Update Ilmu, Update Income!

Nor Arika Syarif

Kisah inspirasi untuk anda pada harini.. mengenai seorang akak comey yang dulu bekerja sebagai Programmer..

Memang bukan calang2 orang akak ni, pandai main coding pelik2 tu.. hebat!

Tapi, macam mana akak ni yang dulu kerja sebagai Programmer bertukar jadi peniaga online. Bukan berniaga online je, beliau dah boleh buat bengkel dan kelas untuk ajar pemasaran fb. Lagi la hebat!

Saya tak mau sembang panjang lagi, baca sendiri kisahnya…

” Nama saya Nor Arika Syarif, berasal dari Kuala Lumpur, berumur 35 tahun, saya merupakan founder kepada Wardrobe Ummi dan juga RikAds Network.

Dulu, saya adalah bekas Senior Analyst Programmer, bank logo rimau. Mula berniaga sebab bonus mengikut KPI yang ditetapkan. Walau KPI bagus macam mana pun, jika bukan milik anda, ia tidak akan menjadi milik anda. Untuk dapatkan bonus setiap bulan dan tidak perlu tunggu bonus tahunan, saya mula berniaga kain secara PART TIME yang lagi best secara online.

Masa tu mana ader fb lagi. Saya berniaga online via blogspot dan iklan2 di forum2 niaga. Orang perlekehkan saya niaga online? Ader ke orang nak beli kain online, boleh ke buat duit dari online ni..

Walaupun orang cakap macam2 pasal saya, saya tetap tak putus asa! Saya gagahkan diri untuk berniaga jugak!! Biarlah apa orang kata, saya buat je apa yang saya rasa betul. Jual kain online? Salah ke..? Tak tau la, saya fikir orang yang sibuk mengata saya ni dengki dengan saya.. Betul tak?

Ok..

Tahun 2010 saya bermula bermain fbads, bayar satu seminar berharga RMxxx itu pun dah rasa mahal. Tapi, bila apply ilmu yang diajar memang menjadi. Tapi, tak tahan lama teknik yang diajar. Perubahan fb ads sangat pantas.

Apa yg anda belajar dan praktikkan harini, belum tentu boleh digunakan untuk 3 bulan akan datang.. mesti kena selalu UP TO DATE kalau nak kekal lama berniaga guna platform fb ni..

Saya mula cari mentor yang sentiasa update dengan ilmu fbads yang FRESH. Sebelum seminar, saya dah cuba beberapa teknik SIFUFBADS dgn membeli dvd teknik oren (dvd ni dah tak dijual). Tetapi biasa la, tonton dan dengar apa yang diajar dalam dvd tak semua benda akan paham. Tonton ulang2 banyak kali, ader je yang confuse.. susah betul nak faham!

Ada je masalah! Lepas buat, kos iklan mahal.. komen sikit.. sales ciput je. ADOII… masa tu, rasa nak putus asa pun ada!

.. tapi, saya bertekad nak belajar dan cari jalan jugak macam mana nak kurangkan kos iklan, saya mencari peluang untuk belajar dengan mentor dengan lebih dekat. Tapi, ia tak mudah! Dah belajar, tapi masih tak menjadi, buat lagi pun tak jadi..!

Lama2, dugaan pun mula datang, saya jatuh sakit nak dekat sebulan dan bisnes pun jalan gitu2 sahaja. Sales setiap bulan, cukup2 makan je la..

Saya rasa tak boleh kalau nak teruskan berniaga macam ni… sampai bila nak biarkan sales cukup2 makan je? Saya kena cari jalan untuk ubah haluan bisnes saya sekarang! Saya kena tingkatkan usaha untuk majukan bisnes saya!

Jadi, setiap hari saya berdoa dan bertekad nak improve skill yang ader supaya sales bertambah dari sedia ada. Lepas beberapa sesi klinik, skill semakin improve dan yang bestnya.. sell sangat2 menjadi dari biasa ke luar biasa!

HASILNYA…

Alhamdullilah, sekarang dari berniaga kain secara online.. kini, kami ceburi satu cabang biz yang baru. Syukur! Sales bulanan kami meningkat dari bulan ke bulan. Yang bestnye, Oktober ini kami berjaya menyewa ofis untuk training centre kami sendiri.

Disamping bisnes trading, saya dan tim juga buat bengkel dan kelas untuk mengajar ilmu pemasaran fb. Apa yang saya belajar dari sifu, saya kongsikan kembali ilmu tu pada pelajar2 saya.

KALAU DULU…

Nak dapatkan SALES sehari pun susah, nak naikkan bajet iklan pun takut.. RM5 sehari. Lepas sifu marah suruh naikkan bajet iklan, baru saya naikkan…

Alhamdulillah syukur! Sekarang ON je Ads, order masuk macam mesin duit. Saya gunakan pelbagai teknik yang saya belajar dari sifu..

Yang manisnye, kami memang buat duit raya tahun nie. Perkataan nak kerja balik lenyap dalam kamus buat masa ini.

Terima kasih Sifu Jamal and Sifufbads team! Ilmu dan nasihat dari anda semua sangat2 berharga!

Setiap kali belajar dengan Sifu Jamal, mesti dapat ilmu baru.. memang best!

Sampai sekarang saya masih belajar dengan Sifu dan team, join seminar, jadi krew. Ia perlu supaya saya sentiasa berada di landasan yang betul. Dah jumpa dengan orang yang betul untuk berguru, ikut je la..

Terima kasih sekali lagi buat Sifu Jamal & Team!”

NASIHAT SAYA…

Kepada anda yang baru nak berniaga atau sedang berniaga dan ingin meningkatkan sales jualan bulanan, carilah ilmu dan MENTOR yang bersesuaian dengan perniagaan anda.

Dah BERMENTOR, pastikan TINDAKAN di buat sepantas agar ilmu itu tidak pudar. Lagi cepat anda buat, lagi cepat anda mendapat RESULT.

Dh dapat result tu, kongsikan pula dengan orang lain.. baru berkat ilmu tu.

Ada pepatah inggeris yang saya jumpa..

IF U WANT TO LEAD, THEN LEARN HOW TO FOLLOW <– (lebih kurang camtu la)

Similar Posts

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *