Jual Minyak Jambang Pun Bole…

Aizuddin Alif

“ Segalanya bermula pada awal tahun 2014, saya sendiri pun tak sangka akan terjebak ke industri online business secara serius. Idea gila datang dari abang saya yang nak buat minyak jambang sendiri. Pada ketika itu, sy masih bekerja sebagai Risk & Safety Engineer di sebuah company Oil & Gas.

Respon saya kat abang saya,“Takde idea lebih bangang ke ko nak buat..? Sapa laa nak beli minyak jambang!?”

Disebabkan nature saya memang suke berniaga sejak dari sekolah rendah lagi, saya suruh abang saya bagi saya sedikit stok untuk saya jual. Pada mulanya, saya try iklan kan kat group-group.. bayar admin group untuk iklan kan. Tak sangka sale bulan pertama geli-geli camtu pon RM12K.

Bila dah ada duit kat tangan, tanpa segan silu saya terus ajak abang saya bukak company dan berniaga dengan serius di FB. Tanpa ilmu yang betol, tiru-tiru je iklan orang lain, saya wat iklan guna boost post je. Ada gak masuk event untuk pasarkan produk.

Disebabkan produk saya unik, produk terus jadi viral dan sale cecah RM100k sebulan. Masa ni memang saya rasa puas hati la sebab dapat 6 angka. Nak kata pergi masok seminar sifufbads ni memang malas la masa tu, sebab dah rasa selesa. Agen pun ada ramai.

Pada January 2015, setelah isteri saya melahirkan anak kedua, dia pon berhenti kerja. Pada bulan February pula, tiba-tiba sale saya jatuh teruk. Iklan di FB serba x jadi. Beberapa pesaing yang wujud dengan jenama lain mungkin mula memberi kesan.

Sistem agen yang tidak betol pon menjadi salah satu punca bila dah ada orang yang mula main harga. Masa tu rase takutnye tuhan je la yang tahu. Dah la isteri baru resign, dan ada anak 2 lak tu. Kepala dah fikir macam-macam nak kerja mana la pasni.

Syukur Alhamdulillah, abang saya sentiasa bagi saya semangat dan keyakinan kat saya. Dia yakinkan saya produk kami still ada permintaan, cuma teknik kita yang salah. Kami pon mula la carik page Sifufbads.

Kebetulan ada bukak registration untuk Chapter F, kami teros daftar tiket VVIP. Kat Chapter F ni, mula berjumpa dengan ramai peniaga online di FB. Terkejut bila saya jumpa ada yang buat sale RM300k ada yang RM500k sebulan di FB. Baru la saya sedar kalo ada teknik yang betol, sistem yang btol, jumlah sale yang kami boleh dapat mungkin lagi tinggi.

Balik je dari Chapter F, terus kami apply ilmu yang dapat. Dari situ, kami nampak ada sedikit peningkatan dari gaya iklan kami buat orang terus respon.. kemudian, saya buat keputusan untuk amek mentoring dengan sifufbads. Banyak benda basic yang selama ni saya rasa x penting saya mula belajar.

Bermula dari penggunaan gambar, gaya penulisan dan selection audience. Yang bestnye dalam program mentoring ni, kite akan bersama rakan-rakan niaga yang rata-ratanye fokus untuk naikkan sales dan high energy. Banyak benda baru n idea-idea baru dapat bila kite berinteraksi sesame rakan ni.

Dengan teknik yang saya belajar dari sifu, kami bangkit untuk membuat sale RM30K dalam masa 10 hari sahaja. Penggunaan headline, teknik urgency yang diajar sifu memang membuahkan hasil. Sekarang ni, memang rasa sangat yakin. Sales saya mula mencecah RM130K pd bulan 5. Saya pon mula melancarkan produk baru iaitu Mensive Hair Tonic, x sampai sebulan saya telah menjual 1000 botol. Untuk bulan 6 ini, kami target untuk dapatkan sale sebanyak RM200k.”

Ikhlas dari Aizuddin Alif – Owner fanpage Mensive

SUPPORT dari orang sekeliling sangat penting untuk kita terus MAJU ke hadapan. Jadi, cuba dapatkan NASIHAT dgn orang-orang yang support kita.. lebih-lebih lagi dari orang yang tersayang…

Similar Posts

5 Comments

  1. Salam…ada ilmu tak macam mana nak naikkan jualan…nak menarik perhatian orang untuk mencuba dan membeli produk kita…mohon share kalau ada…terima kasih…

    1. bina dulu followers yg targeted, banyakkan sharing manfaat produk, cara guna produk, berikan offer yg org nak, bina keunikkan produk yg lain dari peniaga lain. Paling penting, kena bina trust, banyakkan engagement, berikan support terbaik.

  2. I feel that is one of the most important info for me.

    And i’m happy reading your article. But wanna remark on few general
    things, The web site taste is perfect, the articles is really excellent :
    D. Just right job, cheers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *