Pemuda Berumur 23 Tahun Ini Sudah Ada Brand Sendiri & Lebih 30 Stokis di Seluruh Malaysia…
Dengan hanya bermula jual produk secara dropship, sekarang pemuda berumur 23 tahun ini dah ada produk jenama sendiri & 30 stokis di seluruh Malaysia.
Today, saya nak share story psl pemuda ni pula..
Dia adalah seorang pemuda yg baru berumur 23 tahun (muda lagi), dan sudah kahwin.
Namanya Che Eddie Asuan..
Dia mula berniaga masa belajar di IPTA dlm jurusan Diploma Business Study. Dia menjalankan perniagaan dropship dengan menjual monopod. Margin untung hanya sekitar RM5-RM10 je.
Selepas tamat pengajian, Eddie sertai pelbagai seminar keusahawan dan bersahabat dengan rakan2 bisnes. Dari situlah, dia dpt kenali dan belajar dgn SifuFBads.
Pada masa yang sama, seorang sahabatnya dah order 100 monopod dari China.
Pada ketika itu, Eddie masih belum bekerja. Dia ambil inisiatif untuk jual monopod tersebut secara online di fb dan instagram.
Dlm kurang sebulan 100 monopod terjual habis. Pada waktu memuncak bisnes monopod, mulalah ada pesaing membuang harga dan jual murah.
Lepas sifu nasihat supaya jual produk margin tinggi, Eddie ambil inisiatif utk jual aksesori handphone lain seperti Powerbank, FisheyeLens, dll.
Biasa la bila buat bisnes bukan boleh terus menjadi, masa nak start bisnes tu.. ada beberapa ringgit je, nak isi minyak keta tapi duit xde. Lepas tu, balik rumah mak tanya mcm mana bisnes? Terpaksa tipu, dia bagitaw maknya bisnes bagus, sales byk.. padahal sorang pun xde org beli. Sedih betul…
Disebabkan tak nak kecewakan keluarga, Eddie nak berubah..
“Saya tekad untuk mengubah diri saya sebab saya dah dewasa, sepatutnya saya sendiri yg sara hidup saya, bukan family saya.”, katanya.
Buka balik nota masa belajar dgn SifuFbads, Eddie apply teknik yg sifu ajar antaranya adalah buat iklan cari dropship. Dan dia berjaya dptkan lebih 450 dropship dari seluruh Malaysia. Masa tu, demand produk powerbank mmg tinggi! Sampai tak cukup bekalan stok dari supplier.
Dlm sehari tu, boleh dpt hampir 100-200 wassap. Eddie tak larat nk reply semua, terpaksa la cari ofis utk packing dan hire staff utk reply wassap.
“Teringat pada waktu ni wassap order masuk dekat 100-200 sehari, production saya kelam kabut. Saya sendiri packing barang, saya sendiri post, saya sendiri ambil stok, semua buat sendiri.”, katanya.
Masa tu, Eddie terpaksa menyuruh mak dan abang untuk sama2 bungkus barang di rumah. Lepas tu bagi upah pada mereka.
Bila bisnes dah agak stabil, Eddie cair bisnes baru dgn jadi stokis kpd produk org lain. Dia guna teknik yg Sifu Jamal utk buat iklan tarik ejen & stokis. Hasilnya, Eddie dpt hampir 50 ejen dari seluruh Malaysia.
“Sebagai langkah berjaga2, saya mencari bisnes yang baru sebagai sumber kedua iaitu dengan menjadi stokis kpd produk org lain. Pada ketika ini saya buka balik buku SifuFbAds, Sifu ada pesan buat iklan cari agent.”
“Saya buat teknik yang sifu pesan sampai saya mempunyai hampir 50 agent seluruh malaysia. Ketika ini, saya menjadi top stokis selama 9 bulan berturut2. Saya mmg suka pergi belajar ilmu marketing, then saya ajar ilmu tu pada agent saya melalui seminar marketing yang saya buat sebulan sekali untuk agent saya.”, kata Eddie.
Wow! Dlm tempoh 9 bulan berturut2, Eddie berjaya jadi tops stokis! Lama tu..
Apa rahsianya? Xde la rahsia sgt. Apa yg Eddie belajar, dia akan ajarkan ilmu tu pada ejen2nya melalui seminar marketing yg dibuat sebulan sekali. Anda pun bole buat, kan?
Bila dh selalu sgt jadi top stokis, sampai satu tahap tu Eddie nak keluarkan produk brand sendiri. Apa produk tu? Namanya Deina Slimax, produk ini dibangunkan bersama isterinya.
Antara teknik yg digunakan utk brandingkan Deina Slimax adalah;
1) MANTAPKAN USP – Bina keunikkan utk produk Deina Slimax. Produk ni utk kuruskan badan, tapi dah byk produk kuruskan badan di pasaran Malaysia skrg. Jadi apa yg Eddie buat adalah bina USP. Apa USPnya? Dlm brand ni, USPnya adalah kurangkan lemak dan kolestrol dlm badan agar saluran darah tak tersumbat.
2) SISTEM EJEN – Nk cari ejen tak susah. Yg susahnya adalah nak bina sistem ejen yg teratur. Bagaimana nak bantu ejen jana sales 5-6 angka sebulan? Dgn buat seminar marketing utk ajar ejen2 Deina Slimax buat fb ads.
3) GERILLA MARKETING – Teknik ni kena ada bajet besar, tapi hasilnya pun besar. Setiap ejen & stokis perlu ada fanpage dan buat fb ads. Dgn teknik ini, iklan Deina Slimax akan kerap keluar di newsfeed FB audiens.
Skrg ni, Eddie dah ada hampir 30 stokis di seluruh Malaysia. Dan setiap bulan, dia akan buat seminar marketing khas utk stokis dan ejen Deina Slimax. Mmg terbaik!
Itulah flow bagaimana Eddie bermula sebagai dropship dan skrg dah ada produk sendiri. Dia bermula dari bwh, naik sikit2. Bukannya terus jadi stokis! Sama juga utk anda yg masih baru.
Jgn berangan nak buat produk sendiri kalau jual produk sendiri pun tak reti. Setiap kejayaan ada proses yg perlu anda lalui.
BETUL?