7 ‘HIDDEN’ STRATEGI INSTA STORY MARKETING YG DIGUNAKAN OLEH ‘JERUNG’ DI IG

Pernah dgr Insta Story Marketing? First time dgr? Jap..Insta Story tau? Pernah buat Insta Story? Ke selalu stalk Insta Story org lain je? Hee..

Ok rasanya ramai tau dah Insta Story(IS) tu apa. Yg xtau tu, please gugel sat cari pe benda IS ni okay..

Kalau ada yang masih tak tahu IS tu camne, tgk gambar ni ok? (Sumber: Socialsprout)

IS ni dah lama wujud, sejak tahun 2016 lagi(tak lah lama mana pun, hee). Kebiasaannya, pengguna Insta gunakan utk update aktiviti mereka, rutin mereka, luahan perasaan pun ada, dan mcm2 lagi yg bersifat personal..

Hakikatnya..sebenarnya IS ni boleh pergi lebih jauh daripada itu, terutama utk tujuan marketing! Yes, marketing..

Cuma ramai yg x sedar potensinya, dan x ramai pun yg ‘bongkar’ strategi ni pada org ramai.

That’s why hari ni, SIfufbads nak bongkar habis 7 strategi rahsia yg sebenarnya telah banyak digunakan oleh big2 brand, tanpa org ramai sedar bahawa IS yg mereka update tu adalah utk tujuan marketing.

Jadi, dah ready utk serap ilmu rare yg jarang2 dibongkarkan ni? Jom, kita mulakan skrg!

 

STRATEGI #1: PRODUCT SHOWCASE

Jenama2 besar seperti Fashionvalet, Zalora, Naelofarhijab, adalah sebahagian daripada brand2 yg kerap menggunakan IS sbg tempat utk memaparkan produk mereka seolah2 stail katalog album. Ini yg dinamakan “product showcase”.

Anda boleh menggunakan IS utk memaparkan gambar ataupun video produk2 terbaru anda dengan banyak dalam satu2 masa. Ya, inilah salah satu kelebihan IS. Lebih banyak gambar di IS yg anda letakkan, lebih lama mereka berada dalam ‘kawalan’ anda. Lebih lama mereka terperangkap dan terpesona dgn koleksi gambar2 anda, lebih tinggi kebarangkalian utk mereka lakukan pembelian.

Ini berbeza jika anda update gambar2 produk anda satu persatu di fb page anda. Terlalu banyak post gambar produk di page, audiens akan cepat rasa boring dan annoying. Mereka rasa kita terlalu hardsell. That’s why ramai yg skrg menggunakan IS sbg alternatif utk ‘melambakkan’ koleksi gambar produk mereka di situ.

Antara brand yg ada gunakan teknik adalah:

Contoh-contoh product showcase

APA YG BRAND ANDA BOLEH BUAT: Walaupun kebanyakan contoh di atas adalah dari niche pakaian, tidak bermaksud niche lain tidak boleh gunakan teknik ni. Gadget, makanan dan lain2 juga boleh try. Cuma pastikan anda menggunakan gambar yg catchy dan cepat ‘menangkap’ perhatian dan emosi audiens.

 

STRATEGI #2: BEHIND THE SCENE

Kalau anda nak tahu, memaparkan cerita di sebalik tabir, ataupun bahasa jawanya “behind the scene”,(BTS) sebenarnya adalah salah satu drpd teknik marketing yg wujud di dunia hari ini, hee..

Jika anda menggunakan bahan dan teknik BTS yg betul, anda mampu ‘mencipta’ follower yg setia, yg rasa rapaaat je dgn brand anda, dan lebih penting mereka akan lebih kerap ‘engaged’ dgn apa yg anda post selepas ini.

Sbb apa? Sbb anda SANGGUP share apa yg sedang berlaku di sebalik tabir sesuatu event, penghasilan produk, aktiviti, dan yg sewaktu dengannya. Mereka rasakan seolah-olah anda sentiasa telus dgn mereka. Anda sudi share apa yg mungkin org lain anggap itu sbagai SULIT ataupun RAHSIA..

Ketelusan anda ini akan memberi impak pada mereka. Mereka nampak perjalanan anda menjayakan sesuatu. Dan  mereka dpt rasakan bahawa seperti mereka juga boleh berada di tempat anda. Betul kan?

Dan IS adalah salah satu platform terbaik utk anda memaparkan BTS anda..

Behind The Scene yang dibuat oleh Fashionvalet

APA YG BRAND ANDA BOLEH BUAT: Update IS anda dgn aktiviti2 di belakang tabir. Amik gambar2 situasi yg sedang berlaku ketika anda sedang menyiapkan sesuatu produk, event, mahupun projek. Xperlu terlalu serius. Amik sahaja gambar dan tulis “BEHIND THE SCENE PROJEK __________”

 

STRATEGI #3: TEASER

Cerita Avengers Infinity War dah nak keluar kat wayang kan x lama lagi? Dah tengok trailer filem tu? Yg skrg tgh viral, siap ada org buat parody lagi…

Haaa video itu adalah salah satu contoh teaser!

Teaser ni adalah teknik yg mana kita memaparkan serba sedikit update, gambar ataupun video yg separa penuh utk produk, servis mahupun event yg bakal kita lancarkan tidak lama lagi.

Kenapa? Sebab ianya akan mewujudkan elemen curiosity, rasa ingin tahu yg lebih mendalam pada org yg melihat. Ia akan buat followers tertunggu2 dantertanya-tanya apakah KEJUTAN yg bakal dilancarkan nanti..

Antara brand yang boleh dijadikan contoh kerana menggunakan teknik ni adalah:

Antara contoh teaser yang boleh dijadikan panduan

APA YG BRAND ANDA BOLEH BUAT: Untuk produk pakaian, tunjukkan sedikit material atau design baru tersebut. Untuk makanan, amik gambar close up makanan tersebut tapi separuh sahaja, jgn amik gambar full. Kalau produk digital(cthnya rakaman video), tunjukkan sedikti sedutan video tersebut..

 

STRATEGI #4: POLLS

Ini adalah teknik yg simple utk menggalakkan engagement dgn followers anda. Anda boleh gunakan function polls pada IS, dan minta followers anda vote pilihan mereka. Dan anda boleh melihat result polls tersebut on the spot!

Satu tips nya di sini, jgn pulak kerap sgt buat polls! Sekali sekala xpe..

Tiada ada utk buat polls? Ini mungkin boleh membantu.

APA YG BRAND ANDA BOLEH BUAT: Fikirkan dahulu objektif polls anda. Adakah sekadar utk suka2, atau utk dapatkan hasil survey. Anda boleh tanya mereka tentang pilihan design kegemaran, pilihan waktu utk buat LIVE, minta pandangan mereka tentang sesuatu isu/topik, dan mcm2 lagi polls menarik yg boleh anda fikirkan..

 

STRATEGI #5: INTEGRATED MARKETING

Ok..yg ni advanced sikit. Perasan x yg post di IG kita tu, xleh letakkan link url? Kalau ada pun followers x boleh nak klik link tu. Biasanya org buat mcm mana kalau nk promot link? Letak URL kat bahagian Bio, betul?

Ok ni SIfufbads nak share satu lagi teknik, yg membolehkan kita bawa trafik dari iG kita, pergi ke platform lain seperti FB, Youtube, Blog, ecommerce, Telegram dll.

Nak tau caranya?

Of course dgn menggunakan IS! Hee…

Bila anda hendak update IS, di bahagian atas gambar tersebut ada satu button LINK. Klik button itu dan masukkan link url yg anda mahukan.

Apa yg berlaku pada IS anda bila dimasukkan link tersebut?

Jika followers menonton IS anda itu, swipe gambar/video tersebut, mereka akan dibawa ‘keluar’ daripada IG, dan dibawa terus ke link yg telah anda masukkan tadi. Contohnya boleh dilihat di bawah:

Swipe utk join group Telegram

Swipe utk ke website

APA YG BRANDA ANDA BOLEH BUAT: Inilah peluang terbaik utk meningkatkan brand awareness followers anda tentang kewujudan plaform online anda yg lain. Anda boleh bawa mereka ke FB page, Channel Youtube, Telegram, blog dan juga website..oh ye! Jika anda ingin tingkatkan conversion sales anda, letakkan link tersebut ke ecommerce/minisite anda. Serius menarik!

 

STRATEGI #6: URGENCY TECHNIQUE

Strategi ni plak, tricky + creative! Teknik ni bermain dgn ‘nature’ IS tu sendiri, iaitu hanya availaible utk tontonan followers dalam masa 24 jam sahaja.

Cara mudah nak faham nya gini.

  1. Anda cipta satu offer/sales/promosi khas
  2. Update IS anda dgn offer tadi
  3. Letakkan limit masa offer itu adalah dlm tempoh 24 jam shj.
  4. Kalau follower dan x jumpa lagi IS tu, maknanya offer dah tamat.
  5. Jgn lupa letakkan CTA – link url, whatsapp dll

Apa yg menarik tentang teknik ni, ia mencipta elemen ‘urgency’ pada follower yg membaca IS anda. Nak xnak mereka hanya ada masa yg sgt singkat utk buat keputusan. Nak lagi best? Offer tu hanya dibuat dan di mention dalam IS tu sahaja..hee..

APA YG BRAND ANDA BOLEH BUAT: Follow sahaja cara mudah yg Sifufbads share kan di atas. Tak salah mencuba, kan?

 

STRATEGI #7: DIGITAL STORYTELLING

Last but not least, Digital Storytelling. Ni Sifufbads nak tanya..Org yg dok rajin tgk IS ni sebab apa agak2 nya? Cuba teka..

Dah teka? Apa jawapannya?…….

YESS! Sebab mereka nk tau story! Sebab tu pun namanya Insta Story!

Manusia mmg suka nak tau apa yg berlaku pada org lain. Mereka nak tau apa cerita yg sedang berlaku di sekeliling mereka. Mereka nk tau apa yg berlaku pada kawan2 mereka. Mereka nak tau apa benda menarik yg sedang dilakukan oleh brand ataupun ikon kegemaran mereka..

Soo…APA YG BRAND ANDA PATUT BUAT?

Update YOUR STORY! Update kisah yg sedang berlaku pada anda sekarang. Update aktiviti yg tgh anda lakukan skrg. Update perasaan yg sedang bermain2 di jiwa anda skrg..

Anda mungkin tidak pernah bertentang mata dgn follower anda. Tetapi dgn berkongsi story anda, mereka akan rasa rapat dgn anda. Seolah anda sentiasa bercerita dgn mereka. Mereka akan lebih percaya pada anda sbb IS boleh mewujudkan elemen ‘human touch’. Kredbiliti anda juga boleh meningkat apabila anda kerap update story yg menunjukkan kepakaran anda dalam bisnes yg anda lakukan itu.

Trust meningkat, kredibiliti meningkat..potensi utk menukar mereka menjadi pembeli juga akan meningkat!

Digital storytelling inilah teknik IS yg bpaling mudah dan memberi impak pada bisnes anda. Jadi, xde lagi alasan “saya xtahu nak update apa IS saya tu..”

NOTA: Sebaiknya, update apa sahaja story anda, tetapi pastikan ianya relevan atau berkait dgn bisnes yg anda jalankan. Jgn terlalu personal, jgn terlalu exposed. Berpada-padalah dlm berkongsi cerita, ok?

 

==============

 

So, itulah dia 7 ‘HIDDEN’ STRATEGI INSTA STORY YG RAMAI ORG XTAU SELAMA NI..

Dari 7 strategi ni, mana yg pernah anda buat? Yg mana plak yg anda plan nak buat terus selepas habis baca artikel ni? Cer share sikit kat ruangan komen bawah ni..

P/s: Cakap2 panjang lebar pasal Insta Story, IG Sifufbads korang dah follow belum? Kalau belum klik link ni cecepat! Kat situ banyak lagi tips2 lain yg Sifufbads share setiap hari. Ada jugak tips kat IG tu, kami x share pun kat blog mahupun  FB page kami. Jadi rugi besoo la kalau x follow IG Sifufbads skrg..ish3..

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Normilah bt Sari says:

    Terima kasih Sifu atas perkongsian yang terbaik dan bermanfaat.

  2. Assalamualaikum Sifu bads,
    Saya Nor Liayana, saya nak tanya macam mana nak dapat kan audience bila buat IS?. Sbb bila saya post dapat 1 or 2 org je yang tengok. Macam mana nak tarik audience untuk follow IS saya?. Adakah saya perlu post IS setiap hari?

Program @ Sifufbads

01/06/2018
Karnival Karangkraf X Sifufbads 2018
Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam

28/04/2018
Seminar HIIM X Raya 2018
SACC, Shah Alam

31/01/2018
Seminar Chapter C 2018
SACC, Shah Alam

Follow Instagram @sifufbads

  • Brand marketing bukan lah bertujuan untuk salesTapi untuk awareness pada
  • Dah nak raya pun masih ada shoot video lagi? Agak2nya
  • Apa yg dibuat Sifu Munir time2 nk raya nih? Ada
  • Buku 117 online branding utk kuota yg terakhir Check link
  • Buku 117 online branding utk kuota yg terakhir Check link
  • Buku 117 online branding utk kuota yg terakhir Check link
  • Buku 117 online branding utk kuota yg terakhir Check link
  • Buku 117 online branding utk kuota yg terakhir Check link
  • Buku 117 online branding utk kuota yg terakhir Check link
JOM SERTAI SEMINAR TEKNIK DIGITAL MARKETING
JOM SERTAI SEMINAR TEKNIK DIGITAL MARKETING

Jika Sifufbads buat kelas khas, yang dinamakan Teknik Digital Marketing (TDM), untuk boostkan lagi sales anda sehingga 2 – 3 kali ganda, dengan teknik Digital Marketing, adakah anda sanggup invest? Jika ya -> isikan NAMA, EMEL & NO HP anda sekarang untuk dapatkan info lanjut..