5 Cara Pakar Gunakan Untuk Dapatkan Pelanggan ‘Repeat Order’
Untuk kembangkan lagi bisnes anda ke tahap lebih tinggi, anda perlu dapatkan pelanggan baru.. tapi jangan abaikan pelanggan sedia ada, tidak kira betapa kecil mereka. Mereka inilah yang dapat membantu bisnes anda untuk berkembang maju.
Menjual pada pelanggan yang pernah membeli dari anda lebih MUDAH dan MURAH daripada menjual pada pelanggan baru. Selepas anda sudah jual sesuatu produk kepada pelanggan, anda sudah dapatkan kepercayaan dari mereka.
Mereka berikan wang pada anda kemudian anda selesaikan masalah mereka.. tapi, itu tak bermakna mereka akan membuat repeat order dari anda lagi, kerana kemungkinan besar mereka akan melupakan anda dan membuat pembelian dari penjual lain.
Di sini saya kongsikan 7 cara dapatkan pelanggan untuk buat ‘repeat order’ dari anda.
#1: Jenis Produk
Jenis produk sangat mempengaruhi pelanggan untuk buat repeat order. Antara jenis produk yang mempunyai repeat order adalah produk servis dan makanan.
Kenapa produk jenis ini boleh galakkan pelanggan untuk buat repeat order?
Sebabnya..
Untuk produk makanan seperti produk kek, produk bina badan dan produk kecantikkan.. ia mempunyai kuantiti yang terhad. Apabila habis dimakan, pelanggan perlu membeli produk ini sekali lagi. Jika pelanggan suka dengan produk tersebut, mereka akan beli lagi berkali-kali.
Untuk produk servis pula, ia mempunyai margin keuntungan lebih tinggi berbanding produk makanan.. tapi ia memerlukan kemahiran tertentu untuk tawarkan produk jenis servis.
Contohnya, anda mempunyai kemahiran untuk buat minisite/blog, anda boleh tawarkan servis membina minisite/blog. 1 minisite/blog, anda boleh cas antara RM500 hingga RM1000.. mengikut pakej yang anda sediakan.
Apa yang anda perlu buat adalah berikan support yang terbaik untuk pelanggan anda. Ini dapat menarik mereka untuk sentiasa membeli dari anda.
#2: Bina Database
Salah satu cara untuk terus berhubung dengan pelanggan anda adalah melalui senarai emel atau nombor telefon. Dengan membina database, mudah untuk anda tawarkan maklumat seperti aktiviti syarikat, atau menawarkan maklumat eksklusif mengenai promosi khas yang akan datang.
Sediakan squeeze page yang menarik untuk dapatkan database pelanggan. Lihat contoh squeeze page pada gambar di bawah..
Anda perlu sentiasa jaga dan bina hubungan dengan database anda. Jangan hantar emel promosi sahaja, hantar juga emel berunsurkan perkongsian. Hantar sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
#3: Group Support
Bina group support untuk kumpulkan semua pembeli produk anda. Dalam group tersebut, sediakan ruang untuk pelanggan bertanya sebarang soalan jika mereka ada sebarang masalah semasa menggunakan produk anda.
Jika pelanggan anda bertanya, anda perlu RESPONS dengan segera. Pelanggan suka jika anda jawab soalan mereka dengan PANTAS. Jangan biarkan pelanggan tunggu lama-lama, nanti mereka akan cari penjual lain.. mereka sudah tak setia dan percaya dengan anda lagi.
Anda juga boleh bina satu group untuk kumpulkan prospek dan satu lagi group untuk kumpulkan pelanggan.
Dalam group prospek, anda boleh educate mereka mengenai produk yang anda jual. Terangkan apa manfaat dan kelebihan produk anda yang boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Dalam group pelanggan pula, anda boleh beri tawaran eksklusif yang prospek tak boleh dapat.
Apa tawaran eksklusif tersebut? Teruskan membaca..
#4: Bina Tawaran Eksklusif Untuk Pelanggan Anda
Di bawah saya berikan 2 jenis tawaran yang pastinya pelanggan anda nak;
1) Tawarkan pelanggan jadi AGEN produk anda
Selepas pelanggan membuat pembelian dari anda, cuba hubungi dan tawarkan pada mereka untuk menjadi agen kepada produk anda. Ini dapat memudahkan kerja anda, biar agen yang lakukan pemasaran untuk anda.. anda pula fokus pada customer support.
Selepas pelanggan anda menjadi agen, jangan biarkan mereka seorang diri..
Ini antara perkara yang anda perlu buat;
- Sediakan tool pemasaran secukupnya seperti ayat iklan, gambar iklan dan testimoni pengguna.
- Ajar mereka cara promosikan produk menggunakan fbads, blog, minisite dan lain-lain.
- Berikan komisyen yang lumayan pada agen-agen anda, minimum 50%.
- Buat cabaran sales tertinggi setiap bulan, paparkan carta jualan agen-agen di fb group, sediakan hadiah yang lumayan supaya agen berebut-berebut untuk dapatkan hadiah tersebut.
Latih agen anda supaya aktif dalam mempromosikan produk anda. Anda perlulah bina agen dari segi kualiti, bukan dari segi kuantiti.
2) Berikan tawaran DISKAUN untuk tempoh terhad
Antara cara terbaik dan mudah untuk galakkan pelanggan buat repeat order adalah dengan memberi KUPON DISKAUN pada mereka. Khas untuk pelanggan anda sahaja. Berikan penghargaan kepada mereka melalui promosi eksklusif, anjurkan bulan penghargaan dengan memberikan diskaun sehingga 70%.
Umumkan tarikh bila offer diskaun anda dibuka, dan bila offer tersebut ditutup. Dengan cara ini, mereka akan lebih cepat bertindak untuk membeli.
#5: Teknik Referral
Anda boleh hantar emel atau SMS untuk minta pelanggan perkenalkan produk anda pada rakan-rakan mereka. Berikan mereka insentif seperti mereka akan dapat 1 produk percuma jika mereka dapatkan 1 pelanggan untuk anda.
Untuk gunakan teknik ini, anda boleh hantar emel atau SMS kepada pelanggan anda seperti ni..
As salam tuan,
terima kasih kerana telah membuat pembelian produk saya kelmarin.
Saya nak minta tolong boleh tak?
Jika tuan suka dengan produk saya, boleh tak rekemen produk tersebut pada kawan-kawan yang mungkin berminat juga?
Saya akan berikan 1 produk percuma kepada tuan untuk setiap 1 kawan yang tuan rekemen sebagai hadiah. Syaratnya, kawan tuan mesti membeli produk tersebut.
Reply mesej ini jika tuan berminat..
Terima kasih.
Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat kekalkan pelanggan yang lama, anda juga dapat pelanggan yang baru.
Terdapat lagi banyak cara untuk dapatkan pelanggan buat repeat order, ini hanya beberapa cara sahaja yang saya dapat kongsikan pada anda. Selebihnya, anda boleh fikirkan sendiri..
Semoga bermanfaat.
Thanks Sifus, info dan ilmu yang sangat bagus. InsyaAllah saya akan mempratikkannya dengan segera hihi.
Sangat bermanfaat
Terima kasih atas perkongsian ini. Kadang2 saya rasa tersepit bila customer tak repeat oder.
sgt sgt terrrrbaikkk ilmu sifu. Alhamdullillah.
tq sifu..bukan senang nak senang…saya kena berusaha lagi untuk mendapatkan repeat sale yg tinggi..
Tq sifu , suka sangat. Insya Allah cuba buat.
Terima kasih sifu. Minta izin share. Sungguh bermanfaat untuk semua. 🙂
boleh tuan 🙂
Terima kasih atas tips yg mudah tetapi kreatif ini.Mohon dikongsi bersama.
Tkasih Tuan.. Saya akn cuba apa yang Tuan cadangkan..
selamat mencuba!
Terima kasih Sifu,Alhamdulillah….setakat ini,produk yang saya jual repeat sales setiap hari semakin meningkat..The Power of Repeat Sales..hahaa
Produk Wajib bagi wanita setiap bulan…
Amin
Assalamualaikum…
Terima kasih sifu Jamal atas perkongsian yg bermanfaat ni..
No 4 tawaran sbg agen mmg dh lama saya praktikkan. Saya lbh selesa jadikan agen dikalangan regular customer dr kita cr agen yg belum pernah membeli produk kita. Mereka lbh rajin buat sales berbanding agen yg tidak pernah membeli dan menggunakan produk kita.
Teknik simple , tak mustahil untuk di buat oleh kita semua …. YES TQ
alhamdulillah..terima kasih untuk perkongsian ini. dapat tambah idea macamana nak tingkatkan jualan.
Salute Sifu for another good article…
Sedikit tambahan…
Kalau kita jual produk ‘premium’ yang mahal harganya… memang orang xkan beli berkali2 dlm masa terdekat..contohnya… kalau kita jual Mercedes or BMW… siapa yang nak beli Merc setiap bulan? Tapi kita ley wujudkan side product yg melengkapi produk premium tadi… contoh untuk kereta tadi ialah.. Polish, Spare Part untuk kalau rosak/accident dsb..
Semoga bermanfaat.
p.s. : Nak bina minisite/landing page? Klik sini >> http://www.minisitekosrendah.com
betul tuan, kita boleh offer produk yg berkaitan supaya pelanggan yg sama tetap dtg beli dgn kita..
Allhamduliilah..tips yg amat berguna utk saya praktikkan
Tq,sifu
Terima kasih atas kongsian ini.
Jazakallahu kairan kathira sifu atas pengkongsian… Insya Allah, akan dipraktikkan.
Tim WK Baby Clothes
wajdikindred.blogspot.com
Tq sifu…sy mmg nk join class sifu tapi sy di oversea insyaallah if ade class bln 7,8 or 9 sifu inform ye
Tq sifu. InsyaAllah akan dipratikkan!
sama2 tuan, selamat mencuba!
sangat2 membantu .. kita jumpa di seminar 6 June 2015 di KL nanti.. saya tak sabar nak sedut ilmu dari Tuan. Terima kasih kerana sanggup berkongsi ilmu secara percuma dan ikhlas di wall tuan. (y)
Terima kasih sifu diatas perkongsian diatas
memang Ohsem Tuan Jamal!
Perkongsian yang hebat dan Unik!
Terima Kasih atas perkongsian diatas
Thanks Sifu for the sharing, murah rezeki awak
thanks sifu, moga rezeki sifu bertambah…
Terima kasih sifu FBads….semoga dimurahkan lagi rezeki…
Tima kasih byk2 sifu.. teeeerbaik! ???
salam,
bagaimana nak buat squeere page mcm sifu tu ek?..sy nak kongsi ebook saya utk dptkan matlumat nama dan email pelanggan
guna plugin wordpress profit builder.
Salam Tuan Jamal,
Saya suka teknik nombor 5, teknik referral. Baru saya tahu. Ini juga salah satu langkah untuk mendapatkan pelanggan repeat order.
Terima kasih Tuan Jamal berkongsi idea.
Mencari ajen lebih ramai dlm biz saya