Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Mak Sorang Je Yang Sara Kami 5 Beradik…

Diterbitkan pada Sep 19, 2016 oleh

abdul-aziz

New inspiration story..

Perkongsian dari bekas Pegawai Bank..

“Assalamualaikum W.B.T…

Nama saya Abdul Aziz Bin Mustapa Kamal. Panggil je Aziz. Berasal dari Ampang, Selangor dan sekarang menetap di Petaling Jaya. Saya mula berbisnes pada awal 2011 sehingga sekarang.

Saya berasal dari keluarga yang biasa2. Ayah saya ada perniagaan forwarding sendiri di Port Klang dan mak saya berkerja dengan ayah. Tapi, semuanya berubah ketika tahun 2004, mak ayah saya bercerai dan kami sekeluarga jadi tak menentu.

Mak yang sara kami 5 beradik dengan berkerja sebagai Agen Insuran dan Agen Mutual Fund, padahal boleh je nak kerja bank lagi sebab sebelum kerja dengan ayah, mak saya berkerja sebagai pegawai Forex di DCB Bank, (sekarang RHB Bank). Terima kasih banyak2 Ella Hamzah sebab pengorbanan yang mum dah lakukan untuk kami semua. =)

Pada peringkat awal berbisnes, saya mula dengan online. Saya ingat lagi, time tu ada duit RM5000 je, dengan duit tu saya gunakan semuanya untuk beli stok. Time tu jual produk orang je. Bertawakal je guna duit tu, dengan harapan dapat pulangan yang tinggi.

Oh ye, time tu baru je berhenti sebagai Pegawai Bank dan baru kahwin. Agak2, payah tak time tu rasa? Dengan tak ada gaji, dan duit dah habis buat belanja kahwin. Hanya Allah sahaja yang tahu time tu.

Bulan pertama memang tak ada customer langsung! Customer base memang tak ada. Jadi, time tu saya buat Facebook, buat blog, add ramai2 orang. Time tu main tag2, buat blog yang ntah hapa2, dan tak tau apa tu Facebook Page, apatah lagi Facebook Ads!! Hihi.. Kelakar je bila pikir balik.

Bulan yang kedua baru dapat untung. Time tu dapat lebih kurang RM7000 untung. Banyak juga! Saya buat beli stok lagi. Isteri saya memang bijak orangnya. Pandai dia kirakan untung, kira stok masuk keluar, padahal zaman belajar, dia memang tak minat langsung mengira – dia ambil Human Resource..

.. tapi apakan daya, kena masuk bidang terjun je laa untuk mencari rezeki keluarga kan? Saya buat bahagian operasi. Ambil stok, jumpa customer, pergi pos, pos Facebook, blog, dan lain2.

Tapi zaman cepat berubah, orang dah pandai gunakan Facebook untuk berniaga. Jadi persaingan makin tinggi. Pada awal tahun 2013, saya dan isteri keluarkan produk supplement kecantikkan. Time tu rugi banyak juga, pada peringkat awal je ada untung besar, lepas tu makin lama makin rugi.

Time tu ada juga belajar Facebook Ads dengan cikgu2 lain. Result boleh tahan, tapi produk tak meletup. Suam2 gitu je.. Hmm.. Produk saya time tu, Glutacell. Pil supplement yang diasaskan dari Gluta, Collagen, Vitamin C dan Koko.

Pada 6 Jun 2015, saya pergi ke seminar Missing Chapter SifuFBads di Primera Hotel. Time tu, kalau nak ikutkan dalam hati.. saya mmg taknak pergi, tapi lepas kena PAKSA dengan bini suruh pergi, pergi juga laa…

Time tu tengok Sifu Jamal, “Amende laa mamat ni nak merepek kat atas pentas..” Hahaha.. Siap menari bertepuk tangan bagai. (Saya memang tak pernah pergi mana2 seminar macam ni tau).

