“SPEED FOUNDER, SPEED RESULT, SPEED GROWTH!”

Haritu saya ada ada lepak2 dgn anak2 didik CEO SifuBad ni. Dulu awal2 dorang ni pun start dari bawah. Salah sorangnya founder DIXY ni.. Shafh Hafizz! Tahun 2016, start masuk kelas SifuBad tapi lepas tu hilang dari radar.. huhu.. Tapi selepas dua tahun baru jumpa balik dekat satu majlis award ni atas percapaian bisnes yang sangat laju! SALES 2017, 57JUTA kauu..

Dan awal tahun ni kembali dalam circle SifuBad tp kali ni dlm circle yang high level sikit. THE CEO..sebab apa? Dia nak upgrade knowledge, experience circle, nak rasa terbakor dengan CEO2 yang lain dan ofkos untuk bisnes dia sendiri..

Kenaikan sales dari 2016 ke 2017.. Memang sangat laju! Saya nampak memang dia ni sangat2 memiliki SPEED yang mungkin tiada pada orang lain. .

So..sini saya nak share macam mana cara nak SPEED macam founder Dixy ni.

1. JELAS DGN IMPIAN, dengan target yang ingin dicapai, dalam masa yang dah ditentukan! Bila kita jelas dengan tujuan apa yang kita nak capai, barulah kita akn SPEED. Setuju?

2. DAH ADA TARGET SENDIRI, akan ada jalan. Ataupun, plan! 1 plan cukup ke sifu? Tak.. memang tak ckup, kena ada banyak plan.. Backup plan! Ofkos plan marketing, confirm tak cukup satu. Shafh sendiri, marketingnya libatkan omnichannel (banyak channel), integrated marketing, dengan agen marketingnya, influencer marketingnya lagi, macam2.

3. AGEN RECRUITEMENT & DEVELOPMENT, yang mana fokusnya dalam training. Speed in training, dan konsisten. Di sini, leadership & team management memainkan peranan yang sangat besar..

4. BRANDING! Bagaimana brand dikenali, disayangi, mempengaruhi.. Ni bukan kerja sehari dua, dan ini bukan kerja soploh doploh ringgit! Ianya seperti marathon, yang diperlukan berterusan.

5. INOVASI BERTERUSAN kepada produk.. kepada sistem.. kepada team.. kepada strategi, juga sentiasa dibuat! Sebab? Untuk menyesuaikan diri dengan situasi semasa..

“Ingat, zaman sekarang orang tak takut siapa yang bsar, siapa yang lama. Tapi, orang takut dengan siapa yang laju!”

Semoga sharing ni dapat bagi inspirasi untuk sesiapa yang nak bisnesnya naik lagi, grow lagi, ke level million2 macam founder DIXY ni..

“HANYA YA G LAJU AKAN MAJU, DAN HANYA YANG MAJU ADA HALATUJU,” .

Belajar sesuatu? Kalau belajar jom SHARE post ni dan Komen “BELAJAR SIFU”..

Similar Posts

One Comment

  1. Salam … Sy baru nk mula Kan bisnes pakaian hingga ke barg rumah.. apa langkah pertama sy perlu lakukan.. sy nak jual aktiv secara online Dan bercita ade kedai.. tolg bntu Saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *