Mak Yang Suggest, Saya Ikut Je…

hizami

Tak de duit nak makan.. Tak de duit nak isi minyak kereta.. Duduk rumah berminggu2 takde elektrik.. Duduk rumah berminggu2 takde air.

Kedai perabot jati mak kena tutup.. Kereta kena tarik.. Lori kena jual.

Balik duduk rumah.. Kutip pucuk2 pokok keliling rumah buat ulam.. Nak beli beras duit takde.. Saudara mara hilang, apatah lagi kawan2.

Itulah yg saya boleh katakan mengenai hidup abang ensem ni…

Dalam susah2 pun, beliau dpt idea utk buat kuih raya dan kek coklat. Alhamdulillah, bertahun2 dapat sambutan, tp ala kadar dan seasonal.. sebab takde ilmu.

Sehinggalah beliau sambung PhD. Dapat elaun RM2300 setiap bulan. Untung tampung 4 orang sekeluarga. Mak dan adik2. Mana cukup. Macam2 part time business yg beliau dah buat.

Ambil gambar.. Ambil video.. Ambil upah edit gambar.. Jual font.. Jual template.. Jual collagen.. Jual pekasam.. Jual nasi lemak, sandwich bihun goreng… MACAM LAH!

Boleh la sebulan ada side income RM4000-RM5000 + elaun PhD.

Simpanan takde. Hujung bulan habis.

Mak beliau ada macam2 masalah kesihatan masa tu. Darah tinggi, Jantung, Migraine, Sakit sendi, Jeragat yang kronik.. dan macam2 lagi lah.

Maknya cuba cari satu jenis makanan, akhirnya jumpa. Alhamdulillah! Kesihatan mak beliau sangat baik selepas tu.

Apa yg diamalkannya?

Biji aprikot tulen yang berkualiti tinggi!

Pastu mak beliau suggest nak buat business jual biji aprikot dalam kapsul. Sebab if jual yang mentah mcm maknya nak makan, sangat pahit & bau kesing.

Mula2 beliau tak nak, cakap business ni utk perempuan je.

2 hari kemudian, selepas maknya bersungguh2. Akhirnya, beliau setuju. Beliau janji utk tinggalkan semua business dan bantu mak dalam business biji aprikot.

Ada 2 perkara yang beliau belajar daripada perkara ini;

  1. Nak Berjaya kena niat tolong orang lain, terutama ibu dan keluarga.
  2. Nak Berjaya tak semestinya perlu buat perkara yang kita suka sahaja, kita perlu paksa buat perkara yang kita tak suka sebelum kita terpaksa suka apa yang kita tak suka buat sebelum ni.

Alhamdulillah. 10 Julai 2013, bersamaan 1 Ramadhan, bermulalah Business Miracle Wellcare dengan bermodalkan RM300 sahaja! Dari bilik tidur sahaja!!

Hari pertama beliau buat business, produk pun tak ada lagi. 4 hari kemudian pada 14 Julai 2013, baru ada produk dan baru pergi poslaju. Penuh satu bakul! Wow!!

Apa2 pun kita nak buat, THINK BIG, AIM HIGH, THINK GLOBAL, START SMALL, ACT LOCAL!

Dalam bisnes, 80% faktor kejayaan bergantung kepada “RELATIONSHIPS” dan 20% faktor kejayaan baru bergantung kepada PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, GURU, STRATEGI, USAHA KENDIRI DAN SEBAGAINYA.

Beliau adalah seorang yg pemalu. Jadi, beliau bermula dari FB..

3 bulan pertama, beliau hanya buat business di dalam bilik tidur je, gunakan handphone clone yang dah retak cermin dan guna laptop tua yang bising dan bagi orang pun orang tak nak guna.

Alhamdulillah, dengan guna Profile FB je, tanpa guna FB Groups, tanpa guna FB Ads, beliau berjaya buat RM13000-RM14000 pada bulan pertama.

4 bulan beliau hanya guna Profile FB sahaja, dah berjaya buat lebih daripada RM100,000.

5 bulan kemudian, beliau cuba beranikan diri utk belajar sendiri FB Ads. Alhamdulillah semakin berkembang dan berkembang. Sehingga sekarang, beliau dah ada lebih 1100 pengedar, yang majoritinya hanya kenal melalui FB sahaja.

Hampir RM50,000 beliau laburkan untuk FBAds. Ada hasilnya juga, sehingga beliau dapat 6 angka sebulan.

Selepas 5 bulan, beliau dah ada HQ sendiri, ada kereta ke-2 sendiri dan ada staff2 di Miracle Wellcare Sdn Bhd.

Moral of the story di sini, if nak berubah kena buat KEPUTUSAN SEGERA, percaya dan yakin boleh BERUBAH. UBAH MINDA dan AKTIVITI HARIAN.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *