC). Kenalpasti siapa dalam pasukan yang akan jalankan tindakan tu. Pastikan semua orang tahu apa yang diorang perlu buat.

Pantau dan kaji semula progress. Sentiasa semak sama ada korang berjalan mengikut plan atau ada masalah yang perlu diselesaikan. Kalau ada perubahan dalam bisnes, korang boleh buat perubahan dalam action plan.

Jadi, sekarang ni, korang boleh buat blueprint action plan yang detail berdasarkan strategy yang korang pilih.

Ini akan memastikan korang bergerak dengan lebih berkesan untuk capai matlamat bisnes korang.

Ingat.. tak cukup dengan strategy je, kena ada action plan yang kukuh untuk mencapainya!

#7: Tiada Target, KPI, Reporting untuk Tujuan Monitoring dan Analisa Bisnes

KPI ni macam alat ukur prestasi bisnes korang. Tanpa target yang jelas, bagaimana nak tahu bisnes kita bergerak ke arah yang betul?

Kalau tiada KPI (Key Performance Indicators) yang ditetapkan, tiada reporting yang dijalankan untuk tujuan monitoring dan analisa bisnes.. macam mana kita nak tahu, apa progress bisnes kita yang terkini?

Bisnes kita macam tak ada hala tuju. Jadi, apa perlu kita buat?

  • Korang kena tentukan matlamat bisnes korang. Apa yang korang nak capai? Lebih jualan? Kurangkan kos? Lebih untung? Lepas tu, buatlah target yang jelas dan terukur. Contoh, kalau korang nak jana RM100,000 pendapatan dalam sebulan, tu adalah satu target yang jelas.
  • Tetapkan KPI yang Relevan. Maksudnya, korang kena tetapkan apa yang korang nak pantau. Contoh KPI boleh termasuk jumlah jualan bulanan, kadar pertukaran pelanggan, atau kos pengiklanan. Pastikan KPI yang korang pilih relevan dengan matlamat dan target bisnes korang.
  • Lepas tu, jangan lupa buat reporting. Reporting ni adalah laporan prestasi bisnes. Boleh buat bulanan, mingguan, atau mengikut keperluan. Dalam report tu, tunjukkan pencapaian KPI dan sama ada korang berada dalam hala yang betul untuk mencapai matlamat dan target.

Sentiasa semak laporan yang korang buat, dan lihat sama ada korang dah capai KPI dan target. Kalau ada masalah, cuba cari punca, solution dan buat tindakan untuk improve.

Kalau kos tinggi, cuba cari cara nak kurangkan kos. Kalau jualan lembap, fikir cara nak promosi lebih berkesan.

Faham Ke Ni?

Bila kita tak buat planning, kita macam berjalan dalam gelap. Tak tahu arah tuju, tak tahu apa yang perlu dilakukan, dan tak tahu apa yang perlu dielakkan.

Kesannya, bisnes kita boleh berdepan dengan risiko yang tinggi, terlepas banyak peluang baru dan hilang pelanggan, sebab diorang dah lari kepada pesaing yang lebih bijak merancang.

Kalau kita berjaya buat planning dengan step yang betul, bisnes kita mampu naik ke level yang lebih tinggi!

Ok, semoga korang belajar sesuatu hari ni!

Harap sharing ini dapat berikan guideline yang jelas, untuk susun planning bisnes korang!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *