BERMULANYA SEORANG KELINDAN LORI PRINTING, KINI TAUKE KILANG! WOW, AMAZING!
“Saya buat bisnes dah bertahun2, dengan simpanan takde, bisnes pulak tak naik2, down jugak la masa tu.”
Dulu kerja sebagai kelindan lori printing jahh sekarang dah jadi tauke printing. Ini kisah tuan Sarman orang panggil dia Abe Mey. Dulu masa mula2 dia berhijrah ke KL dia mula kerja sebagai kelindan lori printing je.
Abe Mey ni, banyak kali jugak la tukar2 kerja. Yela, gaji masa tu bukannya besar pun. So nak survive, dia terpksa cari kerja lain yang mana gaji lebih besar dari tempat dia kerja sebelumnya.
Dia berhenti kerja sebagai kelindan lori dan dia mula berkerja di syarikat lain yang mana syarikat tu syarikat printing jugak. Dia mula kerja sebagai general worker jah dan dalam beberapa tahun kerja di syarikat tu, dia dapat naik pangkat dan bertukar department dalam bahagian design. Bayangkan masa tu, dia takde apa2 knowledge pun dalam bidang yang dia kerja tu. Dan masa tu lah dia banyak belajar benda baru. Contohnya dalam bidang design & skill printing tu sendiri.
Dengan pengalaman yang dia ada, setelah berkerja di pelbagai syarikat, Abe Mey ni dia buat freelancer sebab nak cari duit lebih.. Selama 5 tahun bekrja shift malam dan buat frelancer disebelah siang. Gigih nya dia cari duit siang malam sebab nak tanggung keluarga, dengan isteri yang tak bekerja lagi pada masa tu. Terpaksa korbankan masa tidur dan pernah tak tidur seharian demi tanggungjawab 2 kerja yg terpaksa di pikul.
Sampai la satu masa ni, dia rasa penat sangat. Penat nak cari kerja yang gaji lebih tinggi. Penat bekerja setiap bulan dengan hanya makan gaji je. Masa tu, dia terfikir “sampai bila la aku nak kerja macam ni? mana cukup, Kalau nak berjaya nak gaji lebih, aku kena juga buat bisnes sendiri”.
Bermula lah saat, dia tekad nak berhenti kerja, dan fokus sepenuhnya untuk buat bisnes. Cabaran yang dia hadapi masa tu adalah kekurangan modal. Sebab simpanan yang dia ada masa tu memang tak banyak pun. Nak dijadikan cerita, dia bermula dari rumah je, sehingga lah dia dah ada ramai klien, dan dia mula sewa kedai untuk bisnesnya.
Abe Mey ni, dia ada simpan niat nak grow kan lagi bisnes. Macam2 kelas yang dia pernah join dan bermulanya dia kenal Sifubad pada tahun 2016. First kelas yang dia join masa tu, adalah Missing Chapter. Ada la idea2 yang ciduk, lepas join kelas yang Sifubad anjurkan tu. Dia target masa tu nak buat marketing secara online.
2018 bisnes dia stuck, Sale dia statik je. Dia ada mengadu dan share kisah ni masa dia start balik join kelas Sifubad iaitu The Foundr Chapter, dia kata penat buat bisnes. Buat pulak bisnes yang jenis servis. Dia dah banyak invest duit dekat mesin printing tapi duit langsung tak nampak dengan hutang orang sana sini. Banyak masalah dan cabaran yang dia lalui pada masa tu.
Lepas je dia belajar dari Sifubad kelas The Foundr Chapter, Dia terus lompat pergi ke ke darjah 6 iaitu level CEO, banyak yang dia belajar masa berada dalam circle CEO. Sale dia semakin meningkat 3 kali ganda dari sebelumnya. Sekarang sale bulanan saja dah cecah lebih 7 angka. Amazing! Dia juga dah ada tiga buah kilang printing. Yang mana kilangnya dekat Sri Kembangan, Serdang, dan satu cawangan dekat Kota Bharu. Hebat ke hebat sangat?, tiga buah kilang dia tapao terus sampai ke pantai timur tu haa.. Yela negeri asal kelahiran Abe Mey ni. Hehe
Korang mesti nak tahu macam mana dia boleh tapao tiga buah kilang tu kan? Dalam masa kurang setahun je. Sale dia pulak, dah cecah lebih dari 7 angka. Woww siapa sangka.
Ni saya nak share 3 tips penting yang korang boleh ciduk dari rahsia kejayaan Abe Mey tauke Sarman Printing ni.
1. BIG WHY – Niat utama dia buat bisnes sebab nak bantu family, adik beradik, mak ayah dan orang sekeliling dia. Sebab tu la dia buka 3 kilang printing untuk bantu dan bagi adik-beradik handle bisnes tu. Bukan dia je yang maju, tapi dia nak adik beradik dia maju macam dia.
2. PLANNING BISNES – Sebelum dia mulakan sesuatu, dia akan planning betul2 untuk kembangkan bisnes tu. Dia invest banyak duit untuk mesin, staff, dan upgrade marketing. Sebab tu sekarang dia berada dalam level CEO. Banyak perkara yang dia belajar untuk improve bisnes bila dia berada dalam circle CEO under Sifubad.
3. CLIENTS FIRST – Dia sangat menjaga klien2 dia. Servis yang dia buat laju gila. Harini order, esok dah siap. Yang ni lain dari yang lain. Bukan senang nak jumpa servis printing yang laju gila macam ni. Founder2 besar pun semua order dengan dia. Tu yang sifubad pun selalu repeat jugak dengan Abe Mey ni. Hehe.
Okay itu saja . So far, korang terinspirasi tak dari kisah Abe Mey ni? Founder Sarman Printing. Apa yang korang boleh dapat dari kisah dia ni? Jangan ingat orang yang hanya kerja makan gaji saja tak boleh nak buat bisnes, tak boleh berjaya. Buktinya korang boleh tengok kejayaan Abe Mey ni sendiri.