Tapi, lepas sorang2 bagi testimonial dari pelbagai bidang, dengan teknik2 yang gempak dari Sifu Jamal, hati ni berkobar2 nak belajar juga dari mamat yang ntah hapa2 ni. Hihi.. Sorry ye sifu~

Start dari hari tu, saya tanam niat dalam hati, “KALAU DIORANG BOLEH BERJAYA, KENAPA AKU TAK BOLEH??”

Dengan niat yg betul, saya terus pergi berguru sifu. Saya kosongkan minda dengan ilmu2 yang saya dah ada sebelum ni dan serap sepenuhnya apa yang sifu bagi. Dari pagi sampai ke malam saya menuntut ilmu dengan sifu.

Pening habis! Banyak sangat input diberi dan semuanya berguna! Mamat yang ntah hapa2 tu, saya nampak sebagai orang yang PALING.. PALING.. PALING.. BIJAK DALAM FB ADS! Serius!

Bayangkan laa ye, saya ni ada pengalaman dalam FBads, bila masuk kelas Sifu Jamal, saya rasa diri ni KERDIL sangat2. Jauhnya laa haii ilmu yang saya ada kalau nak dibandingkan dengan Sifu Jamal ni.

Dari hari pertama, otak ni laju sangat berfikir. Nampak hala tuju pengiklanan Facebook untuk bisnes saya. Nampak lubang sana, nampak lubang sini. Mana yang patut saya improvekan lagi dan apa patut saya buat.

Time tu, saya baru keluarkan satu produk kosmetik, dalam 2 bulan camtu. Tapi masih dalam peringkat permulaan nak merangkak. Lepas masuk kelas Sifu Jamal, saya mulakan pengiklanan saya dari mula, start fresh. Gunakan semua teknik Sifu Jamal berikan.

Teknik yang saya gunakan adalah semua teknik yg saya belajar dari sifu seperti Teknik Rempit, Woren, Guerilla, Like Marketing. Sampai hari ni, Like Marketing saya tak pernah berhenti. Sifu suruh buat GUERILLA 4 page, saya buat 26 page!! Sekarang ada dalam 35 page yang jalankan iklan secara serentak.

Bukan saya sorang je yg pegang kesemua page tu.. tapi isteri saya, staff saya, agen2 saya. Yup, saya jalankan iklan untuk agen2 saya. Baik kan saya ni? Hihi~ Saya jalankan iklan untuk mereka sebab saya percaya dengan mereka, saya percaya dengan kebolehan mereka, tapi mereka ada kekurangan dari segi kewangan untuk buat iklan. Jadi, saya buatkan iklan untuk mereka.

Dan sekarang, saya dan isteri, Al Syuhada Waliyah, adalah Pengasas kepada produk Dewi Beauty Care. Set Kosmetik yang berasaskan dari Ekstrak Bunga dan Buah-buahan. ‪#‎dewibeautycare‬‪#‎pakaihariniminggudepandahcantik‬

Sehingga hari ini, dalam 6 bulan kami menjalankan perniagaan Dewi Beauty Care, kami dah menjual lebih dari 52,000 set Dewi. Dan jumlah sales, lebih kurang RM2.3 juta. Kos iklan Facebook sehingga hari ini, RM140,000. Tak termasuk lagi dengan kos2 iklan yang lain. Berbaloi laa kan?

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah kerana ditemukan dengan Sifu Jamal sebab buka lagi mata saya dalam bidang pengiklanan Facebook. Orang yang genius tentang FB Ads! SUPERB!

Akhir kata dari saya.. apa yang terbaik dari Allah, apa yang kurang itu dari saya sendiri.”

SEKADAR PERINGATAN…

Jangan ingat ilmu yang ada tu dah cukup, kena tambah, tambah, dan tambahkan lagi..

Jangan kedekut share ilmu..

Jangan lupa keluarga..

Jangan takut keluarkan kos iklan yg tinggi..

Jangan gunakan Facebook sahaja, gunakan medium2 yang lain juga..

SEKIAN…

Komentar (1)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!